sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
kelas memandu



hye..saya baru saja balik dari kelas amali memandu..penat sangat niy..badan-badan semua sakit..lenguh..huhu..yela,pertama kali bawa kereta..mana la cuaknya..mula-mula nak bawa tu,memang selalu mati enjin..sabar je la.. :) lama-lama bawa tu,dah okey dah..cuma parking je belum cuba lagi..esok ada kelas amali lagi..tak sabarnya..hehe..memang best habis la memandu niy..bukan apa,sebab saya dah lama teringin untuk memandu tapi tidak pernah diberi peluang untuk memandu..dan saya tak bawa kereta secara "illigal" ye.. :) sebab itulah perasaan ingin cuba itu membuak-buak..dan pada akhirnya,dapat juga saya merasai bagaimana rasanya duduk dan memandu kereta.. :) saya diajar memandu selama 40 minit termasuk menaiki bukit,"three pointer"lama kan?hehe..maklumlah,saya mana pernah bawa kereta..lepas dah diajar..keyakinan mula timbul dalam diri saya yang saya mampu untuk memandu..dah cuba untuk memandu sendiri,hmm..memang seronok sangat-sangat la..hehe..walaupun penat,tapi perasaan seronok mengatasi segala-galanya..penat-penat pun,saya sempat lagi nak tulis blog..hehe..di sini saya sertakan cara-cara untuk memandu kereta manual..

Langkah-langkah

1. Terdapat 3 pedal pada kereta transmisi manual. Dari kiri, klac, brek dan minyak.

2. Perhatikan pada tombol gear, kebanyakan kereta yang baru mempunyai tiga H, gear satu, tiga dan lima berada diatas. Manakala gear dua, empat dan gear undur berada di bawah. Di tengah garis H ialah neutral.

3. Pastikan brek tangan dalam keadaan tidak diturunkan dan kereta berada diatas jalan yang rata.

4. Tekan pedal klac kebawah dan gerak gear ke posisi neutral.

5. Hidupkan enjin.

6. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki menekan klac.

7. Gunakan brek kaki dan lepaskan brek tangan.

8. Lepaskan brek kaki apabila ingin bergerak.

9. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Apabila anda mendengar bunyi enjin menjadi semakin perlahan, perlahan-lahan tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal klac. Kereta akan mula bergerak kehadapan.

10. Pecut perlahan-lahan sehingga kereta mencecah 3000 rpm, lepaskan pedal minyak sambil menekan pedal klac dan tukar gear ke gear dua. Pastikan gear masuk dengan kemas.

11. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan smbil menekan pedal minyak.

12. Ulang proses pertukaran gear ini pada 3000 rpm sehingga anda memandu pada kelajuan yang diinginkan.

13. Lepaskan pedal minyak perlahan-lahan apabila ingin mengurangkan kelajuan.Tekan pedal klac perlahan-lahan dan tukar ke gear lebih rendah. Apabila berada di gear rendah lepaskan klac perlahan-lahan dan tekan brek.

14. Berhentikan kereta dengan menurunkan gear ke gear dua. Gunakan klac sebaik sahaja kereta ingin berhenti.

15. Gunakan langkah yang sama seperti diatas untuk mengundurkan kereta.


sebenarnya,tak susah nak bawa kereta manual niy..cuma,kita kenalah dengar arahan cikgu dan jangan pernah berputus asa walaupun selalu gagal..sebab orang yang sering putus asa,tidak akan pernah maju dalam hidup mereka..tanamkanlah peribahasa "kalau tidak dipecahkan ruyungnya,manakan hendak mendapat sagu" dalam diri kita..moga-moga kita akan lulus dan dapat memandu secara SAH.. :) ♥♥♥♥


PAMERAN SEMPENA MINGGU KERJAYA 2010

pameran kerjaya telah diadakan di smk subang utama sempena minggu kerjaya 2010..mula-mula sebelum saya tulis apa-apa di sini..ingin saya ucapkan terima kasih tak terhingga kepada PRS-PRS yang telah bertugas pada hari ini..korang memang the best..sayang korang semua la ♥♥ tanpa korang,saya tak akan dapat kendalikan pameran ini secara bersendirian..kepada AIZAT FAKRI,AFIQ IQBAL,NIK ASYRAF,KHAIRUL AFIQ,AZAM,IZZAT HARITH,HAFIZ AZAHAR...dan tak lupa kepada nazurah fauzi yang merelakan dirinya untuk menolong kami..thanx nazurah :) kami bertugas tanpa ada persengketaan dan perselisihan faham..memang seronok la kerja dengan korang semua..puan ilyani,cikgu PRS pun ucapkan terima kasih tak terhingga kepada PRS-PRS..sebenarnya,pameran-pameran sebegini dijalankan di setiap sekolah menengah bagi memeberi pendedahan kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar tingkatan lima untuk tahu hala tuju mereka selepas SPM..dari pameran sebeginilah,mereka akan mendapat maklumat secara mendalam tentang karier-karier yang diminati..dan juga mengetahui kolej-kolej yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan kerjaya mereka selepas SPM..


LegA.... PameRan kerJaya dah settLe... though ada 'drama' but i can say it was a successful event!!! CongraTs n million thanks to my beloVed PRS...

di atas adalah kata-kata puan ilyani :) di sini,saya selitkan beberapa gambar untuk tatapan korang semua..apa-apa pun,WE HAVE A LOT OF FUN TODAY ALTHOUGH SOME UNEXPECTED DRAMA HAD HAPPENED..THANKS YOU GUYS.. ♥♥♥♥


PRS-PRS yang banyak memberi bantuan bagi menjayakan pameran kerjaya 2010


butter and olive baking academy



the one academy

talyor's college


international medical university


sunway university college


university of canterbury


limkokwing university


monash university


AUS ED university


malaysia institute of art



kolej PTPL


vision college


automotif universiti(tak tahu betul ke x..tapi ada kaitan dengan automotif la..hehe)

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: