sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
menjadi seorang manusia yang bernama mun bukannya mudah..mungkin ramai di luar sana yang bernama mun..tapi mun yang aku maksudkan adalah diri aku sendiri.

kadang-kadang tu aku terfikir kenapa takdir hidup aku sebegini.begitu banyak yang aku telah lalui selama hampir 17 tahun aku hidup di dunia ini.sehinggakan tahap kesabaran aku sudah sampai ke tahap yang paling maksimum dan tidak terdaya untuk bersabar lagi.ya, bukan mudah menjadi manusia bernama mun.mungkin pemegang nama "mun" yang lain di luar sana, hidupnya tidak seperti "mun" yang ini.sukar untuk dinyatakan dalam penulisan seperti ini.

tapi ini sahaja yang mampu aku lakukan untuk meredakan kegelisahan dalam diri.hendak mengadu, tetapi kepada siapa? tidak sanggup rasanya untuk aku mengadu kepada ahli keluarga sendiri kerana aku rasa tidak perlu untuk aku merunsingkan minda mereka dengan apa yang aku rasakan.menulis disini bukan bermaksud untuk aku meminta simpati kepada orang ramai.namun, hanya sekadar teman buat aku melepaskan apa yang terpendam selama ini.

seperti yang aku katakan tadi.tidak mudah menjadi manusia yang bernama "mun" yang ini. perjalanan hidup yang sudah tertulis untuknya bukan mudah untuk dilalui.perwatakan yang ditunjukkan hanyalah pada zahirnya sahaja.tetapi realiti dalam dirinya tiada siapa yang tahu dan faham.untuk bercerita dan adalah lebih faham jika dinyatakan disini untuk membuka pekung di dada sendiri tidak mudah bagi aku.aku lebih selesa untuk berdiam diri dan menyelesaikannya sesuatu itu dengan baik tanpa ada pertelingkahan dari mana-mana pihak.

makin hari makin banyak dugaan yang perlu aku lalui.aku terfikir adakah ini semua hanya mainan fikiran aku ataupun realiti sebenar? entahlah..semakin difikirkan, semakin menjadi-jadi perkara itu bermain difikiran aku.syukur, aku gagahkan juga pemikiran aku ini untuk berfikir secara positif segala yang telah berlaku dalam hidup ini. dan dengan itu jugalah aku belajar menjadi lebih matang dalam hidup. dan aku lebih tabah dalam mengharungi dugaan hidup.

tapi, itulah manusia kan.kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup kuat dan dapat mengharungi segala dugaan ini dengan baik.namun, masih jatuh juga akhirnya.aku menjadi lemah dengan tiba-tiba.selepas sesuatu berlaku, aku tidak setabah yang aku sangkakan.aku jatuh dan menjadi lemah sehingga tidak mampu untuk melakukan apa-apa.air mata sahaja yang mampu ketika itu.dan itu semua kebanyakannya kerana cemuhan,ejekan,sindiran dan apa sahaja ungkapan yang seangkatan dengannya.

perkara seperti itu sering melanda diri aku.mungkin pada zahirnya aku tidak menunjukkan apa-apa reaksi daripada perkara-perkara itu.tetapi, realitinya aku tidak kuat menghadapi semua itu.sudah hampir 17 tahun aku hidup dan perkara-perkara itu tidak pernah lekang daripada hidup aku.aku merasakan 17 tahun itu sudah cukup lama masanya buat aku,tapi hakikatnya bila aku fikirkan balik itu mungkin belum cukup lama.mungkin ada manusia di dunia ini yang menghadapi perkara yang sama dan telah mengharunginya dalam masa yang lebih lama.

kini, aku sedar dan percaya dengan kata-kata ini "bukan semua orang menyukai kita" dan "bukan mudah untuk seseorng itu selesa dengan kita". kita mungkin tidak sedar ada sebahagian daripada tingkah laku kita yang tanpa kita sedari sebenarnya telah membuatkan seseorang itu sukar untuk menyukai kita.dan kerana dengan ini jugalah kadang kala aku dikutuk ataupun disindir.

bagi aku, tidak guna untuk aku berdendam atau marah dengan seseorang yang telah mengutuk ataupun apa sahaja ungkapan yang seerti dengannya.aku ambil segala cemuhan dan kutukan itu sebagai satu cabaran untuk aku terus menjadi seorang yang lebih matang dan berusaha untuk berubah.tapi, apa yang aku terkilan adalah sikap orang-orang yang melakukan perbuatan itu yang tidak mahu JUJUR pada aku dengan mengatakan secara berterus terang dengan aku jika aku ada melakukan kesilapan.

sikap mereka ini membuatkan aku berteka-teki adakah benar orang yang mereka katakan adalah aku? ataupun hanya mainan fikiran sahaja? dan inilah jadinya.dugaan yang aku harus lalui.dan satu perkara yang aku sedari, semakin aku meningkat usia ini lebih bnyak pula dugaan-dugaan seperti ini yang aku lalui.dan yang lebih menyedihkan adalah tanggapan-tanggapan mereka yang salah terhadap aku. aku tak faham kenapa masalah-masalah begini timbul. adakah apa yang aku lakukan selama ini ada silapnya??huh, aku sendiri tidak tahu menilai diri aku sendiri.

sehingga kini aku tidak tahu siapa sebenarnya yang suka dan siapa sebenarnya yang tak suka ataupun tidak selesa dengan sikapku selama ini..aku tidak mahu main serkap jarang sahaja kerana aku tahu ia pasti menjerat diri aku sendiri.tapi, semakin lama didiamkan, semakin kuat ia bermain difikiran.huh..entahlah..tidak mudah sebenarnya mempunyai kehidupan seperti ini. aku harap perkara ini akan selesai dengan cepat. dan kepada sesiapa yang ade menyimpan sesuatu yang ingin dinyatakan atau tidak berpuas hati kepada aku, berterus terang lah. jangan biarkan aku terus berfikir dan aku harap janganlah membuat andaian tanpa mengetahui sebabnya dan tanggapan yang belum pasti kebenarannya.

sebenarnya, bukan masalah ini sahaja yang melanda diri aku. ada lagi masalah lain yang mengganggu minda aku dalam waktu ini.tapi itu semua biarlah menjadi rahsia hati aku sahaja. aku rasa untuk membuka semua pekung di dada adalah tidak manis. ia seolah-olah aku menjaja cerita aku sendiri dan aku pasti orang akan berfikir yang aku hanya mahukan simpati dan perhatian.bukan aku hendak mengutuk masyarakat sendiri.tapi itulah mentaliti masyarakat kita yg sukar untuk diubahkan.

secara jujurnya,memang susah untuk menjalani kehidupan sebagai "mun" ini. bukannya aku tidak reda dengan ketentuan Tuhan tetapi aku belum cukup kuat sebenarnya menghadapi semua ini. seolah kejutan buat aku.tapi inilah realiti hidup yang perlu aku tempuhi dan aku percaya ada hikmah disebalik semua ini.dan aku akan berusaha untuk perbaiki apa yang kurang dan lebih matang dalam apa jua perkara.=)

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: