sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
niy sewaktu mun tengah berborak dengan kawan kat facebook,dia bagitahu mun yang dia ternampak iklan firefly..thanks andre nadzri :)
                  







hye semua :) korang tahu tak gambar-gambar di atas tentang apa ? cam niy ceritanya,mun sebenarnya dah lama buat iklan niy..dalam pertengahan tahun niy juga la..tapi baru keluar..temanya adalah tentang budi bahasa..patutlah masa shooting tu,faizal yusop diminta untuk melanggar bahu kita orang..hehe..tapi apa-apa pun,syukurlah iklan niy dapat dilakukan dengan jayanya..thanks kepada FIREFLY yang menjadi tajaan utama :) mun sendiri pun tak sempat nak tengok iklan niy lagi..harap-harap ada rezeki tu,sewaktu mun menonton televisyen,ada keluar iklan tu..kawan mun bagitahu,iklan ini disiarkan di tv3 . kalau korang ada masa,korang tengok-tengoklah iklan di tv3 ye :) tengss korang..mun minta maaf sebab tak sempat nak blog lagi lama..mun kejap lagi kena belajar dah..spm tak lama lagi..mun janji lepas spm,mun akan kerap menulis di blog ye..mun memang rindu sangat-sangat nak tulis panjang lebar di blog..tapi malangnya masa tidak mengizinkan :( sori korang..nanti apa-apa berita terkini,mun update disini ya :) tengss korang yang selalu membaca blog mun :)
kerinduanku terhadapmu semakin hari semakin bertambah..aku perlukan kehadiranmu disisiku..menemaniku tika aku keseorangan disini..aku tahu kamu nun jauh disana..aku ingin sangat berjumpa denganmu..bergurau senda denganmu,gelak tawa bersamamu dan melalui hari-hari bahagia dan muram bersamamu..aku tiap hari merinduimu..sedangku meneliti bahan bacaanku,aku terkenangmu..aku tahu kamu pun begitu jua kerana kamu pernah memberitahuku kau mengingatiku setiap kali kamu membuat kerja..aku dengan kamu,masing-masing mempunyai komitmen sendiri..betul tak??

tapi aku benar-benar berharap,dalam kesibukan ini,kamu tidak melupakanku..aku takut sangat jikalau pada suatu hari nanti,aku akan kehilangan orang yang aku sayang iaitu kamu..kamu terlalu berharga buatku..aku hanya mempunyai mama,adik-adik dan kamu sahaja..saudara sendiri pun aku tidak mengenali mereka..aku teringin benar bersua denganmu kembali..mengingati kenangan-kenangan dahulu..aku tidak mungkin dapat berdiri segagah begini tanpa kehadiranmu disisiku..tiupan semangatmu amat aku perlukan..aku bakal menghadapi spm tidak lama lagi..jika dihitung hari demi hari,hanya tinggal 33 hari sahaja lagi..aku perlukan kekuatan darimu untuk menjawab soalan-soalan spm..aku amat memerlukan dorongan den sokonganmu..sayangku padamu semakin hari semakin mendalam..aku amat menyenangi tatkala kamu bersamaku tanpa mengira senang mahupun susah..bak kata pepatah,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing..hehe..dah masuk pula peribahasa kat sini..maklumlah,pada 23 november,aku bakal menduduki peperikasaan spm kertas bahasa malaysia 1 dan 2..moga-moga dapat jawab yang sebaik mungkin :)

 aku sudah berjanji pada diriku yang aku tidak akan menerima kehadiran mana-mana lelaki sebelum spm selesai..janji pada diriku lenyap selepas kehadiranmu..kali terakhir aku bersama dengan lelaki adalah pada awal tahun ini..bersama pemain bola HARIMAU MUDA..namanya usahlah diperkatakan disini..sejak putus dengan pemain bola tersebut,aku telah membuat janji pada diriku bahawa tidak akan menerima mana-mana lelaki buat sementara waktu sehinggalah selesai spm..aku tahu aku denganmu belum 'declare' lagi hubungan kami..tapi aku sudah pun menganggapmu salah seorang daripada orang yang penting dalam hidupku..aku tidak mampu kehilanganmu..cukuplah sekali aku kehilangan kawan baik..kali ini,aku betul-betul tidak mampu kehilangan orang yang kusayang..

kali ini,aku cukup berhati-hati dengan pilihanku..takut dikecewakan sekali lagi..aku berharap sangat-sangat jika kamu sedang membaca entri ini,kamu akan memahami isi hatiku..hati aku ini sudah tertutup untuk lelaki-lelaki lain selain kamu..aku tahu kamu tidak kaya ataupun hensem seperti jejaka-jejaka di luar sana..tapi aku tahu hati kamu ikhlas menerimaku..sudah dua kali aku bersua denganmu..kali pertama tanpa dirancang..benarlah kata orang tua-tua..cinta akan hadir tanpa diketahui.. :) aku sayang sangat-sangat padamu..aku berharap kamu disana belajarlah bersungguh-sungguh ye..oh,lupa pula..mun nak ucapkan tahniah sebab dapat 3.5 untuk exam kt kolej..tahniah diucapkan..kalau kamu tambah usaha lagi..tak mustahil kamu boleh dapat pointer yang lagi tinggi dari itu :) maaf mun lambat ucap tahniah..hehe..



muhammad aizuddin masshar :)



Dalam dunia ni kita tidak mempunyai sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung ….

Kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita …
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu….
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri…
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…
tetapi kita sering terlupa….

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kt terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga …Kadang-kadang kita terlupa …
sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat

Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..

RENUNGILAH.. .
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.





iklan ini adalah sempena pertandingan liga remaja kreatif 2010..iklan ini diberi nama "bank buku"..tema iklan ini adalah jalur lebar satu malaysia..namun,kami menyediakan iklan ini bukan hanya berdasarkan tajuk itu sahaja..kami ingin menyelitkan isi yang tersirat tentang betapa pentingnya amalan membaca dalam kalangan rakyat pada masa kini..segelintir masyarakat pada masa ini tidak gemar membaca..melalui iklan ini,diharapkan masyarakat dapat memahami isi tersirat video ini dan tidak hanya tertumpu pada isi tersurat sahaja..

sinopsis bagi video ini :Tajuk Produksi:BANK BUKU

ALIA (18) tamat Sijil Peperiksaan Malaysia SPM, tidak berpeluang melanjutkan pelajaran meletakkan dirinya untuk mula bekerja. Dia tidak mempunyai adik. Buku-bukunya sejak tingkatan 1 hingga 5 tidak lagi bermakna baginya. Dia mula mecari tempat untuk menderma buku-buku tersebut.

Manakala MUN KIT (18) melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, STPM. Buku-buku lamanya didermakan kepada adiknya MUN CHIEN (15) yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR. MUN CHIEN teringin sangat sebuah novel komsas Tingkatan Tiga untuk dijadikan rujukan teks PMR tetapi kakaknya MUN KIT terjual bersama surat khabar lama. MUN KIT tidak bercadang untuk menjual sebahagian buku nota lamanya kerana ilmu tidak boleh dijual beli tetapi ingin menderma buku-buku lamanya ke tempat yang sesuai. MUN KIT kemudian mencari dalam internet tempat menderma buku, kebetulan salah satu blog tertulis tentang artikel Bank Buku yang berada di lokasi, Sentral Kuala Lumpur. MUN KIT bercadang ke tempat itu semata-mata untuk lihat sama ada pelajar lain menderma buku novel tersebut.

Pada masa yang sama, ALIA ke Sentral Kuala Lumpur untuk menderma buku-buku lamanya, di sana MUN KIT terjumpa Novel Panas Salju dari ALIA. Mereka mula berkenalan di tempat Bank Buku di mana buku-buku lama tidak diletakkan dalam tong, tetapi beralih tangan dari sebuah keluarga ke keluarga lain kerana satu maklumat yang dicari dalam internet.

“Buku dijual kerana ilmu, dibeli dengan wang dan dipulangkan dengan cara beralih tangan”.

akhirnya,dapat juga saya bermain bola jaring setelah LIMA bulan tak turun training..sebenarnya bukan saya tak turun training tapi jurulatih pasukan sibuk..setelah lima bulan berlalu,barulah saya dapt keluarkan peluh..korang tahu tak apa saya buat kat rumah dalam masa lima bulan niy??makan,tidur dan belajar..tak pernah pergi jogging..nasib baik tak membesar..kalau makan itu dapat menambah ketinggian,memang dah lama dah saya makan..kalau itulah yang boleh buatkan saya tinggi,saya tak kisah makan 24 jam..hehe..

semalam pasukan cikgu meminta kami untuk turut serta latihan mereka..ramai sangat yang datang..kebanyakannya adalah lelaki..ish3..kami pun berlari keliling gelanggang bola jaring yang terletak di hadapan hospital assunta..kemudian,kami mula merenggang seluruh badan(dalam bahasa inggeris "strecthing") berbunyi-bunyi satu badan macam keropok..hehe..maklumlah,sudah lama tak buat exercise..setelah itu,kami pun mula drilling..ingat-ingat lupa la pasal drilling niy..dah lama tak buat..padahal dulu kalau ada game antara sekolah..setiap minggu kami akan membuat latihan di mpsj..

tapi sejak peringkat MSSD sudah berlalu,maka training langsung dihentikan..ramai pelajar yang memberi komitmen lebih kepada pelajaran mereka..dah drilling semua,friendly match diadakan sesama sendiri..kami berlawan dengan lelaki netball team..dalam pukul 10 malam,kami pun bersurai..memang tak dinafikan yang saya dapat merasai sebuah kepenatan yang teramat sangat dan kaki lenguh-lenguh,tapi yang seronoknya,dapat juga saya bermain bola jaring..sebenarnya training niy diadakan kerana pada sabtu niy,kami akan menyertai "open netball game" di stadium kajang..harap-harap kami dapat buat yang terbaik :)

dan pada hari ini,saya telah membeli sepasang kasut baru..hehe..bestnya :) bukan apa,dah lama saya tak beli kasut sukan yang baru..saya niy kalau pakai kasut dahlah ganas,kasihan kasut aku niy..hehe..nak buat macam mana kan,kau dah dapat tuan yang ganas macam aku niy..tapi an,saya ganas-ganas pun tetap jaga kasut dengan sebaiknya..kasut yang lama masih boleh dipakai tapi cuma tapaknya sudah haus sangat-sangat..yela,asyik kalau ada aktiviti atau pertandingan,selalu guna kasut yang sama,mana tak haus an..hehe..sebab tu saya beli yang baru..harap-harap yang niy pun dapat tahan lama sebagaimana kasut saya yang dulu :)





kasut nike lunarlite :)
hye korang,mun dah lama sangat tak menulis di blog.. sumpah mun cakap,mun rindu sangat-sangat kat blog niy..maaf jika mun kekurangan masa untuk membalas setiap comment korang di chat box..mun betul-betul minta maaf..mun bukannya sombong tau :) cuma tiga minggu niy,mun sibuk dengan exam trial SPM..maklumlah,SPM hampir tiba..persediaan rapi perlu dibuat..lepas trial,mun janji akan membalas setiap comment korang ye :) korang doa-doakan untuk mun agar mun dapat keputusan yang cemerlang untuk SPM..

sejak kebelakangan niy,hari-hari mun dihabiskan menghadap buku..setakat niy,paper bahasa malaysia,bahasa inggeris,matematik,sejarah,pendidikan moral dan add maths sudah berlalu..selasa depan,mun akan menghadapi exam fizik pula..iash,takutnya..apa-apa pun,mun akan cuba yang terbaik..mun tak nak hampakan mama mun yang sudah banyak memberi mun pelajaran..inilah masanya untuk mun membalas jasa mun dengan belajar bersungguh-sungguh..niy mun online kejap je..itu pun nak melepaskan rindu kat blog..hehe..

kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksan pmr pada selasa hadapan,mun ucapkan semoga berjaya..buat yang terbaik tau :) mun dulu pun pernah rasa gementar seperti korang sekarang..apa-apa pun,banyakkan berdoa..Tuhan pasti akan menolong korang :)

masa tidak mengizinkan mun untuk meneruskan penulisan mun..lepas trial dah habis,mun akan online ye..korang boleh add mun di facebook..di situ,kita boleh bertukar idea ye..take care ye korang..sayang korang semua :)