sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
RM 80.. mahal gila ar..sekolah nak cekik darah budak-budak ke apa..?dah la dinner tu buat kat dewan yang panas lagi sempit..huh.. :( kalau ye pun nak jimat bajet tahun niy,buatlah kat tempat lain..niy tidak..nak juga buat kat dewan..apa gunanya pakai lawa-lawa tapi sesudah masuk dewan,semuanya yang lawa-lawa dan cantik-cantik bertukar menjadi peminat setia tisu..yela,nak lap peluh kan..haha..tu la yang kawan saya cakap,pergi dinner pakai singlet je la.. tak perlu nak bazirkan masa beli atau cari baju-baju yang smart dan lawa :) sepanjang malam, tumpuan korang hilang hanya disebabkan suasana keadaan yang kurang menyenangkan di dewan SMKSU.. lagipun saya tak minat la dinner-dinner macam niy..apa faedahnya?budak-budak perempuan nanti melaram la kat dinner..terdedah sini,terdedah sana..huh..tak sanggup ustaz dan ustazah nak tengok korang berpakaian macam tu taw..sekolah semakin hari semakin banyak minta sumbangan..


kita orang niy manalah ada duit banyak-banyak..pagi tadi dekat sekolah,cikgu kelas saya,puan intan merayu-rayu kepada pelajar-pelajar 5 alpha untuk beli tiket talent quest..mula-mula tak ada seorang pun yang nak beli..lepas itu,cikgu turunkan harge kepada rm 50,valerie beli..membazir sungguh..padahal dia bukannya akan pergi pun talent quest itu..melayang je rm 50 begitu sahaja..kalau difirkan logik kan,korang semua yang akan pergi talent quest bayar rm 80 semata-mata untuk hiburan dan untuk menghiburkan diri..tak ke membazir..??kalau anak orang kaya,tak pe juga..huh..rm 80 banyak jumlahnya..okey,contohlah rm 80 dah boleh beli empat buah novel..kalau saya la kan,saya akan memilih untuk membeli novel..lagi berbaloi kan..daripada bayar rm 80 kepada sekolah tapi suasana panas dan rimas..sungguh tak berbaloi..lagipun saya tengah mencari novel "LAGENDA BUDAK SETAN"..teringin sangat untuk baca novel tu :) lepas puan intan dah keluar kelas dan mencari pelajar lain sebagai mangsa untuk membeli tiket,puan azilah pula masuk..dengan memnggunakan kalkulatornya,puan azilah cakap,kalau semua tak nak beli tiket,seorang wajib bayar rm 20..ah,macamlah kelas 5 alpha peduli..dan saya percaya,seorang pun takkan bayar rm 20 demi tiket talent quest..haha..



puan norliah pula masuk lepas habis subjek bm..ada ke patut,dia pun suruh kami bayar rm 20 seorang..cikgu,kami tahu cikgu-cikgu dipaksa untuk menjual tiket talent quest..tapi janganlah sampai desperate sangat..kami benci dipaksa..dan saya tahu,cikgu-cikgu susah nak lembutkan hati budak-budak 5 alpha untuk membayar tiket talent quest..even cikgu kelas kami pun tak paksa kami untuk bayar rm 20 seorang..yang seronoknya,pabila puan norliah suruh kami bayar rm 20 seorang,kami pun mulalah berdebat dengan cikgu..KELAS 5 ALPHA LAWAN PUAN NORLIAH..haha..memang seronok la berdebat dengan cikgu..macam-macam idea yang tak pernah disangka akan diutarakan oleh pelajar 5 alpha..sampai cikgu dah tak terkata-kata dah..last-last,cikgu suruh kami salin PEKA fizik..hehe..cikgu smksu..janganlah paksa kami sangat..kami tak suka lah dipaksa-paksa untuk beli tiket yang bagi kami,ianya tidak berbaloi langsung..RM 80..mahal yang teramat sangat..saya ada dapat tiket percuma daripada mahathir..tapi saya tolak..last-last,nazrin yang terhegeh-hegeh nakkan tiket tu..kenapalah korang semua terhegeh-hegeh nak pergi majlis makan malam tu..hmm..entahlah korang..


tiket majlis makan malam sempena hari karnival smksu 2010





0 bicara kawan2 yang Mun sayang: