sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
SPM TAK LAMA LAGI !!! KENA BELAJAR KALAU NAK DAPATKAN KEPUTUSAN YANG BAGUS..KURANGKAN ONLINE !! TAKUTNYA SPM NIY..TINGGAL 2 BULAN JE..KALAU TOLAK CUTI-CUTI SEMUA,TINGGAL BEBERAPA MINGGU JE !! ADUYAI :( BANYAK MATA PELAJARAN TAK SEDIA LAGI..LEPAS CUTI SEKOLAH INI,ADA TRIAL PAPER JPS..HARAP-HARAP DAPAT BUAT YANG TERBAIK..KORANG DOAKAN YE :) THANKS..NAK OFFLINE DULU..NAK BELAJAR SUBJEK FIZIK :) KEPADA BUKU FIZIK,JANGANLAH KAU SEKSA AKU..PENING KEPALA AKU BACA KAU..SAYANGKAN AKU BUKU FIZIK . .




iklan ini telah disiarkan di Astro saluran 318 dari 15 ogos sehingga 15 september..kepada sesiapa yang belum tengok iklan niy,jemput-jemputlah tengok ye..walaupun video ini tak seberapa,namun kami tetap mengambil inisiatif untuk menyiapkan iklan ini..shooting telah dijalankan di PASAR CHOW KIT , KUALA LUMPUR..terima kasih kepada korang :) tajuk produksi ini adalah BAHASA BUNGA RAYA..semoga korang suka dengan video ini ye.. :D



takkan ku lepaskan segala yang berada di dalam genggamanku..kerana itu terlalu berharga buat diriku..aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melihat dunia yang nun indah ini..aku bersyukur kerana dilahirkan dengan cukup sifat..dan yang paling penting buat diriku,aku dilahirkan di bumi malaysia..yang bebas daripada ancaman pengganas mahupun letupan gunung berapi..takkan pernah aku lepaskan peluang-peluang keemasan yang menjelma di hadapan mataku..aku telah diberi sepasang mata yang sempurna untuk melihat kecantikan dan keindahan malaysia ini..takkan aku mensia-siakannya..aku menggunakan mataku melihat sesuatu yang dapat memberikan kebaikan..melihat sesuatu yang dapat mencetuskan impak yang besar melalui penglihatan..

takkan ku lepaskan pemberian anugerah Tuhan iaitu hidung dan mulut..tanpanya,tidak mungkin aku dapat bernafas dan menghirup udara yang segar..tanpanya,aku mungkin tidak wujud di dunia ini..hidung dan mulut melengkapkan wajahku agar sempurna..tiada sesiapa pun yang diminta untuk dilahirkan hodoh..namun,semua itu kuasa Tuhan..kita tidak mampu menolaknya..bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri..Tuhan Maha Adil..Tuhan menyusun mata,hidung dan mulut kita dengan sempurna..mungkin ada di antara kita yang mempunyai kekurangan di bahagian wajah kita..kekurangan yang saya katakan di sini adalah seperti buta,bisu dan sebagainya..kadang-kadang,masyarakat mahupun pasangan kita tidak dapat menerima apabila seseorang itu tidak cantik dan lawa..mereka inginkan seseorang yang cantik dan kacak..

apa gunanya semua itu jikalau hati seseorang itu busuk..sebusuk-busuk sampah..mereka hanya inginkan pasangan yang lawa ataupun kacak semata-mata ingin menunjuk-nunjuk di hadapan kawan-kawan..adakah semua itu akan kekal buat selama-lamanya??tidak sama sekali..memilih pasangan yang hanya cantik luarannya tidak cukup..adakah kita ingin diri kita ditayangkan di hadapan kawan-kawan pasangan masing-masing??adakah dengan cara itu,dapat menaikkan nama kita??bagi aku,aku paling benci benda-benda semua itu..memang tidak dinafikan semua orang ingin menjadi terkenal..aku tidak boleh menolak fakta itu..tetapi difikir-fikirkan kembali..kecantikan luaran tidak akan berkekalan buat selama-lamanya..

aku bersyukur dengan wajah yang diberi..tidak perlu cantik atau lawa..cukuplah sekadar mata sedap dipandang..tidak perlu membuat pembedahan semata-mata ingin kelihatan cantik..tidak perlu memakai susuk semata-mata ingin kelihatan muda..kerana kecantikan yang sebenar adalah dari keikhlasan hati yang mulia..memakai susuk adalah diharam..kerana susuk mempunyai unsur syirik..walaupun aku bukan seorang yang beragama islam,namun aku tahu keburukan memakai susuk sama ada di muka mahupun di tubuh..dunia ini hanya pinjaman sementara..apabaila Tuhan ingin mengambil nyawa kita..bila-bila sahaja nyawa kita akan diambil..aku tidak percaya tentang susuk kerana susuk atau kini dipanggil "botox" hanya akan memudaratkan kesihatan tubuh kita..aku tidak sanggup melihat badan aku ini diseluti dengan pelbagai jenis jarum emas..ewww..menjijikan..

aku tidak mengerti mengapa segelintir manusia sanggup menghabiskan wang demi susuk atau pembedahan muka dan tubuh??adakah ingin mendapat lebih kasih sayang daripada orang ramai??ataupun mendapat perhatian daripada masyarakat sekeliling??mungkin sekarang aku tidak mengerti sebab orang ramai berbuat begitu..tapi yang pasti suatu hari nanti,jawapan akan kutemui..pada ketika itu,bergunalah mata aku untuk melihat kebenaran dunia ini yang penuh dengan onak duri,pancaroba dan liku kehidupan..

pemakaian susuk akan menjadikan seseorang itu perasan bahawa dirinya cantik kerana sering dipuji ramai dan sentiasa kelihatan muda walaupun usianya semakin meningkat..semalam aku menonton cerita " SUSUK " ..ditayangkan di tv3..permakaian susuk akan meninggalkan bekas..aku sendiri menontonnya pun merasa jijik pabila melihat tubuh pelakon itu dipenuhi dengan bekas-bekas pemakaian susuk..bagi pemikiran sesetengah orang,susuk itu bagaikan syurga bagi mereka..tanpa menyedari bahawa susuk telah menempahkan nama mereka di neraka..di situ penuh dengan penyeksaan yang akan membuatkan kita menyesal akan perbuatan kita di alam sekarang ini..susuk juga akan menyebabkan kita kehilangan kepercayaan kepada Tuhan..kerana mereka lebih mempercayai kuasa lain selain Tuhan..

janganlah mensyirikkan Tuhan kerana itulah perbuatan yang akan mendatangkan kemurkaan Tuhan dan manusia itu akan menanggung dosa besar..hanya dengan cara bertaubatlah akan dimaafkan dosa-dosanya..aku hairan,mengapa orang islam sendiri sanggup memakainya..aku bukan bersikap "racist" tetapi jikalau mereka sudah mengetahui susuk itu berdosa besar,mengapa mereka masih mahu memakainya..aku bukan hendak membangga-banggakan bahawa diriku ini mempunyai ilmu yang tinggi tentang benda-benda sebegini..aku mengetahuinya melalui pembacaan yang luas..aku tidak ingin menjaga kain di tepi orang tetapi susuk ingin semakin hari semakin berleluasa..entahlah..aku hanyalah budak mentah yang sedang meningkat usianya sambil memerhati arus dunia ini..aku hanya menanti masa untuk mendapatkan segala jawapan kepada soalan-soalan yang menghantui diriku ini..

selain itu,aku bersyukur kerana mempunyai tubuh badan yang sihat..aku tidak mengata bahawa orang yang berbadan besar tidak mempunyai keyakinan diri..bukan begitu kataku..aku ini suka bercakap dengan banyak..sering orang berkata bahawa aku mempunyai keyakinan apabila berhadapan dengan orang kerana tubuhku yang sempurna..bukan begitu..bagiku keyakinan itu datang apabila kita pandai bersuara di khalayak orang ramai..apabila kita pandai menjaga sikap dan tutur kata..aku menjaga tubuhku dengan pelbagai cara..aku bukannya dilahirkan kurus..nanti aku "upload" gambarku ketika berusia 2 bulan..hehe..aku dilahirkan seberat 4.100 kg..berat itu jauh tersasar dengan berat sebenar seorang bayi yang baru lahir..aku tidak menggunakan apa-apa atau memakan apa-apa jamu untuk kurus..aku hanya mengamalkan kaedah seperti melakukan senaman setiap petang..pada setiap minggu,aku meluangkan masa untuk bermain bola jaring bersama kawan-kawan dan jurulatih di stadium MPSJ..pada setiap hari selasa pula,aku menghadiri perjumpaan rumah sukan,Hang Lekiu..

begitulah rutinku untuk mengekalkan berat badanku..selain itu,aku juga mengamalkan kaedah minum air selepas setengah jam makan..dengan cara itu,tidak mudah untuk aku gemuk..aku juga menjaga pemakanan aku..aku hanya makan ayam dan ikan sahaja..makanan laut sudah lama tidakku jamah..ini kerana aku pernah menjalani satu pembedahan di bahagian kaki..aku tertembus pintu kaca di rumahku sendiri..bunyinya seperti kelakar tapi itulah hakikatnya..pelik tapi benar..hehe..lagipun itu adalah atas nasihat doktor kerana takut kakiku bernanah kembali jika memakan makanan laut..tubuh badan yang sihat menjamin kehidupan yang bahagia pada masa akan datang..sebenarnya,bentuk badan seseorang itu tidak perlulah dinilai apabila kita ingin berkawan..kerana ada sesetengah kawan-kawanku yang memilih apabila seseorang itu bersaiz besar..tidak perlu rasa segan-silu apabila berkawan dengan mereka..mereka juga merupakan manusia yang inginkan kehidupan seperti orang lain..

mereka juga mempunyai perasaan ingin disayangi sebagaimana kita disayangi..namun,semua itu hanyalah angan-angan semata..mereka dihina dan dikutuk kerana gemuk..kadang-kadang timbul di hatiku rasa belas kasihan terhadap mereka..aku tidak sanggup melihat mereka dihina kerana saiz badan..kebanyakan lelaki memilih pasangan yang kurus dan perfect badannya..jikalau begitu,bagaimana dengan mereka yang berbadan besar??adakah mereka dipulaukan dalam masyarakat kerana kekurangan diri mereka??kasihan mereka..mereka tidak diminta untuk dilahirkan sebegitu..apakah rasa anda jika anda berada di tempat mereka??adakah anda ingin dipulaukan sebagaimana anda memulaukan mereka..Tuhan Maha Adil..mereka akan membalas setiap perbuatan yang kita lakukan..kepada mereka yang berbadan saiz besar..apa yang korang perlu buat hanyalah perlu bersabar dan rajin-rajinlah bersenam..dengan izin Tuhan,korang akan dapat hidup yang penuh dengan warna-warni :)

aku bersyukur kerana mempunyai sepasang kaki..aku dilahirkan sempurna..bersyukur sangat-sangat kepada Tuhan..walaupun aku pernah mengalami pembedahan di kedua-dua belah kaki..berjahit-jahit kaki aku niy..kalau tak silap aku,terdapat 36 jahitan bahagian luaran dan seratus jahitan lebih di dalam otot kakiku.dahsyat kan??hehe..kaki aku niy pun dah jadi macam jalan kereta api dah..itu kata adik-adikku la..mereka memang tak betul sedikit..hehe..tapi apa-apa pun,aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berjalan..pada ketika itu,aku tidak dapat berjalan selama 3 bulan lebih..pergi ke sekolah pun menggunakan tongkat..walaupun setiap minggu ke hospital untuk menjalankan fisioterapi,aku kini dapat mengeluh kelegaan kerana dapat berjalan seperti biasa walaupun kadang-kadang terasa sakit yang teramat sangat terutama di bahagian tapak kaki yang telah terputus urat :( biarpun cacat di jari-jari kaki sebelah kiri,sekurang-kurangnya aku dapat melakukan aktiviti seharian tanpa menyusahkan orang lain :)

aku bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia..walaupun aku tidak mempunyai ayah,namun aku masih boleh tersenyum tatkala memikirkan hidup aku sudah cukup bahagia dalam keadaan begini..aku sayangkan mama dan adik beradikku..terlalu sayang sangat..aku tidak ingin melihat mereka dalam kesedihan atau dalam kesusahan..aku bersyukur kerana mempunyai orang yang jujur menyayangiku dengan seadanya..aku tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi..secara keseluruhannya,aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini..janganlah bersifat tamak dan mahukan semuanya sempurna dalam hidup :)

AKU BERSYUKUR APA YANG ADA SEKARANG INI..SAYANG KAT KORANG SEMUA <3

hye kawan-kawan :) penatnya seharian membeli-belah di sunway pyramid :( nak meraung kesakitan pun ada..huhu..tak pelah,penat-penat pun masih ada semangat nak menulis di blog..hehe..bukan apa,rindu sangat kat blog niy..kalau tak menulis blog niy rasanya macam tak lengkap seharian kita..hmm..tak pelah,nak sambung cerita tentang seharian membeli-belah di sunway pyramid..saya,adik saya,mun chien,anisa dan adiknya ke sunway pyramid pada pukul 12 tengah hari..

sepatutnya dah janji nak pergi pada pukul 10.45 pagi,namun disebabkan ada sedikit masalah yang dihadapi,kami ke sunway pada tengah hari..mama anisa menghantar kami sehingga jambatan pintu masuk pyramid dua..padahal rumah bukannya jauh sangat dari pyramid pun..kalau nak jalan lenggang-lengok pun,rasa-rasanya lima minit je..hehe..tak pelah..mama anisa nak juga hantar kita orang,so just follow je la :) sesudah sampai di pyramid,kami pun berlegar-legar sambil memerhati barang-barangan yang hendak dibeli..

semua kedai kami serang..dari kedai menjual barangan aksesori hinggalah ke kedai menjual kasut..dari kedai menjual baju hinggalah ke kedai menjual buku rujukan sekolah..hehe..satu kedai je yang kami tak masuk..cuba korang teka kedai apa?erm,kedai makanan la..sebab semua pun puasa..hee..puas kami mencari kedai yang menjual baju yang serasi dengan jiwa kami :) ada ketikanya,pelbagai kejadian yang kelakar berlaku..saya dan anisa pun sudah lama tidak bersua..rindu kat dia sangat-sangat tau..dia sporting..tak macam sesetengah perempuan yang perasan dirinya bagus..huh..benci perempuan yang berperangai sebegitu :(

kalau keluar dengan anisa,memang seronok habislah..macam-macam perangai kita orang..maklumlah,otak sama-sama masuk air..hehe..mula-mula rancangnya nak balik dalam pukul 1 tengah hari tapi masing-masing syok memerhati barang sehinggakan tidak perasan masa berlalu dengan pantasnya..saya membeli sehelai baju dan buku latihan fizik dan bahasa inggeris memandangkan SPM akan tiba tidak lama lagi..TAKUTNYA NAK HADAPI SPM :( apa-apa pun,saya akan cuba yang terbaik ye..walaupun saya barjalan-jalan membeli-belah,namun pelajaran tidak dilupakan ye..harap korang pun sama juga ye :)

kami pulang berjalan kaki je :( penat sangat-sangat..dah lama tak rasa lenguh-lenguh kaki macam hari ini..kali terakhir terasa kaki hendak tercabut apabila bermain SOFBOL..yela,asyik kena lari ke "base" je..hehe..kami pulang pada pukul 6.40 petang..lewat an??huhu..tidak mengapa..sekurang-kurangnya kami tak perlu nak tunggu bus untuk balik..yang lecehnya,kena guna tenaga untuk berjalan pulang ke rumah.memang letih sangat-sangat la hari ini..dah lama tak rasa segembira sebegini..thanks kepada korang yang telah membuatkan saya tersenyum sepanjang hari :) love you guys tahu tak !! hehe..

oh ya,sebelum terlupa,saya nak ucapkan terima kasih kepada anisa kerana bagi saya kucingnya..comel sangat-sangat tau..bertambahlah kawan baru di rumah ini :) yeay !!






GAMBAR-GAMBAR KUCING ANISA :) NAMA BELUM DIBERI LAGI..AGAK-AGAK,
NAMA APA YANG SESUAI UNTUK KUCING NIY YE??




I SAYANGKAN YOU KUCING <3
kepada semua penganut agama islam,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :) disini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika selama niy saya ada terkasar bahasa atau terkurang bicara..saya juga ingin meminta maaf kepada kawan-kawan yang banyak makan hati disebabkan saya..saya tak sengaja nak sakitkan hati korang tau..lepas niy..kosong-kosong ye..tak nak dengki-dengki dah tau :) hehe..

jaga diri elok-elok tau kawan-kawan..jangan nak mangada-ngada main mercun tau.bahaya sangat-sangat..hehe..sayang korang semua <3

Myspace Graphics


di sini saya sambung kembali cerita yang hendak saya coretkan..cerita ini berkisar tentang seorang jejaka yang saya kenali..mungkin pada ketika ini,awak sedang enak dibuai mimpi..tengok tu,air liur basi sudah memenuhi ruang bantal awak..busyuk..hehe..tapi tidak mengapa..comel je awak tidur kan..jangan sampai tergolek jatuh dari katil sudahlah..hehe..awak,boleh dikatakan saya mengenali awak baru sahaja..

awak baik sangat dengan saya..saya gemar mendengar suara awak di corong telefon..walaupun belum pernah melihat awak dengan mata kasar saya,tapi naluri hati saya berkata bahawa awak adalah seorang yang baik dan pandai mengambil hati saya :) saya sukakan awak..hehe..mengenali awak dan menyelami perasaan awak merupakan satu rahmat bagi saya..saya bersyukur kerana dapat mengenali awak :) saya janji tidak akn mensia-sianya..mungkin awak tidak sempurna tapi tidak salah kan awak membaiki kesilapan-kesilapan awak..saya pun bukannya seorang yang sempurna kerana di dunia ini,tiada siapapun yang sempurna..

cuba bayangkan seseorang itu sempurna dari segi luaran mahupun dalaman,lama kelamaan,pasangannya akan bosan kerana temannya sungguh sempurna..tiada apa yang perlu ditegur..hubungan akan menjadi hambar bagai laut yang kehilangan ombaknya..saya pun bukannya sempurna..apa-apa kesilapan saya,awak tegurlah saya ye..saya akan mengambil dengan cara yang positif :) saya berharap sangat-sangat agar awak tidak mengecewakan saya..walaupun kami hanya berkawan,namun kami saling mengambil berat antara satu lain..saya nak sangat berjumpa dengan awak..nak bertegur sapa depan-depan..nak mengenal hati budi dan perwatakan awak..tapi biarlah masa yang menentukan..kita hanya mampu merancang..jika sudah tiba masanya,kita akan berjumpa..usahlah menetapkan hari untuk berjumpa..kerana akhirnya tetapan itulah yang akan meluluhkan harapan kita..saya tak sanggup nak tengok awak bersedih..

awak berharga bagi saya..kalau awak menangis,saya pun akan turut menangis :( saya teringin sangat dengar suara awak pada setiap hari..tiap hari,awak akan tanya khabar saya..betapa risaunya awak jika saya jatuh sakit..awak,selagi awak tak sakit,saya pun tak sakit..jangan risau ye..kadang-kadang awak mesej saya,saya tak balas mesej awak..bukan saya nak abaikan awak tapi saya sibuk..harap awak faham ye :) saya tak nak awak cemburu buta..apa yang saya lakukan,saya maklumkan kepada awak..saya tak nak awak anggap saya menipu atau tak jujur berkawan dengan awak..awak handsome..saya akui kenyataan tersebut..tapi saya pilih awak bukan disebabkan luaran awak..saya pilih awak sebab dalaman dan hati awak yang ikhlas..mungkin sekarang terlalu awal untuk menilai awak..cukuplah sekadar saya tahu isi hati dan keikhlasan awak..yang selebihnya,akan saya ketahui pabila berjumpa nanti..awak,saya rindukan awak..ketika saya sedang menulis tentang awak,saya tenung je gambar awak kat facebook :) sekurang-kurangnya terubat rindu saya kat awak..

awak,awak tahu kan,saya tak nak ada hubungan dengan sesiapa pun sampailah habis SPM..saya takut disakiti lagi..saya dah penat menangis..biarlah hubungan kita berkekalan sebegini sampai SPM..awak faham saya kan?? :D awak,awak tahu tak..saya sentiasa doakan untuk awak..walaupun kita berbeza agama dan kaum,tapi itu semua tidak menghalang kami kan? :) saya tak pernah bagi tahu awak yang saya sentiasa doakan kesejahteraan awak..walaupun awak jauh di mata saya,namun hati saya,sentiasa terpahat nama awak..awak,awak jangan risau ye..selagi awak layan saya dengan baik,selagi itulah saya takkan pandang lelaki lain..lagipun saya dah malas la nak berkenalan dengan lelaki lain..buat sakit hati je..saya harap awak dapat terima saya seadanya..kalau saya jatuh sakit,awak janji takkan tinggalkan saya..saya tak sanggup kehilangan orang yang saya sayang lagi :(

cukuplah setakat hari tu saya menangis..saya menangis pada hari itu bukan kerana saya ingin menunjukkan yang saya berpura-pura mengambil berat tentangnya..tapi hati saya ikhlas dan jujur berkawan dengannya..tapi pada akhirnya,balasan itu yang saya dapat..saya pun malas la nak mengungkit cerita yang dah lepas..apa yang lepas usahlah dikenang..mungkin Tuhan nak tunjukkan yang dia bukan kawan yang boleh dipercayai..betul tak awak ?? daripada saya terus setia menjadi kawan baiknya,lebih baik saya lupakan dia..tak guna saya bertepuk sebelah tangan kerana ianya takkan berbunyi..erm,cuba awak tepuk sebelah tangan,berbunyi tak?hehe..kalau berbunyi tu,maksudnya awak tipu..hehe..awak,saya rindukan awak tahu tak?ngee..sekarang jam menunjukkan pukul 2.16 ketika saya sedang menaip ini..mata tengok jam kat skrin komputer je..saya nak mesej dengan awak tapi awak sedang tidur..tu yang saya tak nak kacau awak..lagipun,nak dekat raya dah kan..banyak kerja yang perlu diselesaikan..hmm,sebenarnya banyak lagi yang saya nak luahkan..tapi sukar untuk diluahkan melalui kata-kata..

nanti kita jumpa,saya nak tenung mata awak lama-lama..hehe..biar awak naik segan..awak,saya berbuat begitu kerana lirikan mata kita tidak pernah berbohong..dan mata lah yang akan memberitahu sama ada seseorang itu ikhlas atau cuma ingin mengambil kesempatan atas kita..saya berharap sangat awak terima saya sebagaimana saya sekarang ini..saya tak suka orang menilai seseorang itu dari luaran sahaja..awak pun pernah bagitahu saya yang apa gunanya kecantikkan luaran tapi hatinya hitam,busuk dan penuh dengan kejahatan serta kemungkaran..lebih baik kita memilih seseorang yang sederhana,sedap mata memandang dan yang penting adalah hatinya..jujur saya cakap,saya tak lawa..usahlah memandang saya dari luaran..pls..saya tak suka..saya harap awak dapat mengenal hati budi saya..satu lagi,jangan ada rahsia antara kita ye..

awak,saya tak boleh tidur niy..mata saya tak nak tutup..semua gara-gara awak tahu tak..hehe..sebab saya nak sangat tulis tentang awak..tak pelah..saya korbankan masa tidur saya demi awak..saya suka tulis malam-malam..syok sikit..hehe..nanti saya dah update post ini,saya bagi awak baca ye..jangan menangis tau ketika membaca post niy..saya tulis khas untuk awak..kalau awak menangis,saya merajuk dengan awak :) awak,kejap lagi awak nak kena bangun dah..ada 3 jam je lagi untuk awak tidur..saya kejap lagi baru tidur..saya tadi baru je makan karipap dengan minum air teh..mata segar bugar lagi niy..hehe..awak tinggalkan saya sorang-sorang menulis untuk awak..huhu..niy yang tak adil niy.. :P awak,saya memang suka cakap banyak kat awak..awak tak kisah kan??tapi kadang-kadang ada benda yang tak dapat saya ungkapkan kepada awak melalui kata-kata..saya segan sebenarnya..hehe..sebab itulah,saya mengambil keputusan untuk menulis disini..

awak,nanti raya jangan makan kuih banyak-banyak tau..simpan sedikit untuk saya..hehe..saya pun nak rasa juga kuih awak tu :) nanti kalau dah makan banyak-banyak,buncit pula perut awak..hehe..nanti tak pasal-pasal kena minum air yang macam kat iklan tu..tak ingat la nama jenama tu..hehe..tapi tidak mengapa..buncit-buncit pun,saya suka kat awak..hehe..saya ingat lagi,awal perkenalan kita :) seronok je kan..keseluruhannya,saya senang berkenalan dengan awak :) thanks tau..sayang kat awak ketat-ketat

buat masa ini identiti " awak " dirahsiakan..cuma awak sendiri yang tahu siapa diri awak yang sedang saya perkatakan..selamat malam dear..jaga diri elok-elok tau..basuh kaki dan baca doa tidur sebelum tidur ye :) semoga mendapat mimpi yang indah :) saya baru je nak masuk tidur niy..mama dah suruh offline dah :( tapi saya tak mengantuk lagi la awak..macam mana ea??huhu..sekarang dah pukul 3.32..
hye..baru je sempat nak update blog :) banyak yang hendak ditulis..tapi bukan pasal sedih tau..mungkin sejak kebelakangan ini,mun banyak menangis..banyak air mata yang dibazirkan sebab mereka yang tidak pernah menerima kekurangan seseorang dengan hati yang ikhlas dan mereka yang HIPROKRIT ! tapi lepas mun dah luahkan apa yang selama ini tersimpan dalam hati mun..mun rasa puas sangat-sangat..nasib baik mun dapat berfikir secara rasional..mun dah tak nak campur urusan orang lain..hal mereka,pandai-pandai la mereka nak uruskan..betul tak korang?? :) mun lepas niy nak fokus untuk peperiksaan yang bakal menjelma dalam masa lebih kurang dua bulan sahaja lagi..hal mun sendiri pun mun tak tertanggung,apatah lagi hal-hal orang lain..mun penat dah nak menangis..tak guna mun bertepuk sebalah tangan sedangkan orang yang berada di seberang sana,gembira memperlakukan mun sebagini..dah-dah,mun tutup cerita ini..dah tak nak ingat kembali peristiwa-peristiwa yang sedih..kalau selalu menangis,nanti muka merah..lepas tu,jadi macam badut pula..hehe..tak nak mun jadi badut..

sebelum mun meneruskan cerita yang ingin mun ceritakan,mun nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA kepada semua kawan-kawan mun sama ada yang mengenali mun secara langsung mahupun tidak..mun minta maaf sangat-sangat jika selama ini mun ada terkasar bahasa ataupun telah menyakiti hati korang..lagi-lagi kepada kawan-kawan mun iaitu IZZAT HARITH,NAZRIN MERICAN,SYAHRUL dan FARHANAH..mun minta maaf tau kalau mun ada marah-marah korang..mun tak sengaja..koranglah yang sentiasa ada dengan mun sewaktu mun gembira mahupun sedih..thanks sangat-sangat sebab ambil berat tentang mun..

IZZAT..apabila aku selalu sakit sakit kat sekolah,kau yang selalu ambil berat tentang aku..aku pernah merajuk dengan kau..seminggu pula tu..hehe..pasal oral BM..sebenarnya semua tu salah paham je..aku suka kawan dengan kau..bila muka aku kena bola sofbol dek balingan kencang senior kita,ridhwan..kau yang lari ke kantin membeli ais..hehe..memang masa tu kelakar sangat-sangat..tapi aku tahan je gelak aku sebab ketika tu,muka aku sakit sangat-sangat..nak gelak pun susah..hehe..tak mengapa,sekarang muka aku dah balik kepada corak asal dah..boleh gelak kuat-kuat..hehe..oh ya,satu lagi..thanks sebab kau sanggup layan otak gila aku niy..hehe..aku asyik membebel kat kau tapi kau layan aku..hehe..aku minta maaf sebab mulut aku niy asyik nak bercakap je..kau juga yang tolong aku ketika aku ada masalah dengan BADAK GEMUK :) hehe.. kau suka panggil aku monyet kan??tak pe lah..monyet pun monyet la..aku tak kisah :) satu lagi izzat..boleh tak kau jangan perli aku pasal tv kau tu..ishh,geram gila ouh..haha..manalah aku tau pasal tv kau..aku ingat tv kau tu touch..sebab tu aku pergi tekan-tekan kat skrin tv kau..haha..

NAZRIN..thanks for being my friend walaupun kadang-kadang aku rimas dengan perangai kau..hehe..jangan ambil hati taw naz..pukul kang baru tau..hehe..kau dah banyak menceriakan alam persekolahanku..bila aku ada problem,kau sanggup mendengar..kau menjadi tempat aku luahkan perasaanku..kau selalu tersenyum..aku ingat lagi ketika ammelea nak usha kau..kau minta tolong aku..haha..tak boleh lupa ketika itu..aku bolah dikatakan menjadi orang tengah kepada korang berdua..aku tahu kau tak suka ammelea,tapi kau masih layan demi menjaga hatinya..kau seorang yang baik..cuma kadang-kadang tu kau tak gentlemen..geli-geleman aku.hehe..aku pernah merajuk dengan kau sebab kau suka menyakat aku..kau pernah cakap kau suka kat aku..aku tak tahu betul-betul ataupun cuma main-main je..tapi jujur aku cakap,perasaan aku kat kau hanyalah kawan..tak lebih dan tak kurang daripada itu :) tak nak sedih-sedih tau..

SYAHRUL..kau sombong dengan aku ketika di tingkatan 4 kan..haha..padahal kita orang sama kelas..sengal je..hehe..tapi ketika di tingkatan 5,aku dengan kau dah rapat dah..boleh dikatakan jadi kawan rapat..semasa di tingkatan 4,kau suka sangat cari gaduh dengan aku..aku pun tak paham mengapa kau berkelakuan sebagitu..tak pe lah..yang lepas usah dikenang :) kau teman setia aku ketika subjek kimia..haha..aku tidur,kau pun ikut sekali..haha..kau suka sangat pinjam buku bm aku kan..hehe..tak pelah,aku relakan..aku suka berdiri sebelah kau sebab kau pendek..so tak ada lah aku nampak pendek sangat..haha..aku suka kacau motor kau..hari tu kau sengaja nak langgar aku kan sebab aku halang jalan kau :) syah,aku tak pernah tengok kau marah..cubalah kau marah sedikit..aku selalu tengok kau senyum je seolah-olah tiada masalah..aku tau kau tak reti langsung nak marah orang..hehe..tidak mengapa,kau teruskan dengan senyuman kau..manis gitu..hehe

FARHANAH..kau seorang je kawan perempuan yang baik dan rapat dengan aku..aku senang berkawan dengan kau..kau asyik-asyik tak datang sekolah kan..hehe..ingat tak sewaktu pertandingan debat ala parlimen?hehe..kelakar kan ketika itu..ada-ada aje perangai kau niy..aku kat atas pentas jadi pengerusi majlis,kau kat bawah jadi penanda masa..kau boleh pula cuci mata ketika itu..hehe..aku tak nak tulis nama budak tu kat sini..kau ada terpandang dua mamat kan..satu yang putih-putih ala mat salleh..satu lagi yang kulitnya sawo matang..yang putih tu kena campak jauh-jauh..haha..walaupun comel tapi sekali dia buka muluit..ishh,lembut gitu..haha..yang satu lagi tu muka comel juga..tapi dia tu junior kita..hehe..biarlah dia tu..haha..apa-apa pun,aku bersyukur sangat-sangat dapat kawan macam kau..aku kenal kau sejak darjah 5 lagi..ketika di kelas 5 dedikasi.. :) thanks sebab jadi kawan aku ye..i love u farhanah..susah nak cari kawan macam kau tahu tak :D

koranglah kawan yang boleh mun anggap kawan baik mun..thanks for everthing ye..nanti dah habis sekolah,jangan lupa keep in touch ye :) sayang kat korang ketat-ketat :) erm, yang pasal mun nak cerita tu,mun sambung kat POST akan datang ye..tunggu.. :)


alangkah seronoknya jika kita dapat menjadi seperti bunga ini ? tiada masalah yang akan menghimpit kehidupan kita.boleh tersenyum lebar tanpa memikirkan pelbagai masalah.saya merayu kat awak,janganlah tambah masalah saya lagi.cukuplah dengan masalah-masalah sekarang niy..awak buat saya menangis semalaman..terima kasih..sudah beberapa ketika air mata saya tak mengalir di pipi saya..dan semalam,awak telah membuat saya menangis disebabkan awak..saya penat awak..awak tolonglah faham perasaan saya..saya tak minta banyak..


azwan : kalau kau dah benci sangat kat aku, tak perlu la nak remove aku..sumpah aku cakap.aku bencikan kau..kau akan dapat balasan dalam hidup kau.kau tunggu je la..aku tanya kau ngapa kau remove aku dari senarai kawan kau..kau jawab : "i remove you dari friend list i sebab you menyambpah tengok muka ex u dengan muka ex kawan you..hey,apa kaitannya dowh??langsung tak berkaitan dengan mun..i bukannya ex you pun..i dengan you best friends..ingat tu.." tapi bila aku nak suruh kau fikir secara rasinal,kau tak endah..hmm,tidak mengapalah..aku harus tabah..semua ini hanya dugaan kecil an..banyak lagi dugaan yang saya kena hadapi pada masa akan datang..kepada kawan-kawan yang sentiasa berada disisiku.. mun minta maaf sebab dah buatkan korang semua risau tentang mun..terima kasih kerana sudi mengambil berat tentang mun..korang sentiasa ada dengan mun tak kira mun dalam keadaan senang mahupun susah..

hye semua :) aku tetiba je rasa untuk menulis di blog..dulu aku selalu update blog aku tapi sekarang niy jarang sekali..pertama,masa tidak mengizinkan..kedua,banyak sungguh masalah yang aku hadapi kebelakangan ini..ketiga,aku bersiap-siap untuk menghadapi spm yang bakal aku hadapi dalam masa 2 bulan je lagi..minta-mintalah aku mendapat keputusan yang cemerlang :) hm..entahlah apa yang aku rasa ketika ini..sumpah aku tak tahu nak luahkan kat siapa..aku boleh harapkan siapa??semua tikam belakang aku..susahnya nak percayakan orang-orang zaman kini..pelbagai sifat buruk yang tersembunyi disebalik keikhlasan wajah mereka..aku sendiri tidak begitu mempercayai kawan-kawan aku sendiri walaupun sudah sekian lama berkenalan..erm,sebelum aku teruskan..aku harap sesiapa yang sedang membaca blog aku tak terasa apa yang aku tulis niy..senang cerita,siapa yang makan cili,dia yang akan rasa pedasnya..

aku sendiri buntu dimanakah harusnya aku mulakan titik permulaan ceritaku..tempat yang paling sesuai adalah aku meluahkan di blog..aku tak sanggup dah nak simpan lama-lama dalam hatiku..aku ingin buang segala perasaan sedih,cemburu,tension dan sebagainya dalam hatiku ini..hendak diceritakan kepada orang,takut aku dikatakan menjaja ceritaku sendiri..tak sanggup aku mendapat label sebegitu daripada masyarakat yang tak kenal latar belakangku dengan mendalam..mereka sengaja membuat cerita dan cerita itu ditokok tambah dan akhirnya menjadi satu fitnah yang tidak diketahui hujung pangkalnya..sedih je rasanya apabila telinga kita disaji dengan cerita yang berbaur fitnah tentang diri kita..

hari ini,aku akan luahkan segala apa yang selama ini terbuku dalam isi hatiku..aku dah tak sanggup untuk menipu diriku lagi..aku mungkin boleh tersenyum dihadapanmu,tapi hati ini seksa..kau tak pernah memikirkan tentang perasaanku..saban hari aku bercerita denganmu,kita kongsi suka duka bersama..tapi sekarang kau buat aku sebegini..kita mungkin hanya kawan biasa tapi hatiku ini mengambil berat tentangmu..kau tak pernah nak selami isi hatiku..selalunya aku je yang bertanya masalah kau..ada kau mengambil tahu tentang masalahku??setahu aku,kau langsung tak kisah..kau dah taburkan janji-janji manis akhirnya,kau sendiri yang mungkiri..

kau tak jujur dengan dirimu sendiri..janji-janji kau masih segar lagi dalam ingatanku..aku kenal kau pada 8 julai 2010..aku ingat,pada tarikh ini,aku takkan disakiti lagi..rupanya tak..kau sakitkan hati aku..kau jahat!!apa salah aku kat kau pun aku tak tahu..aku tanya kau apa salah aku,kau cakap aku tak salah apa-apa..habis tu,kenapa kau buat aku sebegini??aku perlukan jawapan dari kamu sendiri..aku minta maaf berkali-kali namun maaf aku ini,kau bagaikan mencurah air ke daun keladi..aku kini setelah dua bulan aku mengenalimu,baru aku tahu erti sebenar seorang kawan sejati..bila aku senang,kau rapat denganku..tapi bila aku ditimpa masalah,kau pergi cari teman yang senang..

aku dah banyak menangis sebab kau..dan sekali lagi aku menangis tatkala aku menulis ini..aku tak boleh nak simpan air mataku ini..terlalu murah rasanya air mataku ini..disebabkan kau,aku merana..dan disebabkan kau lah,aku tidak mempercayai mana-mana kawanku..kau dah buat aku hilang kepercayaan untuk mencari teman baik..terima kasih sebab kau pernah hadir dalam hidupku suatu masa dahulu dan membuatkan aku tersenyum..tapi kini,segalanya sudah pudar..ataupun lebih tepat..segalanya sudah hilang..aku tidak yakin kemesraan yang kau berikan padaku suatu masa dahulu akan kembali..aku sudah tiada keyakinan atas dirimu..kau anggap aku seperti patung..kau tak pernah menjaga hatiku..tatkala ada ombak yang kurang menyenangkan dalam persahabatan kita,aku sahaja yang beria-ria menjaga persahabatan kita..tapi kau..apa yang kau buat untuk selamatkan persahabatan kita??ada kau buat apa-apa??tak!!kau hanya biarkan ia begitu sahaja.kau bagaikan tidak peduli sama ada aku sedih atau tak..kaun hanya pentingkan diri sendiri..

AKU CUKUP MENYESAL MENGENALI DIRIMU..aku harap kau jangan mainkan perasaan orang lain..cukuplah aku dah terkena..kini,aku FOBIA untuk mencari teman baik yang baru..aku takut disakiti..cukuplah hatiku ini disakiti dan diguris dek perbuatan kamu..aku tak sanggup membazir air mataku untuk lelaki seperti kamu..walaupun aku dengan kamu hanya teman tapi mesra,tapi aku sayangkan kamu..kini,sayangku padamu sudah hilang ditelan lava bumi..aku dah janji pada diriku yang aku takkan memberi sayangku padamu walaupun setitik..itu janjiku..aku tidak mahu pisang berbuah dua kali..kau pun sudah berubah..kau memilih kawan..aku tahu aku tak lawa dan mungkin tidak menepati kiteria perempuan yang kau nak kan??kau nak perempuan yang lawa,yang comel-comel..senang cerita,kau nak perempuan yang perfect dari segi luaran..

kau mesti tak kisah sama ada perempuan itu boleh menjamin kebahagiaan kau atau tidak..yang kau tahu,nak perempuan lawa-lawa je..lepas kau dah bosan dengan perempuan tu,kau pergi cari lain.. :( aku ingat lagi,kau telah berikan aku satu hadiah yang tidak pernah sesiapa berikan kepadaku..kau pukul tangan aku..aku tak tahu kau masih ingat lagi atau tak..seminggu aku tahan dengan kesakitan itu..ada kau tanya sama ada tangan aku dah sembuh atau belum..?kau tak peduli pun an..aku bukan meminta simpati dari kau,tapi kau fikirlah..kau dah buat aku mengerang kesakitan selama seminggu..lepas tu,kau buat tak peduli je..seolah-olah itu bukan kau yang buat..selepas ini,aku dah tak nak kau wujud dalam hidupku..sumpah aku cakap,aku FOBIA berkawan denganmu..kau adalah orang pertama yang buat aku percaya tentang istilah " teman tapi mesra " tapi akhirnya kau sendiri yang racunkannya.. thanks so much for doing this to me..baru aku tahu yang kau bukan seorang kawan yang jujur :'(

p/s : aku janji pada diriku yang aku tidak akan sewenang-wenangnya percayakan seseorang.itu janjiku sampai bila-bila . .