sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
takkan ku lepaskan segala yang berada di dalam genggamanku..kerana itu terlalu berharga buat diriku..aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melihat dunia yang nun indah ini..aku bersyukur kerana dilahirkan dengan cukup sifat..dan yang paling penting buat diriku,aku dilahirkan di bumi malaysia..yang bebas daripada ancaman pengganas mahupun letupan gunung berapi..takkan pernah aku lepaskan peluang-peluang keemasan yang menjelma di hadapan mataku..aku telah diberi sepasang mata yang sempurna untuk melihat kecantikan dan keindahan malaysia ini..takkan aku mensia-siakannya..aku menggunakan mataku melihat sesuatu yang dapat memberikan kebaikan..melihat sesuatu yang dapat mencetuskan impak yang besar melalui penglihatan..

takkan ku lepaskan pemberian anugerah Tuhan iaitu hidung dan mulut..tanpanya,tidak mungkin aku dapat bernafas dan menghirup udara yang segar..tanpanya,aku mungkin tidak wujud di dunia ini..hidung dan mulut melengkapkan wajahku agar sempurna..tiada sesiapa pun yang diminta untuk dilahirkan hodoh..namun,semua itu kuasa Tuhan..kita tidak mampu menolaknya..bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri..Tuhan Maha Adil..Tuhan menyusun mata,hidung dan mulut kita dengan sempurna..mungkin ada di antara kita yang mempunyai kekurangan di bahagian wajah kita..kekurangan yang saya katakan di sini adalah seperti buta,bisu dan sebagainya..kadang-kadang,masyarakat mahupun pasangan kita tidak dapat menerima apabila seseorang itu tidak cantik dan lawa..mereka inginkan seseorang yang cantik dan kacak..

apa gunanya semua itu jikalau hati seseorang itu busuk..sebusuk-busuk sampah..mereka hanya inginkan pasangan yang lawa ataupun kacak semata-mata ingin menunjuk-nunjuk di hadapan kawan-kawan..adakah semua itu akan kekal buat selama-lamanya??tidak sama sekali..memilih pasangan yang hanya cantik luarannya tidak cukup..adakah kita ingin diri kita ditayangkan di hadapan kawan-kawan pasangan masing-masing??adakah dengan cara itu,dapat menaikkan nama kita??bagi aku,aku paling benci benda-benda semua itu..memang tidak dinafikan semua orang ingin menjadi terkenal..aku tidak boleh menolak fakta itu..tetapi difikir-fikirkan kembali..kecantikan luaran tidak akan berkekalan buat selama-lamanya..

aku bersyukur dengan wajah yang diberi..tidak perlu cantik atau lawa..cukuplah sekadar mata sedap dipandang..tidak perlu membuat pembedahan semata-mata ingin kelihatan cantik..tidak perlu memakai susuk semata-mata ingin kelihatan muda..kerana kecantikan yang sebenar adalah dari keikhlasan hati yang mulia..memakai susuk adalah diharam..kerana susuk mempunyai unsur syirik..walaupun aku bukan seorang yang beragama islam,namun aku tahu keburukan memakai susuk sama ada di muka mahupun di tubuh..dunia ini hanya pinjaman sementara..apabaila Tuhan ingin mengambil nyawa kita..bila-bila sahaja nyawa kita akan diambil..aku tidak percaya tentang susuk kerana susuk atau kini dipanggil "botox" hanya akan memudaratkan kesihatan tubuh kita..aku tidak sanggup melihat badan aku ini diseluti dengan pelbagai jenis jarum emas..ewww..menjijikan..

aku tidak mengerti mengapa segelintir manusia sanggup menghabiskan wang demi susuk atau pembedahan muka dan tubuh??adakah ingin mendapat lebih kasih sayang daripada orang ramai??ataupun mendapat perhatian daripada masyarakat sekeliling??mungkin sekarang aku tidak mengerti sebab orang ramai berbuat begitu..tapi yang pasti suatu hari nanti,jawapan akan kutemui..pada ketika itu,bergunalah mata aku untuk melihat kebenaran dunia ini yang penuh dengan onak duri,pancaroba dan liku kehidupan..

pemakaian susuk akan menjadikan seseorang itu perasan bahawa dirinya cantik kerana sering dipuji ramai dan sentiasa kelihatan muda walaupun usianya semakin meningkat..semalam aku menonton cerita " SUSUK " ..ditayangkan di tv3..permakaian susuk akan meninggalkan bekas..aku sendiri menontonnya pun merasa jijik pabila melihat tubuh pelakon itu dipenuhi dengan bekas-bekas pemakaian susuk..bagi pemikiran sesetengah orang,susuk itu bagaikan syurga bagi mereka..tanpa menyedari bahawa susuk telah menempahkan nama mereka di neraka..di situ penuh dengan penyeksaan yang akan membuatkan kita menyesal akan perbuatan kita di alam sekarang ini..susuk juga akan menyebabkan kita kehilangan kepercayaan kepada Tuhan..kerana mereka lebih mempercayai kuasa lain selain Tuhan..

janganlah mensyirikkan Tuhan kerana itulah perbuatan yang akan mendatangkan kemurkaan Tuhan dan manusia itu akan menanggung dosa besar..hanya dengan cara bertaubatlah akan dimaafkan dosa-dosanya..aku hairan,mengapa orang islam sendiri sanggup memakainya..aku bukan bersikap "racist" tetapi jikalau mereka sudah mengetahui susuk itu berdosa besar,mengapa mereka masih mahu memakainya..aku bukan hendak membangga-banggakan bahawa diriku ini mempunyai ilmu yang tinggi tentang benda-benda sebegini..aku mengetahuinya melalui pembacaan yang luas..aku tidak ingin menjaga kain di tepi orang tetapi susuk ingin semakin hari semakin berleluasa..entahlah..aku hanyalah budak mentah yang sedang meningkat usianya sambil memerhati arus dunia ini..aku hanya menanti masa untuk mendapatkan segala jawapan kepada soalan-soalan yang menghantui diriku ini..

selain itu,aku bersyukur kerana mempunyai tubuh badan yang sihat..aku tidak mengata bahawa orang yang berbadan besar tidak mempunyai keyakinan diri..bukan begitu kataku..aku ini suka bercakap dengan banyak..sering orang berkata bahawa aku mempunyai keyakinan apabila berhadapan dengan orang kerana tubuhku yang sempurna..bukan begitu..bagiku keyakinan itu datang apabila kita pandai bersuara di khalayak orang ramai..apabila kita pandai menjaga sikap dan tutur kata..aku menjaga tubuhku dengan pelbagai cara..aku bukannya dilahirkan kurus..nanti aku "upload" gambarku ketika berusia 2 bulan..hehe..aku dilahirkan seberat 4.100 kg..berat itu jauh tersasar dengan berat sebenar seorang bayi yang baru lahir..aku tidak menggunakan apa-apa atau memakan apa-apa jamu untuk kurus..aku hanya mengamalkan kaedah seperti melakukan senaman setiap petang..pada setiap minggu,aku meluangkan masa untuk bermain bola jaring bersama kawan-kawan dan jurulatih di stadium MPSJ..pada setiap hari selasa pula,aku menghadiri perjumpaan rumah sukan,Hang Lekiu..

begitulah rutinku untuk mengekalkan berat badanku..selain itu,aku juga mengamalkan kaedah minum air selepas setengah jam makan..dengan cara itu,tidak mudah untuk aku gemuk..aku juga menjaga pemakanan aku..aku hanya makan ayam dan ikan sahaja..makanan laut sudah lama tidakku jamah..ini kerana aku pernah menjalani satu pembedahan di bahagian kaki..aku tertembus pintu kaca di rumahku sendiri..bunyinya seperti kelakar tapi itulah hakikatnya..pelik tapi benar..hehe..lagipun itu adalah atas nasihat doktor kerana takut kakiku bernanah kembali jika memakan makanan laut..tubuh badan yang sihat menjamin kehidupan yang bahagia pada masa akan datang..sebenarnya,bentuk badan seseorang itu tidak perlulah dinilai apabila kita ingin berkawan..kerana ada sesetengah kawan-kawanku yang memilih apabila seseorang itu bersaiz besar..tidak perlu rasa segan-silu apabila berkawan dengan mereka..mereka juga merupakan manusia yang inginkan kehidupan seperti orang lain..

mereka juga mempunyai perasaan ingin disayangi sebagaimana kita disayangi..namun,semua itu hanyalah angan-angan semata..mereka dihina dan dikutuk kerana gemuk..kadang-kadang timbul di hatiku rasa belas kasihan terhadap mereka..aku tidak sanggup melihat mereka dihina kerana saiz badan..kebanyakan lelaki memilih pasangan yang kurus dan perfect badannya..jikalau begitu,bagaimana dengan mereka yang berbadan besar??adakah mereka dipulaukan dalam masyarakat kerana kekurangan diri mereka??kasihan mereka..mereka tidak diminta untuk dilahirkan sebegitu..apakah rasa anda jika anda berada di tempat mereka??adakah anda ingin dipulaukan sebagaimana anda memulaukan mereka..Tuhan Maha Adil..mereka akan membalas setiap perbuatan yang kita lakukan..kepada mereka yang berbadan saiz besar..apa yang korang perlu buat hanyalah perlu bersabar dan rajin-rajinlah bersenam..dengan izin Tuhan,korang akan dapat hidup yang penuh dengan warna-warni :)

aku bersyukur kerana mempunyai sepasang kaki..aku dilahirkan sempurna..bersyukur sangat-sangat kepada Tuhan..walaupun aku pernah mengalami pembedahan di kedua-dua belah kaki..berjahit-jahit kaki aku niy..kalau tak silap aku,terdapat 36 jahitan bahagian luaran dan seratus jahitan lebih di dalam otot kakiku.dahsyat kan??hehe..kaki aku niy pun dah jadi macam jalan kereta api dah..itu kata adik-adikku la..mereka memang tak betul sedikit..hehe..tapi apa-apa pun,aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berjalan..pada ketika itu,aku tidak dapat berjalan selama 3 bulan lebih..pergi ke sekolah pun menggunakan tongkat..walaupun setiap minggu ke hospital untuk menjalankan fisioterapi,aku kini dapat mengeluh kelegaan kerana dapat berjalan seperti biasa walaupun kadang-kadang terasa sakit yang teramat sangat terutama di bahagian tapak kaki yang telah terputus urat :( biarpun cacat di jari-jari kaki sebelah kiri,sekurang-kurangnya aku dapat melakukan aktiviti seharian tanpa menyusahkan orang lain :)

aku bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia..walaupun aku tidak mempunyai ayah,namun aku masih boleh tersenyum tatkala memikirkan hidup aku sudah cukup bahagia dalam keadaan begini..aku sayangkan mama dan adik beradikku..terlalu sayang sangat..aku tidak ingin melihat mereka dalam kesedihan atau dalam kesusahan..aku bersyukur kerana mempunyai orang yang jujur menyayangiku dengan seadanya..aku tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi..secara keseluruhannya,aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini..janganlah bersifat tamak dan mahukan semuanya sempurna dalam hidup :)

AKU BERSYUKUR APA YANG ADA SEKARANG INI..SAYANG KAT KORANG SEMUA <3

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: