sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.



~liga sofbol smk subang utama 2010~


liga sofbol hari ini :) best sangat-sangat..thanks kepada semua yang hadir hari ini..walaupun korang semua lambat..padahal janji pada pukul 8 pagi,korang datang pada pukul 8.30,anda semua dimaafkan :) patutnya mula pada pukul 8.30 pagi..tetapi malangnya pengerusi sofbol,AZIM RIDZA datang lambat..mesti kes bangun lambat kan..hehe..alasannya tengok bola semalam..BRAZIL VS NETHERLAND..brazil kalah 2-1..tapi tak apalah..kali ini sahaja azim dimaafkan..



Kepada AZIM RIDZA,PENGERUSI SOFBOL SMK SUBANG UTAMA,2010:sepatutnya tunjuklah contoh yang baik kepada yang lain..apa gunanya awak cakap awak ini seorang pengerusi sedangkan pengerusi sendiri datang lambat..dan satu lagi..boleh tak jangan nak bangga-bangga dan kecoh yang awak ini pengerusi??awak tahu tak,sikap awak itu membuatkan semua orang meluat dan mengjengkelkan..kami semua tahu awak pengerusi..macamlah kami tak hadir untuk mesyuarat AGM..janganlah terlalu gilakan kuasa azim..tolonglah..hampir saban hari saya dengar awak membangga-banggakan jawatan awak itu..saya dan kawan2 lain pun ada juga jawatan sebagai pengerusi..tetapi,kami tak kecoh-kecohkan pun..buat apalah nak kecoh-kecohkan jawatan sebagai pengerusi sedangkan awak tak dapat nak laksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan sempurna..betul x kawan-kawan..?dan azim,dengarlah pandangan orang..sebagai pengerusi,jangan mementingkan sendiri dan bersifat tamak..awak pun menyertai kelab bimbingan dan kaunseling kan..?sebagai seorang kaunselor kecil,sikap mementingkan diri sendiri,tidak mendengar pandangan orang lain dan gila pangkat adalah jauh sama sekali..puan ilyani pilih awak menyertai kelab bimbingan dan kaunseling kerana beliau percaya yang awak dapat membimbing orang lain..tapi,apa yang dapat dilihat sekarang,sifat-sifat sebagai seorang kaunselor dalam diri awak kurang..bukan saya hendak merendah-rendahkan diri awak tetapi saya dapat lihat dari sikap dan perangai awak..saya pun kelab bimbingan dan kaunseling juga azim..awak pun taw kan yang saya pegang jawatan yang sama dengan jawatan yang awak pegang di kelab sofbol?kita sama-sama pengerusi..cuma yang bezanya,awak pengerusi sofbol,saya pengerusi kelab bimbingan dan kaunseling..tetapi pada hakikatnya,peranan dan tugas sebagai seorang pengerusi amat berat..yelah,cikgu dan kawan-kawan memilih kita sebab mereka merasakan kita dapat menjalankan sesuatu kelab tersebut dengan baik..tetapi,jika dengan sikap-sikap awak sekarang,susahlah nampaknya..saya bukannya hendak kritik atau pandang rendah terhadap awk,sebab saya pun bukannya sempurna kan..tiada makhluk di muka bumi ini yang sempurna..tapi azim,awak fikir-fikirkan la ye..saya memang dari dulu lagi tak berpuas hati dengan sikap awak apabila awak dipilih menjadi pengerusi..awak bagaikan lupa diri @ lebih sesuai,lupa daratan..saya tak kisah awak pengerusi..itu pilihan kawan-kawan..tapi janganlah keegoan awk mengatasi segala-galanya..fikir-fikirkanlah ye AZIM RIDZA..

okeylah,kita sambung balik cerita tentang sofbol ye..oleh kerana azim lambat,kumpulan dia tiada pitcher..oleh itu,terpaksalah kami menunggu untuknya.. :( tunggu punyalah tunggu..akhirnya kedatangan azim disambut dengan api-api kemarahan pemain yang lain..yelah,saya paling pantang kalau seseorang itu tidak menepati janjinya..padahal,pada hari sebelumnya,iaitu semalam..cikgu dah memberi pengumuman bahawa pada keesokan harinya ada liga sofbol..oleh disebabkan hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku,kami memulakan liga pada pukul 9.30..lambat kan?tapi nak buat macam mana..terpaksalah :( ketika itu,matahari mula memancarkan sinaran cahayanya..kami bermain selama sejam(memang peraturannya adalah satu jam) saya masuk kumpulan azam :))) kumpulan azam dianggotai oleh :

  • azam,izzat,mun kit,mun chien(adik-beradik dalam satu kumpulan..hehe..tp mun chien lagi terer la sebab dia main untuk daerah),zhafir,aiman,faris,acap,thanesh dan hafiz(mereka berempat budak baru belajar main sofbol..tapi berkat kesungguhan mereka berlatih,mereka dipilih untuk bermain dalam kumpulan senior :D )

kumpulan azim pula dianggotai oleh :


  • azim,ammelea,amalina,adriana,nazrin,khairul,zahir,kugendren, ilman,acap(form 5) dan zhariff
dua kumpulan ini pun lawanlah..mad,ex-player sofbol sekolah datang dan tolong kami..dia ditugaskan untuk menjadi empayer..ridhwan pula datang membantu mad dalam mengendalikan liga sofbol..


inilah mad..menjadi empayer tidak berbayar..hehe..


inilah ridhwan,yang membantu mad mengendalikan liga sofbol 2010..senyum tak ikhlas.. :)



~wajah-wajah pemain yang menyertai liga sofbol terbuka 2010 smksu~


mun kit(saya..pemain sekolah)


mun chien(adik saya..juga merupakan pemain daerah)


adriana(pemain baru)


ammelea patra(catcher..pemain sekolah)


muhammad azam(pitcher sekolah)


muhammad zhafir(pemain baru)


kugendren(pemain baru)


asyraf jamal(pemain sekolah)


zariff kamal(pemain sekolah)


asyraf form 2(namanya acap tapi saya selalu panggil dia nabil..pemain baru)


ilman asqalani(pemain sekolah)

izzat harith(catcher sekolah)


faris(pemain baru)


fathi abdul rahim(kaki penyibuk..dia datang untuk meberi sokongan)


nazrin merican(pemain baru)

sajhvin(pitcher sesi petang..pemain sekolah)


selepas liga sofbol..dari kiri:aiman,ridhwan,izzat,azam,fathi dan nazrin


selepas liga sofbol..dari kiri:ammelea,ridhwan,mun kit,adriana dan fathi



inilah antara wajah-wajah pemain sofbol 2010..kepada pemain-pemain yang lain,saya minta maaf sangat-sangat sebab gambar korang tiada di sini..saya x berkesempatan mengambil gambar korang pagi tadi..dan pada akhirnya,kumpulan azam telah memenangi liga sofbol terbuka 2010..keputusannya,12-5..tahniah kepada kumpulan azam..gembira sangat-sangat sebab dah dua tahun berturut-turut memenangi liga sofbol terbuka,2009 & 2010.. :)))

Selepas liga sofbol,kami bercadang untuk ke Restoran Syed di ss19 memandangkan kantin sekolah tidak dibuka pada hari sabtu..pada ketika itu,hampir kesemua perut pemain-pemain berlagu meminta untuk diisi..hehe..kami pun pergi ke restoran tersebut dan order makanan masing-masing..dengan lahapnya,kami makan..yelah,pada ketika itu,semua tengah kelaparan.. :(


ini baru sebahagian daripada minuman kami :)


hari ini kami makan secara percuma..memang semua orang order makanan sehabis-habisan..hehe..mula-mula ingatkan kena bayar makanan dan minuman sendiri..so,dalam perjalanan ke restoran,semua kira bajet untuk makan dan minum nanti..hehe..tapi last-last,mad belanja kami semua..thanks mad..bukan kami yang paksa..tetapi,tahun lepas mad dah janji akan belanja kami makan..


bil-bil yang perlu dibayar oleh mad..kesemuanya sebanyak rm 102.20 untuk 15 orang..terima kasih sangat-sangat mad..



**sebenarnya,menang atau kalah adalah adat permainan..yang penting,kita telah memberi yang terbaik pada hari ini..dan yang penting,semua seronok bermain sofbol :)))



love sofbol sangat-sangat <3


0 bicara kawan2 yang Mun sayang: