sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
baru saja balik dari medical checkup..penat sungguh..tapi still nak tulis kat blog juga walaupun badan masih kepenatan..hehe..tadi pergi medical checkup dekat pangkalan TUDM subang..lama benar nak tunggu trak pkbm datang..janji pukul 1.10..tapi tengok-tengok,dalam pukul 2.30 baru sampai sekolah..sabar je budak-budak yang nak pergi medical checkup tadi..koperal ambil sekolah smk ss 17 dulu baru sekolah smk subang utama..penat ouh tunggu..akhirnya trak pun datang dan masuk kawasan sekolah..semua budak-budak yang berada di kantin pandang semacam je..macamlah tak pernah jumpa trak pkbm sebelum ini..(mungkin memang tak pernah jumpa la kot..hehe)dalam pukul 3.15 macam tu,kita sampai kat pangkalan TUDM..mula-mula masuk dan isi borang untuk medical checkup..lepas itu,ambil no giliran..saya dapat no 1043..dan pada ketika itu,baru saja no 1024..lama gila la nak tunggu giliran...


nombor yang dapat..lama sungguh nak tunggu giliran..

lepas dah isi borang,seorang-seorang dipanggil untuk diperiksa..periksa mata sama ada kita ini rabun warna atau tak,periksa ketinggian dan berat..berat saya 44 kg dan ketinggian saya 152 cm..saya sendiri tak percaya ar..padahal tahun lepas saya medical checkup,ketinggian saya 158 cm..saya rasa pegawai tersilap kot..sebab khairun jasmin lagi pendek dari saya,tapi pegawai cakap dia 154..sungguh tak aci..sedihnya saya.. :((( saya ada la dalam 156 cm..even adik saya lagi tinggi dari saya..dia 160 cm..saya dah tak tahu macam mana untuk tumbuh tinggi lagi..saya nak jadi tinggi!!!! :( tapi yang happy,berat saya dah turun dah..dulu saya 48,sekarang 44 kg dah..hehe.. :)) tapi tetap tak adil..so dah periksa mata dan semua 2,rupa-rupanya ada seorang dari sekolah subang utama yang rabun warna..irfan namanya..kasihan dia..lepas dah periksa semua itu,kami disuruh untuk memeriksa air kencing..bagi budak-budak yang pertamakali pergi medical checkup,dia orang macam terkejut dengan kenyataan itu..hehe..memamg kelakar la reaksi mereka ketika disuruh memeriksa air kencing.. :) lepas dah periksa air kencing dan lulus ujian air kencing,kami pun dibawa ke luar untuk ujian stamina dan ketahanan diri..huhu..memang penat tahap maksimum la hari ini..disuruh lari sepuluh pusingan..lepas itu kena buat star jump 20 kali,lepas itu,ada pula yang buat salah,kenalah buat sampai semua sama..dah la kena kira..tak cukup nafas dibuatnya..haha..lepas itu kena pula buat sit up 20 kali..sampai terhantuk kepala atas jalan raya..sakit sakit..tapi nak buat macam mana..kenalah tahan juga..kalau complain,lagi la ditambah..huhu..lepas dah buat semua tu,kami pun masuk balik ke dalm tempat pemeriksaan dan tunggu untuk dipanggil ke bilik..dan di sinilah terjadinya satu kejadian yang pernah terjadi ketika tournament bola jaring dulu..

ceritanya macam ini..pegawai tu panggil no. saya..lepas itu,elok-elok saya masuk bilik pemeriksaan,dia panggil saya mun chien..hehe..nama saya mun kit..dia panggil salah nama la..dah 2,boleh pula dia cakap,panggil kembar awak masuk..masa tu,semua dah gelak-gelak dah..ada ke patut cakap saya dengan mun chien kembar??padahal,muka kita orang lain sangat-sangat..jauh berbeza..habislah nanti kat kem,semua confius dah yang mana mun kit,yang mana mun chien..hehe..

di bilik itulah kem disahkan sama ada layak atau tidak untuk ke perkhemahan pkbm(U) 2010..lepas dah selasai semua..kami pun berangkat pulang ke sekolah masing-masing..ketika dalam trak,lapar,penat,letih,mengantuk..semua ada dalam diri masing-masing..memang terasa keletihan sehingga sekarang..badan lenguh-lenguh..huhu..ini ada sedikit gambar-gambar untuk santapan mata anda semua :)

dalam perjalanan nak pergi pangkalan TUDM subang


sekolah menengah ss 17..menunggu giliran untuk diperiksa


smk subang utama..sebelum ketibaan trak


makanan tentera.."resam"

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: