sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
latihan kawad di sekolah smk ss 17..lepas itu,kita orang pergi makan kat restoran Darus..kem lagi 9 hari lagi..peningnya kepala..aye tetiba suruh saya koman untuk pertandingan kawad sewaktu kem..aduyai..takut tak sempat nak hafal urutan pertandingan kawad la..last minute pula tu aye suruh koman..tapi apa-apa pun,saya akan cuba untuk bawa skuad smk subang utama ye..di sini saya sertakan bahasa hukuman untuk kawad persatuan kadet bersatu malaysia(udara)


Kawad Asas

a) Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah 128 -135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan dikenakan penalti.

b) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap kehadapan kanan…pusing”.

c) Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka barisan….gerak”.

d) Luruskan barisan. Bahasa hukumannya “ ke kanan….. lurus”. “Pandang…..depan”.

e) Melapor. Ketua Platun melapor kepada kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah “ Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan (PKBM / Pengakap L1 / P1) siap untuk diuji, tuan ”.

f) Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:
i) Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri…..pusing.
ii) Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, belakang pusing.
iii) Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang, kanan……pusing”
iv) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “ menghadap ke hadapan, ke belakang pusing”.

g) Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas kawad asas. Bahasa hukumannya, “tutup barisan……….gerak”.

h) Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan di beri.

i) Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri…..pusing”.

j) Berjalan dalam masa ‘ cepat jalan’ sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman “kiri belok”.

k) Hukuman “tukar langkah perlahan…..perlahan jalan” diberikan setelah plantun melepasi kon D dan sebelum kon A.

l) Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan…pusing” diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim.

m) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
i) “buka barisan” (dalam perlahan jalan)
ii) “pandang….kanan” (dalam perlahan jalan)
iii) “pandang…depan” (dalam perlahan jalan)
iv) “tutup barisan” (dalam perlahan jalan)

n) Sebaik sahaja melintas garisan kon B dan kon C, hukuman “ bergerak ke kiri, kiri….pusing” diberikan.

o) Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberi setelah skuad berada antara kon C dan kon D.

p) Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok” diberikan. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i) Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan…hormat
ii) Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan….hormat”.
iii) Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
iv) Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan…..hormat”.
v) Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan…jalan”.
vi) Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang…….pusing”.
vii) Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat, cepat jalan”.
viii) Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang….. pusing”.
ix) Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang, kiri……pusing”.
x) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, belakang……pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi) Hentak kaki. Bahasa hukuman: “Hentak kaki”.
xii) Henti. Bahasa hukuman: “Skuad…..henti”.
xiii) Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)

bahasa hukuman penuh untuk pertandingan kawad.. :))

pre test memandu

esok pukul 11 pagi ada latihan pre test memandu..lenguh-lenguh di tangan masih lagi terasa..tapi nak buat macam mana kan..nak sangat pegang lesen "P"..hehe..doakan untuk saya ye.. :))

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: