sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
hye semua..akhirnya ada juga masa untuk menulis disini..rindunya..saya nak sangat tulis setiap hari tapi masa tidak mengizinkan..banyak lagi kerja yang harus diselesaikan pada bulan ogos niy..lagi-lagi SPM nak dekat..sibuk dengan belajar..tapi tidak mengapa..selepas tamatnya SPM,saya janji akan menulis tiap-tiap hari ye :) banyak benda sebenarnya yang saya menulis disini.. :) rindunya dekat blog niy..hehe..

sejak kebelakangan ini,saya asyik-asyik tak sihat badan je..rasa semacam je..selalu pening kepala dan sukar untuk bernafas..sakit dekat sekolah pun,saya tahan je..malas rasanya nak ke bilik PBSM..tak suka bau ubat..hehe.. :) kawan-kawan kat sekolah pun saya dah kurang layan..tak tahu mengapa..rasa macam mereka semua merimaskan..kepada mereka : aku minta maaf sangat-sangat sebab dah tak layan korang sangat..aku pun tak tahu mengapa..kadang-kadang rasa nak je duduk kat rumah..tak nak jumpa sesiapa kat sekolah..tapi kalau asyik-asyik nak duduk rumah je,tak pasal-pasal dapat surat amaran dari pihak sekolah..hehe..buruk je sijil berhenti..hehe..aku sumpah tak ada mood nak layan korang..lagi-lagi seorang budak niy..kau merimaskan aku tahu tak ! aku minta maaf kalau kau terasa tapi tu la..aku tak tegur kau dah..aku sebenarnya malas la nak fikir pasal korang..sori sangat-sangat..

7 ogos 2010 : prefect installation..saya bukan pengawas tetapi diminta untuk mendeklamasikan sebuah sajak sebagai persembahan..saya telah dimaklumkan sehari sebelumnya..huh..sumpah rushing gila..nak hafal sajak tu pun perlukan masa..saya bukan robot untuk menghafal dalam satu hari..dalam otak saya ini,banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan..lain kali,bagi tahu la awal-awal ye :)






14 ogos 2010 : membuat shooting di KL Central untuk pertandingan liga remaja kreatif 2010..kiranya shooting niy macam last minute shooting..hehe..semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dijangka..korang doakan la ye agar iklan niy berjaya memikat hati para juri.. :)

pada bulan ini,tak banyak aktiviti yang dijalankan..yela,bulan niy bulan puasa..aktiviti kat sekolah pun dah berkurang..trial exam SPM tak lama lagi..huhu..takutnya..SPM pun tinggal 2 bulan lebih je..frust gila ouh..banyak mata pelajaran lagi yang belum selesai study..nampaknya lepas ini kurang la saya online facebook dan menulis di blog :) hehe study punya pasal.. oh ya , petang nanti ada majlis berbuka puasa di kondominium amirul afif :) semua pkbm smk subang utama dan smk ss17 dijemput..tak sabar nak jumpa kawan-kawan sekolah smk ss17..rindu gila ouh kat korang.. :) barang-barang semua dah siap dibeli.. okey , see you guys later ye :D


kerjaku ketika bosan :)

pertama kali aku menjejak kaki ke kuala lumpur,aku bingung..beginikah keadaan kuala lumpur?tidak pernahku sangka sesibuk begini..sudah sekian lama tidakku jejak langkah ke kuala lumpur..kali terakhir aku ke kota raya adalah dua tahun yang lalu..ketika itu,aku dan teman-temanku mendapat jemputan untuk mempersembahkan tarian tradisional melayu sempena penutupan..itulah kali terakhir aku ke kuala lumpur..

dan pada 1 ogos 2010,aku telah melakar sejarah dimana,setelah dua tahun aku tidak menjejak kaki ke kuala lumpur,akhirnya dapat juga aku merasa penangan kehidupan di kuala lumpur walaupun hanya sehari..dan paling mengejutkan,mama aku memberi keizinan untuk keluar bersama seorang insan yang digelar lelaki..seperti dalam mimpi..tidak pernah mama memberi keizinan untuk aku keluar bersama seorang lelaki..adakah aku bermimpi??aku mencubit lenganku beberapa kali..aduh,sakit rasanya..ini bermaksud,aku tidak bermimpi atau tengah mamai..aku sedang berdiri di dunia yang nyata..

dan keizinan mama untuk aku keluar bersama seorang lelaki bukanlah omongan kosong..tak pernah terlintas dalam fikiranku yang mama membenarkan aku keluar dengan lelaki..mama telah mempercayainya untuk menjaga aku sepanjang aku berada di kuala lumpur..belum pernah mama mempercayai mana-mana rakan lelakiku,dan dia,telah memecah sejarah dalan hidupku..ah,banyak sungguh perkara yang hendak ku perkatakan,tetapi sukar untuk diluahkan..aku tidak biasa dengan suasana di sana..sungguh merimaskan..aku merasa diriku seperti rusa masuk kampung..sungguh janggal dan pelik rasanya seharian berada di kuala lumpur..

keadaan di kuala lumpur masih sama..tidak pernah berubah..jikalau berubah sekalipun,bertambah sibuk..tidak pernah kurangnya kesibukan di kota raya ini..di sini,aku melihat pebagai ragam manusia penuh dengan kerenah dan gelagat..ada yang ceria,ada yang kelakar dan kebanyakannya sibuk mengejar masa..semuanya dalam satu..di kuala lumpur,keadaannya seperti dalam sebuah tin sardin..sungguh padat dan sibuk..sebenarnya,tujuan aku ke kuala lumpur bukan untuk berfoya-foya atau melepak..

aku ke kuala lumpur untuk menghadiri satu shooting untuk dihantar ke pihak ASTRO iaitu my-story ASTRO..kami membuat shooting di pasar chow kit..itulah kali pertama aku ke pasar chow kit..sering juga terdengar kawan-kawan berkata tentang pasar chow kit..tapi,aku tak pernah ke situ..dan pada 1 ogos 2010,aku telah ke pasar chow kit..ya Tuhan,rupanya keadaan yang aku terbayang di dalam mindaku dengan keadaan sebenar pasar chow kit jauh tersasar..aku tidak pernah menyangka pasar chow kit sebegitu rupa..tiada perkataan yang dapatku jelaskan..

setibanya di pasar chow kit,kami pun menunggu untuk adik yasin..sejurus itu,kami pun berjalan ke salah sebuah gerai buah-buahan yang berada di bahu jalan..di situlah kami mengadakan shooting itu..walaupun pada ketika itu,matahari memancar sinarnya tanpa belas kasihan,bunyi bising dari penjual-penjual yang melalak-lalak dan memujuk pengunjung untuk membeli barangan mereka,bunyi kenderaan dan asap-asap yang tebalnya tak terkata..kami tetap meneruskan shooting tersebut..kami tidak mahu semua kekacauan itu menjadi batu penghalang untuk kami menyiapkan shooting tersebut..dalam pukul 1 tengah hari,akhirnya berjaya juga kami menyiapkan shooting tersebut..leganya kerana segala-galanya berjalan dengan lancar..walaupun ada bahagian yang menyimpang daripada rancangan asal,namun begitu,sesetengah lakonan seakan-akan tidak pernah kami jangka.. :) mungkin semua itu,Tuhan dah tetapkan..kami sebagai hamba-Nya hanya membuat apa yang terbaik..

setelah selesai shooting,kami pun mencari gerai untuk duduk dan mengisi perut kami yang merayu-rayu minta diisi makanan..kami pun bercadang untuk makan di salah sebuah gerai di pasar chow kit..gerai orang kelantan kalau tak silap..sungguh dahaga rasanya pada ketika itu..kami makan nasi putih dan lauk yang sedia terhidang..hanya menunggu masa untuk diambil,dikira dan dibayar..setelah kenyang,kami pun menghantar adik yasin pulang ke pangkuan ibunya yang tercinta <3

setelah itu,kami bercadang untuk mencari sebuah tempat yang berdekatan untuk mengedit video tersebut..tak sabar rasanya pada ketika itu..ingin benar melihat hasil kami setelah shooting..nai pun mencadangkan agar kami ke pavillion kerana disitu adalah lebih mudah untuk memperoleh suis..

setibanya di pavillion,kami pun ke old town white coffee dan mulalah sesi mengedit video-video untuk dijadikan sebuah iklan..edit punyalah edit sehingga tidak sedar bahawa masa telah berlalu dengan pantasnya..betullah apa yang dikatakan oleh orang ramai..masa itu emas..setelah mengemaskan barang-barang kami,kami pun beredar dari situ dan berhasrat untuk pulang ke rumah masing-masing..malangnya,nasib tidak menyebelahi kami..pada ketika itu,hujan sedang turun dengan lebatnya..kami pun mengambil kata putus dan menunggu sehingga hujan berhenti..

sambil menanti hujan untuk berhenti,mataku meliar memerhati keadaan sekeliling..aku dapat melihat dengan mata aku sendiri bagaimana remaja zaman sekarang berpeleseran tanpa arah tuju..berpakaian yang terlalu mencolok mata dan tidak sesuai dengan tempatnya,berpelukan tanpa rasa segan-silu,merokok tanpa mengira jantina dan macam-macam lagi..sebeginikah sikap-sikap generasi masa akan datang..?bagaimanakah Malaysia akan terus berkembang maju jika sikap-sikap begini diteruskan?dan yang paling utama,apakah yang akan mereka lakukan untuk membangunkan negara kita?mahukah kita melihat Malaysia jatuh merundum?semua persoalan itu berlegar-legar di fikiranku..aku menggeleng kepala tatkala melihat remaja-remaja yang sudah jauh tersasar daripada kehidupan sebenar..hmm..entahlah apa akan terjadi..

dalam jangka masa untuk menunggu hujan berhenti,kami berjalan-jalan sebentar di pavillion..memang seronok berjalan-jalan dengan kak yantie dan nai :) dalam pukul 6.30,hujan pun mula beransur..kami tanpa membuang masa terus meluru ke station LRT..setelah itu,kami berpecah arah..aku dan nai mengambil LRT di seberang manakala kak yantie sebaliknya..nai menghantar aku pulang ke rumah..betul-betul di hadapan rumahku..hehe..tanggal 1 ogos 2010 tak akan kulupakan..begitu sukar untuk memadam kenangan-kenangan tersebut..aku ingin berterima kasih kepada kamu berdua yang telah banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan di kuala lumpur..