sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.





iklan ini adalah sempena pertandingan liga remaja kreatif 2010..iklan ini diberi nama "bank buku"..tema iklan ini adalah jalur lebar satu malaysia..namun,kami menyediakan iklan ini bukan hanya berdasarkan tajuk itu sahaja..kami ingin menyelitkan isi yang tersirat tentang betapa pentingnya amalan membaca dalam kalangan rakyat pada masa kini..segelintir masyarakat pada masa ini tidak gemar membaca..melalui iklan ini,diharapkan masyarakat dapat memahami isi tersirat video ini dan tidak hanya tertumpu pada isi tersurat sahaja..

sinopsis bagi video ini :Tajuk Produksi:BANK BUKU

ALIA (18) tamat Sijil Peperiksaan Malaysia SPM, tidak berpeluang melanjutkan pelajaran meletakkan dirinya untuk mula bekerja. Dia tidak mempunyai adik. Buku-bukunya sejak tingkatan 1 hingga 5 tidak lagi bermakna baginya. Dia mula mecari tempat untuk menderma buku-buku tersebut.

Manakala MUN KIT (18) melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, STPM. Buku-buku lamanya didermakan kepada adiknya MUN CHIEN (15) yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR. MUN CHIEN teringin sangat sebuah novel komsas Tingkatan Tiga untuk dijadikan rujukan teks PMR tetapi kakaknya MUN KIT terjual bersama surat khabar lama. MUN KIT tidak bercadang untuk menjual sebahagian buku nota lamanya kerana ilmu tidak boleh dijual beli tetapi ingin menderma buku-buku lamanya ke tempat yang sesuai. MUN KIT kemudian mencari dalam internet tempat menderma buku, kebetulan salah satu blog tertulis tentang artikel Bank Buku yang berada di lokasi, Sentral Kuala Lumpur. MUN KIT bercadang ke tempat itu semata-mata untuk lihat sama ada pelajar lain menderma buku novel tersebut.

Pada masa yang sama, ALIA ke Sentral Kuala Lumpur untuk menderma buku-buku lamanya, di sana MUN KIT terjumpa Novel Panas Salju dari ALIA. Mereka mula berkenalan di tempat Bank Buku di mana buku-buku lama tidak diletakkan dalam tong, tetapi beralih tangan dari sebuah keluarga ke keluarga lain kerana satu maklumat yang dicari dalam internet.

“Buku dijual kerana ilmu, dibeli dengan wang dan dipulangkan dengan cara beralih tangan”.

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: