sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
aku rindukan kamu..

malam yang sunyi sepi,membuat aku teringatkan si dia...


entah mengapa..tetiba rasa untuk menulis di sini..perasaanku ketika ini bercampur-baur..pelbagai persoalan menari-nari di fikiranku..jauh di sudut benak hatiku,aku perlukan kamu..inginku luahkan perasaanku padamu namun tidak kesampaian..ku tahu itu satu tindakan yang mustahil untuk ku lakukan..aku tidak mempunyai kekuatan untuk berbuat begitu..aku rindukan kamu..aku tahu kita berjauhan..kamu jauh nun di sana..agaknya bila kita akan bertemu sua dan berbicara bertentangan mata?aku inginkan kamu sentiasa berada di sisi ku menemaniku tatkala ku memerlukan mu..aku rindukan kehadiranmu..aku tahu kamu kini sedang nyenyak dibuai mimpi..membentuk peta di bantal tidurmu :) inginku hadir diriku dalam mimpimu..agar kamu dapat tidur berlakarkan senyuman di wajahmu..aku terlalu rindukan kamu..aku tidak mampu kehilangan kamu..aku tahu kamu adalah antara yang terbaik bagiku..dan mungkin yang terbaik..namun,masa akan menentukan segalanya..kita mempunyai minat dan citarasa yang sama..dan aku tahu kamu adalah lain daripada yang lain..hati kecilku memberitahuku..dan aku percaya hati kecilku tidak akan pernah menipuku..aku ingin benar berjumpa denganmu..tetapi,ku sabar menanti hari-hari pertemuan kita..aku berpegang kuat dan teguh pada pepatah sabar separuh daripada iman..mengenalimu dalam hidupku telah mengubahkan segala-galanya..aku kini lebih gemar menulis di blog daripada ber'sms'..di sini,aku dapat meluahkan apa yang terpendam dalam isi hatiku..jauh berbeza daripada menaip di fon dan menghantar mesej kepada kawan-kawan..atau barangkali mungkin kepada insan-insan yang ku kenali hanya menerusi laman sesawang..kamu telah menyedarkanku betapa pentingnya menulis blog..pernah suatu ketika dahulu,aku membuat blog,tetapi,ianya dibiarkan kosong sehingga boleh dijadikan sawang labah-labah..namun,kini semuanya berubah..manusia berubah mengikut peredaran masa..dan kamu..telah mengubah persepsiku tentang blog..ah,sungguh tenang menulis dan meluahkan perasaanku yang selama ini hanya dipendam dan disimpan dengan rapi di kotak hatiku..dan akhirnya,aku telah menjumpai seorang insan biasa yang mempunyai aura yang luar biasa yang dapat membuka kotak hatiku..terima kasih kerana telah menolongku merungkaikan segala perasaan di dalam hatiku ini yang selama ini hanya disimpan dan dibiarkan berdebu..ingin sahaja hati kecilku menjerit 'AKU RINDUKAN PADAMU'..kamu jagalah diri elok-elok disana..aku hanya mampu bertanya khabarmu menerusi telefon sahaja..tidak lebih dari itu..dan aku berharap,kita akan bertemu sua dan bergabung fikiran dan sejurus itu,akan lahirnya generasi-generasi yang dapat memartabatkan nama negara..aku akan sentiasa mendoakan kejayaanmu..biarlah orang lain memandang rendah terhadap kerjayamu..namun aku yakin suatu hari nanti,rakyat-rakyat Malaysia akan kagum terhadapmu..percayalah pada dirimu yang kamu mampu menempuh nama di arena penulisan suatu hari nanti... :)

aku benar-benar rindukan kehadiranmu di sisiku...



nukilan :mun kit 3.19 am..

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: