sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
hye semua :) aku tetiba je rasa untuk menulis di blog..dulu aku selalu update blog aku tapi sekarang niy jarang sekali..pertama,masa tidak mengizinkan..kedua,banyak sungguh masalah yang aku hadapi kebelakangan ini..ketiga,aku bersiap-siap untuk menghadapi spm yang bakal aku hadapi dalam masa 2 bulan je lagi..minta-mintalah aku mendapat keputusan yang cemerlang :) hm..entahlah apa yang aku rasa ketika ini..sumpah aku tak tahu nak luahkan kat siapa..aku boleh harapkan siapa??semua tikam belakang aku..susahnya nak percayakan orang-orang zaman kini..pelbagai sifat buruk yang tersembunyi disebalik keikhlasan wajah mereka..aku sendiri tidak begitu mempercayai kawan-kawan aku sendiri walaupun sudah sekian lama berkenalan..erm,sebelum aku teruskan..aku harap sesiapa yang sedang membaca blog aku tak terasa apa yang aku tulis niy..senang cerita,siapa yang makan cili,dia yang akan rasa pedasnya..

aku sendiri buntu dimanakah harusnya aku mulakan titik permulaan ceritaku..tempat yang paling sesuai adalah aku meluahkan di blog..aku tak sanggup dah nak simpan lama-lama dalam hatiku..aku ingin buang segala perasaan sedih,cemburu,tension dan sebagainya dalam hatiku ini..hendak diceritakan kepada orang,takut aku dikatakan menjaja ceritaku sendiri..tak sanggup aku mendapat label sebegitu daripada masyarakat yang tak kenal latar belakangku dengan mendalam..mereka sengaja membuat cerita dan cerita itu ditokok tambah dan akhirnya menjadi satu fitnah yang tidak diketahui hujung pangkalnya..sedih je rasanya apabila telinga kita disaji dengan cerita yang berbaur fitnah tentang diri kita..

hari ini,aku akan luahkan segala apa yang selama ini terbuku dalam isi hatiku..aku dah tak sanggup untuk menipu diriku lagi..aku mungkin boleh tersenyum dihadapanmu,tapi hati ini seksa..kau tak pernah memikirkan tentang perasaanku..saban hari aku bercerita denganmu,kita kongsi suka duka bersama..tapi sekarang kau buat aku sebegini..kita mungkin hanya kawan biasa tapi hatiku ini mengambil berat tentangmu..kau tak pernah nak selami isi hatiku..selalunya aku je yang bertanya masalah kau..ada kau mengambil tahu tentang masalahku??setahu aku,kau langsung tak kisah..kau dah taburkan janji-janji manis akhirnya,kau sendiri yang mungkiri..

kau tak jujur dengan dirimu sendiri..janji-janji kau masih segar lagi dalam ingatanku..aku kenal kau pada 8 julai 2010..aku ingat,pada tarikh ini,aku takkan disakiti lagi..rupanya tak..kau sakitkan hati aku..kau jahat!!apa salah aku kat kau pun aku tak tahu..aku tanya kau apa salah aku,kau cakap aku tak salah apa-apa..habis tu,kenapa kau buat aku sebegini??aku perlukan jawapan dari kamu sendiri..aku minta maaf berkali-kali namun maaf aku ini,kau bagaikan mencurah air ke daun keladi..aku kini setelah dua bulan aku mengenalimu,baru aku tahu erti sebenar seorang kawan sejati..bila aku senang,kau rapat denganku..tapi bila aku ditimpa masalah,kau pergi cari teman yang senang..

aku dah banyak menangis sebab kau..dan sekali lagi aku menangis tatkala aku menulis ini..aku tak boleh nak simpan air mataku ini..terlalu murah rasanya air mataku ini..disebabkan kau,aku merana..dan disebabkan kau lah,aku tidak mempercayai mana-mana kawanku..kau dah buat aku hilang kepercayaan untuk mencari teman baik..terima kasih sebab kau pernah hadir dalam hidupku suatu masa dahulu dan membuatkan aku tersenyum..tapi kini,segalanya sudah pudar..ataupun lebih tepat..segalanya sudah hilang..aku tidak yakin kemesraan yang kau berikan padaku suatu masa dahulu akan kembali..aku sudah tiada keyakinan atas dirimu..kau anggap aku seperti patung..kau tak pernah menjaga hatiku..tatkala ada ombak yang kurang menyenangkan dalam persahabatan kita,aku sahaja yang beria-ria menjaga persahabatan kita..tapi kau..apa yang kau buat untuk selamatkan persahabatan kita??ada kau buat apa-apa??tak!!kau hanya biarkan ia begitu sahaja.kau bagaikan tidak peduli sama ada aku sedih atau tak..kaun hanya pentingkan diri sendiri..

AKU CUKUP MENYESAL MENGENALI DIRIMU..aku harap kau jangan mainkan perasaan orang lain..cukuplah aku dah terkena..kini,aku FOBIA untuk mencari teman baik yang baru..aku takut disakiti..cukuplah hatiku ini disakiti dan diguris dek perbuatan kamu..aku tak sanggup membazir air mataku untuk lelaki seperti kamu..walaupun aku dengan kamu hanya teman tapi mesra,tapi aku sayangkan kamu..kini,sayangku padamu sudah hilang ditelan lava bumi..aku dah janji pada diriku yang aku takkan memberi sayangku padamu walaupun setitik..itu janjiku..aku tidak mahu pisang berbuah dua kali..kau pun sudah berubah..kau memilih kawan..aku tahu aku tak lawa dan mungkin tidak menepati kiteria perempuan yang kau nak kan??kau nak perempuan yang lawa,yang comel-comel..senang cerita,kau nak perempuan yang perfect dari segi luaran..

kau mesti tak kisah sama ada perempuan itu boleh menjamin kebahagiaan kau atau tidak..yang kau tahu,nak perempuan lawa-lawa je..lepas kau dah bosan dengan perempuan tu,kau pergi cari lain.. :( aku ingat lagi,kau telah berikan aku satu hadiah yang tidak pernah sesiapa berikan kepadaku..kau pukul tangan aku..aku tak tahu kau masih ingat lagi atau tak..seminggu aku tahan dengan kesakitan itu..ada kau tanya sama ada tangan aku dah sembuh atau belum..?kau tak peduli pun an..aku bukan meminta simpati dari kau,tapi kau fikirlah..kau dah buat aku mengerang kesakitan selama seminggu..lepas tu,kau buat tak peduli je..seolah-olah itu bukan kau yang buat..selepas ini,aku dah tak nak kau wujud dalam hidupku..sumpah aku cakap,aku FOBIA berkawan denganmu..kau adalah orang pertama yang buat aku percaya tentang istilah " teman tapi mesra " tapi akhirnya kau sendiri yang racunkannya.. thanks so much for doing this to me..baru aku tahu yang kau bukan seorang kawan yang jujur :'(

p/s : aku janji pada diriku yang aku tidak akan sewenang-wenangnya percayakan seseorang.itu janjiku sampai bila-bila . .

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: