sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

hye kawan-kawan :) penatnya seharian membeli-belah di sunway pyramid :( nak meraung kesakitan pun ada..huhu..tak pelah,penat-penat pun masih ada semangat nak menulis di blog..hehe..bukan apa,rindu sangat kat blog niy..kalau tak menulis blog niy rasanya macam tak lengkap seharian kita..hmm..tak pelah,nak sambung cerita tentang seharian membeli-belah di sunway pyramid..saya,adik saya,mun chien,anisa dan adiknya ke sunway pyramid pada pukul 12 tengah hari..

sepatutnya dah janji nak pergi pada pukul 10.45 pagi,namun disebabkan ada sedikit masalah yang dihadapi,kami ke sunway pada tengah hari..mama anisa menghantar kami sehingga jambatan pintu masuk pyramid dua..padahal rumah bukannya jauh sangat dari pyramid pun..kalau nak jalan lenggang-lengok pun,rasa-rasanya lima minit je..hehe..tak pelah..mama anisa nak juga hantar kita orang,so just follow je la :) sesudah sampai di pyramid,kami pun berlegar-legar sambil memerhati barang-barangan yang hendak dibeli..

semua kedai kami serang..dari kedai menjual barangan aksesori hinggalah ke kedai menjual kasut..dari kedai menjual baju hinggalah ke kedai menjual buku rujukan sekolah..hehe..satu kedai je yang kami tak masuk..cuba korang teka kedai apa?erm,kedai makanan la..sebab semua pun puasa..hee..puas kami mencari kedai yang menjual baju yang serasi dengan jiwa kami :) ada ketikanya,pelbagai kejadian yang kelakar berlaku..saya dan anisa pun sudah lama tidak bersua..rindu kat dia sangat-sangat tau..dia sporting..tak macam sesetengah perempuan yang perasan dirinya bagus..huh..benci perempuan yang berperangai sebegitu :(

kalau keluar dengan anisa,memang seronok habislah..macam-macam perangai kita orang..maklumlah,otak sama-sama masuk air..hehe..mula-mula rancangnya nak balik dalam pukul 1 tengah hari tapi masing-masing syok memerhati barang sehinggakan tidak perasan masa berlalu dengan pantasnya..saya membeli sehelai baju dan buku latihan fizik dan bahasa inggeris memandangkan SPM akan tiba tidak lama lagi..TAKUTNYA NAK HADAPI SPM :( apa-apa pun,saya akan cuba yang terbaik ye..walaupun saya barjalan-jalan membeli-belah,namun pelajaran tidak dilupakan ye..harap korang pun sama juga ye :)

kami pulang berjalan kaki je :( penat sangat-sangat..dah lama tak rasa lenguh-lenguh kaki macam hari ini..kali terakhir terasa kaki hendak tercabut apabila bermain SOFBOL..yela,asyik kena lari ke "base" je..hehe..kami pulang pada pukul 6.40 petang..lewat an??huhu..tidak mengapa..sekurang-kurangnya kami tak perlu nak tunggu bus untuk balik..yang lecehnya,kena guna tenaga untuk berjalan pulang ke rumah.memang letih sangat-sangat la hari ini..dah lama tak rasa segembira sebegini..thanks kepada korang yang telah membuatkan saya tersenyum sepanjang hari :) love you guys tahu tak !! hehe..

oh ya,sebelum terlupa,saya nak ucapkan terima kasih kepada anisa kerana bagi saya kucingnya..comel sangat-sangat tau..bertambahlah kawan baru di rumah ini :) yeay !!






GAMBAR-GAMBAR KUCING ANISA :) NAMA BELUM DIBERI LAGI..AGAK-AGAK,
NAMA APA YANG SESUAI UNTUK KUCING NIY YE??




I SAYANGKAN YOU KUCING <3

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: