sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
kerinduanku terhadapmu semakin hari semakin bertambah..aku perlukan kehadiranmu disisiku..menemaniku tika aku keseorangan disini..aku tahu kamu nun jauh disana..aku ingin sangat berjumpa denganmu..bergurau senda denganmu,gelak tawa bersamamu dan melalui hari-hari bahagia dan muram bersamamu..aku tiap hari merinduimu..sedangku meneliti bahan bacaanku,aku terkenangmu..aku tahu kamu pun begitu jua kerana kamu pernah memberitahuku kau mengingatiku setiap kali kamu membuat kerja..aku dengan kamu,masing-masing mempunyai komitmen sendiri..betul tak??

tapi aku benar-benar berharap,dalam kesibukan ini,kamu tidak melupakanku..aku takut sangat jikalau pada suatu hari nanti,aku akan kehilangan orang yang aku sayang iaitu kamu..kamu terlalu berharga buatku..aku hanya mempunyai mama,adik-adik dan kamu sahaja..saudara sendiri pun aku tidak mengenali mereka..aku teringin benar bersua denganmu kembali..mengingati kenangan-kenangan dahulu..aku tidak mungkin dapat berdiri segagah begini tanpa kehadiranmu disisiku..tiupan semangatmu amat aku perlukan..aku bakal menghadapi spm tidak lama lagi..jika dihitung hari demi hari,hanya tinggal 33 hari sahaja lagi..aku perlukan kekuatan darimu untuk menjawab soalan-soalan spm..aku amat memerlukan dorongan den sokonganmu..sayangku padamu semakin hari semakin mendalam..aku amat menyenangi tatkala kamu bersamaku tanpa mengira senang mahupun susah..bak kata pepatah,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing..hehe..dah masuk pula peribahasa kat sini..maklumlah,pada 23 november,aku bakal menduduki peperikasaan spm kertas bahasa malaysia 1 dan 2..moga-moga dapat jawab yang sebaik mungkin :)

 aku sudah berjanji pada diriku yang aku tidak akan menerima kehadiran mana-mana lelaki sebelum spm selesai..janji pada diriku lenyap selepas kehadiranmu..kali terakhir aku bersama dengan lelaki adalah pada awal tahun ini..bersama pemain bola HARIMAU MUDA..namanya usahlah diperkatakan disini..sejak putus dengan pemain bola tersebut,aku telah membuat janji pada diriku bahawa tidak akan menerima mana-mana lelaki buat sementara waktu sehinggalah selesai spm..aku tahu aku denganmu belum 'declare' lagi hubungan kami..tapi aku sudah pun menganggapmu salah seorang daripada orang yang penting dalam hidupku..aku tidak mampu kehilanganmu..cukuplah sekali aku kehilangan kawan baik..kali ini,aku betul-betul tidak mampu kehilangan orang yang kusayang..

kali ini,aku cukup berhati-hati dengan pilihanku..takut dikecewakan sekali lagi..aku berharap sangat-sangat jika kamu sedang membaca entri ini,kamu akan memahami isi hatiku..hati aku ini sudah tertutup untuk lelaki-lelaki lain selain kamu..aku tahu kamu tidak kaya ataupun hensem seperti jejaka-jejaka di luar sana..tapi aku tahu hati kamu ikhlas menerimaku..sudah dua kali aku bersua denganmu..kali pertama tanpa dirancang..benarlah kata orang tua-tua..cinta akan hadir tanpa diketahui.. :) aku sayang sangat-sangat padamu..aku berharap kamu disana belajarlah bersungguh-sungguh ye..oh,lupa pula..mun nak ucapkan tahniah sebab dapat 3.5 untuk exam kt kolej..tahniah diucapkan..kalau kamu tambah usaha lagi..tak mustahil kamu boleh dapat pointer yang lagi tinggi dari itu :) maaf mun lambat ucap tahniah..hehe..



muhammad aizuddin masshar :)

4 bicara kawan2 yang Mun sayang:

syAzAnA said...

awwww. sweet jeh cerita kamu. hehe. LIKEEE~

Ziqkri Mahyuddin said...

hope kekal smpai bile2 :)

Mun Kit said...

tengss syazana :)

Anonymous said...

"Awak" berharga bagi saya...kalau awak menangis,saya pun akan turut menangis :( saya teringin sangat dengar suare awak pada stiap hari...tiap hari,awak akan tanya khabar saya...betapa risaunya jika saya jatuh sakit.Saya pilih awak bukan disebabkan luaran awak...saya pilih awak disebabkan dalaman hati awak yg IKHLAS.

"Awak",awak tahu kan saya tak nak ada hubungan dengan sesiapa pun sampailah habis SPM...saya takut disakiti lagi..saya da penat MENANGIS.

Walaupun "awak" jauh dimata saya,namun hati saya sentiasa terpahat nama "awak"

Kalau saya jatuh sakit,awak JANJI takkan tinggalkan saya :( Saya tak sanggup kehilangan orang yg saya sayang lagi :(

Saya tak suka orang menilai seseorang itu melalui luaran sahaja...awak pun pernah bagitahu saya yang apa GUNANYA KECANTIKAN LUARARAN TAPI HATINYA hitam,busuk dan penuh kejahatan serta kemungkaran...lebih baik kita memilih seseorang yg sederhana,sedap mata memandang dan yg paling penting adalah HATInya..

Jangan menangis taw ketika baca post niy...saya tulis khas untuk awak..kalau awak menangis,saya merajuk dengan awak :')

Tapi kadang2 ada benda yg tak dapat
saya ungkapkan melalui kata2 sebenarnya..hehe..sebab itulah saya
mengambil keputusan untuk menulis disini. :')

"Awak",nanti raya jangan makan kuih banyak2 taw....simpan sedikit untuk saya..hehe..saya pun nak rasa juga
kuih awak tu :) kalau da makan banyak2 nanti buncit pula perut awak tu kan.hehe.nanti tak pasal2 kene minum air yang macam dkt iklan tu lupa jenamanya.haha :') Buncit-buncit pun,saya suka dekat awak...hehe..saya ingat lagi, awal perkenalan kita :) seronok je kan...keseluruhannya,saya gembira berkenalan dengan awak :) thanks tau..SAYANG dekat awak ketat-ketat

Buat masa ini identiti "AWAK" dirahsiakan...cuma awak sendiri yang tau siapa diri awak yang sedang saya perkatakan...

Selamat malam DEAR..jaga diri elok-elok taw....basuh kaki n baca doa tidur sebelum tido ye :) smoga mendapat mimpi yang indah :')

NUKILAN IKHLAS DARI HATI 'AHMAD FAIZ' kepada Mun Kit yang berada nun jauh disana.