sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
first reaksi :yeay,akhirnya saya ada blog
second reaksi :urm..nak tulis ape ye..otak tengah berfikir sebentar
third reaksi :ah,tulis je la pape yang sedang bermain dalam fikiranku ini

dan..inilah hasilnya :))

sebenarnya,dah lama saya ingin menulis blog..namun masa tidak mengizinkan dan atas sebab malas..hehe..namun setelah mengenali seseorang ini(biarlah rahsia ye..hehe),dia telah membuka hati dan minda saya untuk menulis blog..saya nak sangat berterima ksih atas sokongan saudara..dan kini,saya telah mula menulis dan mengarang di blog..sungguh seronok rasanya menulis dan meluahkan perasaan yang selama ini hanya disimpan di dalam hati..dan kini,perasaanku tidak kira marah,gembira,sedih,resah..semuaku luahkan di sini..thanx again 4 ur support.. :)))


p/s:kepada seseorang itu yang telah membuka hati saya untuk menulis blog,jika anda sedang membaca blog saya,saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kerana telah membuka minda dan hati saya untuk mengarang..jasamu dikenang selalu..hehe..so,mulai ari niy,kte mengarang di blog ye..:)


di sekolah

alahai..sibuk sungguh di sekolah..pagi-pagi pergi sekolah,dah kena dengar mulut budak seorang ini membebel..tiada satu insan pun yang ingin dibebel pagi-pagi buta..betul x..?tapi kan,ada lah budak seorang ini,tak sah kalau dia tak tutup mulut dia sehari..huh..bukannya sekali dua dia bising pagi-pagi buta,tapi boleh dikatakan since dari tahun lepas lagi,pagi-pagi masuk kelas,suaranya akan memecah kesunyian pagi dan suara dialah yang paling menyerlah..ramai yang gelarkan dia MESIN GUN..haha..kita orang nak tido dalam kelas pun tak tenang tahu tak??..so,kepada budak tu,tolong zip mulut anda dari 7 pagi sampai 7.30 pagi ye..jangan sampai kita org sound u depan-depan kelas..kita orang x nak calar maruah u k..sebab kita tak sekejam itu tahu tak!!!so,mulai hari ini..just keep your mouth shut in the morning k..and,kalau boleh..satu hari you tak cakap apa-apa pun boleh..lagi la ramai yang suka..kita tak akan rugi apa-apa..0oo,satu lagi..semalam puan azilah tanya siapa yang nak masuk fahsion show untuk busana tradisional..so tak ada respond dari 5 alpha..kasihan saya tengok cikgu bersemangat tanya budak-budak kelas saya..lepas itu masa cikgu sudah habis tanya,ada lah seorang minah ini tanya cikgu satu soalan yg teramatlah bodoh rasanya..kenapa lah kau nak perbodohkan diri depan kelas..?kau dah tak ada soalan lain hendak ditanya ke?kalau ye pun nak manja-manja dengan cikgu,tanya la soalan yg bernas and rasional sedikit..ini tak..tanya cikgu soalan yang membuatkan diri sendiri malu..hey,aku hendak tanya kau sedikit la..selama ini kau buat lawak atas diri sendiri dalam kelas,kau tak rasa malu ke..?kalau aku kat tempat kau kan,aku dah lama sorok muka aku bwh bantal taw..tapi kau..ish3..payah benor aku nak perkatakan tentang kau..not a word describe you..!!!!poodah..marilah,kita ikuti perbualan mereka.. :))


pui teng:cikgu,kalau saya tak ada baju tradisional,macam mana?
cikgu :awk tak boleh fikir ke?dah terang-terang tema pun pakaian busana tradisional..anak saya yang 8 tahun pun boleh fikir secara rasional sama ada nak tanya soalan cm 2 @ tak..boleh tak awak fikir secara rasional..?
(kelas gelak)
pui teng :tapiiii....
cikgu :habis,awak nak pakai apa..?seluar yang dah koyak2..?begitu?manalah ada orang pakai macam tu untuk pagi2 raya..ataupun nak pakai swimming suit?
(haha,masa ini sumpah la saya cakap..satu kelas dah mengilai-ngilai macam pontianak dah..cikgu pilih baju yang terlalu sesuai uutuk pui teng)
(lepas itu,tiba-tiba shen chen cakap secara perlahan-lahan)
shen chen :cikgu,dia tak ada saiz untuk swimming suit laa..haha..
*korang paham kan tentang apa perbualan ini..?kalau ada budak2 5 alpha yang tengah baca,mereka tentu paham..sebab kejadian ini berlaku kat depan mata korang sendiri :)))

moral of the perbualan :tolong sangat2 jangan tanya soalan yang bodoh2 kepada cikgu2 anda..kerana anda sendiri akan mendapat malu balik..(tapi kan,pn azilah pilih BAIK PUNYA costume untuk pui teng..haha)



dah2,tutup cerita tentang 2 budak itu..just ignore them ya.. :0


pidato & netball

tadi kat sekolah time study,ada budak panggil suruh jumpa puan salmera..ini mesti kes pidato untuk esok..sempena hari koperasi..actually saya malas benar nak wat tapi dah cikgu semua merayu-rayu untuk masuk..last-last fikir,masuk je la..haha..tapi tak hafal lagi pidato..so esok nak cakap apa kalau tak hafal pidato 2?agak-agaknya hentam je la apa yang dihafal..sori,awl-awal lagi saya minta maaf dan ampun di sini..saya minta ampun jikalau cikgu tengok presentation saya esok tak seperti dulu..dah cikgu bagi sedikit masa..mana la sempat nak hafal..aduyai..but anyway,saya akan cuba yang terbaik untuk esok ye..doakan la.. :) yeay..esok ads netball game..tak sabar rasanya nak main netball..dah lama tak main netball dah sejak cik azeera dah tak mengajar di sekolah SU..huhu..


p/s:kepada semua pemain esok..do your best ye..chaiyok!chaiyok! :) kita akan lawan team cikgu..kepada cikgu-cikgu SU..janganlah main kasar dengan kami..kami budak-budak lagi..haha..


PKBM(U)

lepas sekolah dah abis esok,tak boleh balik lagi.penat3..koperal rizal nak datang,bawa budak-budak pergi medical checkup..so kepada AYE,ADLI,MIOR,AZIEM,IRFAN,UMISH,EISYA,JASMIN,MUN CHIEN DAN sy sendiri(MUN KIT)..tolong tunggu dekat kantin pada pukul 1.10 tengah hari..kita akan mengembara ke TUDM SUBANG menaiki trak tentera..wah,dah lama rasanya tak naik trak tentera dah..kepada JASMIN DAN MUN CHIEN,anda berdua akan merasai penangan menaiki trak tentera..sesuatu yang baru dalam sejarah hidup korang..dan yang lain-lain..korang dah pernah naik trak kan..so tahu-tahu je la apa rasanya..balik-balik nanti,mula la sakit belakang,tu la,ini la..haha..banyak songeh betul..kem kebangsaan tak lama lagi..tinggal 11 hari sahaja lagi..

soalannya:ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA MENEMPUHI CABARAN DAN LIKU-LIKU HIDUP DI KEM TENTERA SELAMA SEMINGGU?

jawapannya: AKAN DIJAWAB PADA 16 JULAI 2010..TUNGGU KEPULANGAN KAMI DARI KEM PKBM(U) 2010 DARI GUA MUSANG,KELANTAN..kelantan,nantilah kedatangan kami ke negerimu..

oh ya..terlupa pula..tahun ini kem kat kelantan..best sangat-sangat..tak sabar menanti masa berlalu..inginku jejak langkahku di negeri kelantan darul naim..inginku melihat keindahan alam jauh nun di sana..

kepada kawan-kawan pkbm 2009 di allanga estate,perak:kita akan bertemu lagi pada 10 julai..rindu bangat sama korang..

kepada kawan-kawan yang baru tahun ini first time pergi kem pkbm,kita berjumpa di sana ye..janganlah anda menyesal kerana dipilih untuk mengikuti perkemahan ini..anda patut menyesal jika nama anda tidak diplih untuk mengikuti perkhemahan ini..saya dah pergi 2 tahun..and this is my third year pergi kem pkbm(u)..memang best sangat-sangat pergi kem 2..tak percaya??tanyalah senior-senioa korang..jawapan mereka pasti sama dengan saya..walaupun memenatkan,tetapi banyak ilmu yang dapat dituntut dari perkhemahan ini..cuma yang penting,fizikal dan mental kita kena kuat..kepada korang yang pernah pergi kem,especially perempuan..korang ingat lagi tak CIKGU LELA??yang juga digelar "MAMA"..
soalan..korang nak tak cikgu lela ada kat kem tahun ini?time saya pergi 2008 dan 2009,tak sanggup nak taip di sini..
pendek cte..cikgu tu sangat tegas n garang..mengalahkan tentera-tentera yang lain..diseksa 7 hari di kem..

rindu kawan-kawan kem pkbm(u) 2008 & 2009 :((
saya rindukan mereka..
saya rindukan senyum tawa mereka..(walaupun kadangkadang terlebih sengih..hehe)
saya rindukan kemesraan mereka..
saya rindukan pelatih-pelatih di sne..(flight ibi..haha..ada ke patut panggil aku BUKIT..ish3)
saya rindukan kenangan ktia bersama walaupun hanya 7 hari di kem..


walau kita berbeza agama dan budaya,namun semua itu tidak pernah menghalang kita daripada menjalin satu ikatan yang penuh dengan kemesraan..ikatan persahabatan..:) walau kita dari negeri yang berbeza dan mempnyai loghat yang berlainan,namun hati kita sebagai PKBM(U) sentiasa kuat dan saya percaya,ia tidak akan pernah bekecai..suatu hari nanti,kita akan mengegar dunia dengan jeritan semangat PKBM..GEMPUR WIRA!!!PKBM(U) tidak akan pernah berundur walau setapak ke belakang..kami anak-anak generasi masa hadapan..martabat dengan maruah bangsa dalam tangan kami..naik turunnya nama negara adalah dalam genggaman generasi-generasi ini..tak sanggup melihat nama negara MALAYSIA runtuh dek sikap lalai generasi kini..


HIDUP PKBM(U) <333



ops..1 lagi..saya ingin minta maaf kepada nazrin merican aka lalat kerana telah memotong rambut saudara semalam..saya tengah kebosanan,so saya telah memotong rambut saudara..haha..tapi hari ini saya tengok rambut saudara dah cacat sebelah..hehe (tak ada la..main-main je)..dan kepada misykat,jangan la panggil senior awak ini BANGLA..haha..since time training debat lagi,you panggil i BANGLA..you 2 PAKISTAN+BANGLA+NEPAL.. hehe..sebenarnya semua panggil-panggilan ini hanya sekadar suka-suka sahaja..harap misykat tak terasa dengan panggilan cam tu ye..klu you terasa,i minta maaf.. :)) dan thanx to syahrul,izzat,nazrin,wai kien,kien boon sebab kita hari ini belajar kecek kelate..hehe..korang memang the best la..thanx.. :D


okey la..kena stop tulis dah..nak pergi hafal pidato untuk esok..
t.cre semua.. <3

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: