sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

Myspace Graphics


di sini saya sambung kembali cerita yang hendak saya coretkan..cerita ini berkisar tentang seorang jejaka yang saya kenali..mungkin pada ketika ini,awak sedang enak dibuai mimpi..tengok tu,air liur basi sudah memenuhi ruang bantal awak..busyuk..hehe..tapi tidak mengapa..comel je awak tidur kan..jangan sampai tergolek jatuh dari katil sudahlah..hehe..awak,boleh dikatakan saya mengenali awak baru sahaja..

awak baik sangat dengan saya..saya gemar mendengar suara awak di corong telefon..walaupun belum pernah melihat awak dengan mata kasar saya,tapi naluri hati saya berkata bahawa awak adalah seorang yang baik dan pandai mengambil hati saya :) saya sukakan awak..hehe..mengenali awak dan menyelami perasaan awak merupakan satu rahmat bagi saya..saya bersyukur kerana dapat mengenali awak :) saya janji tidak akn mensia-sianya..mungkin awak tidak sempurna tapi tidak salah kan awak membaiki kesilapan-kesilapan awak..saya pun bukannya seorang yang sempurna kerana di dunia ini,tiada siapapun yang sempurna..

cuba bayangkan seseorang itu sempurna dari segi luaran mahupun dalaman,lama kelamaan,pasangannya akan bosan kerana temannya sungguh sempurna..tiada apa yang perlu ditegur..hubungan akan menjadi hambar bagai laut yang kehilangan ombaknya..saya pun bukannya sempurna..apa-apa kesilapan saya,awak tegurlah saya ye..saya akan mengambil dengan cara yang positif :) saya berharap sangat-sangat agar awak tidak mengecewakan saya..walaupun kami hanya berkawan,namun kami saling mengambil berat antara satu lain..saya nak sangat berjumpa dengan awak..nak bertegur sapa depan-depan..nak mengenal hati budi dan perwatakan awak..tapi biarlah masa yang menentukan..kita hanya mampu merancang..jika sudah tiba masanya,kita akan berjumpa..usahlah menetapkan hari untuk berjumpa..kerana akhirnya tetapan itulah yang akan meluluhkan harapan kita..saya tak sanggup nak tengok awak bersedih..

awak berharga bagi saya..kalau awak menangis,saya pun akan turut menangis :( saya teringin sangat dengar suara awak pada setiap hari..tiap hari,awak akan tanya khabar saya..betapa risaunya awak jika saya jatuh sakit..awak,selagi awak tak sakit,saya pun tak sakit..jangan risau ye..kadang-kadang awak mesej saya,saya tak balas mesej awak..bukan saya nak abaikan awak tapi saya sibuk..harap awak faham ye :) saya tak nak awak cemburu buta..apa yang saya lakukan,saya maklumkan kepada awak..saya tak nak awak anggap saya menipu atau tak jujur berkawan dengan awak..awak handsome..saya akui kenyataan tersebut..tapi saya pilih awak bukan disebabkan luaran awak..saya pilih awak sebab dalaman dan hati awak yang ikhlas..mungkin sekarang terlalu awal untuk menilai awak..cukuplah sekadar saya tahu isi hati dan keikhlasan awak..yang selebihnya,akan saya ketahui pabila berjumpa nanti..awak,saya rindukan awak..ketika saya sedang menulis tentang awak,saya tenung je gambar awak kat facebook :) sekurang-kurangnya terubat rindu saya kat awak..

awak,awak tahu kan,saya tak nak ada hubungan dengan sesiapa pun sampailah habis SPM..saya takut disakiti lagi..saya dah penat menangis..biarlah hubungan kita berkekalan sebegini sampai SPM..awak faham saya kan?? :D awak,awak tahu tak..saya sentiasa doakan untuk awak..walaupun kita berbeza agama dan kaum,tapi itu semua tidak menghalang kami kan? :) saya tak pernah bagi tahu awak yang saya sentiasa doakan kesejahteraan awak..walaupun awak jauh di mata saya,namun hati saya,sentiasa terpahat nama awak..awak,awak jangan risau ye..selagi awak layan saya dengan baik,selagi itulah saya takkan pandang lelaki lain..lagipun saya dah malas la nak berkenalan dengan lelaki lain..buat sakit hati je..saya harap awak dapat terima saya seadanya..kalau saya jatuh sakit,awak janji takkan tinggalkan saya..saya tak sanggup kehilangan orang yang saya sayang lagi :(

cukuplah setakat hari tu saya menangis..saya menangis pada hari itu bukan kerana saya ingin menunjukkan yang saya berpura-pura mengambil berat tentangnya..tapi hati saya ikhlas dan jujur berkawan dengannya..tapi pada akhirnya,balasan itu yang saya dapat..saya pun malas la nak mengungkit cerita yang dah lepas..apa yang lepas usahlah dikenang..mungkin Tuhan nak tunjukkan yang dia bukan kawan yang boleh dipercayai..betul tak awak ?? daripada saya terus setia menjadi kawan baiknya,lebih baik saya lupakan dia..tak guna saya bertepuk sebelah tangan kerana ianya takkan berbunyi..erm,cuba awak tepuk sebelah tangan,berbunyi tak?hehe..kalau berbunyi tu,maksudnya awak tipu..hehe..awak,saya rindukan awak tahu tak?ngee..sekarang jam menunjukkan pukul 2.16 ketika saya sedang menaip ini..mata tengok jam kat skrin komputer je..saya nak mesej dengan awak tapi awak sedang tidur..tu yang saya tak nak kacau awak..lagipun,nak dekat raya dah kan..banyak kerja yang perlu diselesaikan..hmm,sebenarnya banyak lagi yang saya nak luahkan..tapi sukar untuk diluahkan melalui kata-kata..

nanti kita jumpa,saya nak tenung mata awak lama-lama..hehe..biar awak naik segan..awak,saya berbuat begitu kerana lirikan mata kita tidak pernah berbohong..dan mata lah yang akan memberitahu sama ada seseorang itu ikhlas atau cuma ingin mengambil kesempatan atas kita..saya berharap sangat awak terima saya sebagaimana saya sekarang ini..saya tak suka orang menilai seseorang itu dari luaran sahaja..awak pun pernah bagitahu saya yang apa gunanya kecantikkan luaran tapi hatinya hitam,busuk dan penuh dengan kejahatan serta kemungkaran..lebih baik kita memilih seseorang yang sederhana,sedap mata memandang dan yang penting adalah hatinya..jujur saya cakap,saya tak lawa..usahlah memandang saya dari luaran..pls..saya tak suka..saya harap awak dapat mengenal hati budi saya..satu lagi,jangan ada rahsia antara kita ye..

awak,saya tak boleh tidur niy..mata saya tak nak tutup..semua gara-gara awak tahu tak..hehe..sebab saya nak sangat tulis tentang awak..tak pelah..saya korbankan masa tidur saya demi awak..saya suka tulis malam-malam..syok sikit..hehe..nanti saya dah update post ini,saya bagi awak baca ye..jangan menangis tau ketika membaca post niy..saya tulis khas untuk awak..kalau awak menangis,saya merajuk dengan awak :) awak,kejap lagi awak nak kena bangun dah..ada 3 jam je lagi untuk awak tidur..saya kejap lagi baru tidur..saya tadi baru je makan karipap dengan minum air teh..mata segar bugar lagi niy..hehe..awak tinggalkan saya sorang-sorang menulis untuk awak..huhu..niy yang tak adil niy.. :P awak,saya memang suka cakap banyak kat awak..awak tak kisah kan??tapi kadang-kadang ada benda yang tak dapat saya ungkapkan kepada awak melalui kata-kata..saya segan sebenarnya..hehe..sebab itulah,saya mengambil keputusan untuk menulis disini..

awak,nanti raya jangan makan kuih banyak-banyak tau..simpan sedikit untuk saya..hehe..saya pun nak rasa juga kuih awak tu :) nanti kalau dah makan banyak-banyak,buncit pula perut awak..hehe..nanti tak pasal-pasal kena minum air yang macam kat iklan tu..tak ingat la nama jenama tu..hehe..tapi tidak mengapa..buncit-buncit pun,saya suka kat awak..hehe..saya ingat lagi,awal perkenalan kita :) seronok je kan..keseluruhannya,saya senang berkenalan dengan awak :) thanks tau..sayang kat awak ketat-ketat

buat masa ini identiti " awak " dirahsiakan..cuma awak sendiri yang tahu siapa diri awak yang sedang saya perkatakan..selamat malam dear..jaga diri elok-elok tau..basuh kaki dan baca doa tidur sebelum tidur ye :) semoga mendapat mimpi yang indah :) saya baru je nak masuk tidur niy..mama dah suruh offline dah :( tapi saya tak mengantuk lagi la awak..macam mana ea??huhu..sekarang dah pukul 3.32..

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: