sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.


hye semua :) mun dah lama tak menulis entri di sini..rindunya kat blog . tengok tu , blog dah bersarang dah pun . hehe . mun dah jarang buka blog . spm sedang berlangsung . 9 disember tamatlah spm :) seronoknya . hehe . niat mun menulis entri kali ini adalah mengenai surat yang mun terima baru-baru ini . surat tu datangnya dari DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA . mun diberitahu bahawa mun terpilih untuk menyertai program minggu penulis remaja 2010 yang bertempat di SERI MALAYSIA PORT DICKSON , NEGERI SEMBILAN

program ini bertujuan untuk melatih penulis remaja yang berbakat dalam bidang penulisan dan memberi pendedahan kepada meraka dalam bidang sastera dan penerbitan . pihak DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA akan membiayai kos penginapan , makan minum , pengangkutan dan insurans keselamatan sepanjang program ini berlangsung . yang menjadi kekeliruan di sini adalah sama ada mun nak bersetuju untuk mengikuti program minngu penulis remaja atau tak . mun naik pening memikirkannya . nak pergi atau tidak . semua kawan-kawan mun menyuruh mun pergi kerana peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup . hmm , kalau diikutkan , memang benar kata mereka . entahlah , mun kini dalam keadaan yang sukar untuk membuat keputusan . tambah-tambah lagi dengan spm yang sedang berlangsung selama tiga minggu ini.

nasib baik dah habis kertas bahasa malaysia , bahasa inggeris , sejarah dan matematik . esok kertas pendidikan moral . nilai-nilai moral sebanyak belum dihafal lagi . nampaknya malam niy mun kena berjaga demi menghafal nilai-nilai moral ini . huhu . harap-harap mun dapat mengingati kesemua 36 nilai sebelum matahari terbit esok :) baiklah , kembali kepada tawaran DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ye . sepanjang seminggu berada di situ , pelbagai aktiviti yang akan dijalankan . antaranya adalah ceramah puisi , ceramah novel/cerpen , sesi bersama tokoh sastera , sesi bersama editor majalah dewan bahasa dan pustaka , penerbitan karya sastera , apa itu buku kanak-kanak , sesi penilaian karya yang akan dijalankan selama dua hari dan persembahan peserta . hmm , mun kena bagi keputusan sebelum minggu depan . tolong mun ye  :( 

mun betul-betul buntu memikir tentangnya . bukan apa . pada 10 disember sepatutnya mun akan mula berkerja di sunway pyramid di salah sebuah kedai makan . dan program minggu penulis remaja 2010 akan bermula pada 18 disember dan tamat pada 24 disember . bukan mun pentingkan duit atau gaji , tapi takkan la mun dah masuk kerja pada 10 disember , pastu kerja tak sampai seminggu , mun minta cuti selama seminggu . mun tak nak lah manager kedai menilai mun sebagai seorang yang sesuka hati meminta cuti padahal baru saja masuk kerja . mun tak nak persepsi manager kedai terhadap mun buruk dan menyangka mun niy kerja main-main . semua tu mun titikberatkan . mun memang tak nak tolak tawaran yang dalam dalam hidup mun hanya sekali . tapi mun pun tak nak la manager tempat kerja mun mempunyai persepsi yang negatif terhadap mun . persoalannya di sini :



PATUTKAH MUN PERGI UNTUK MINGGU PENULIS REMAJA 2010 ?








mun pada ketika ini tengah kebosanan..lagipun dah lama mun ta masukkan gambar mun ke dalam blog..mun nak off dah..kena study..10 hari je lagi nak spm .. hope dapat buat yang terbaik :) doa-doakan ye :) thanks <3


ketika mun tengah menulis entri niy,rasa sedih sangat-sangat :'( sebulan je lagi nak habis sekolah dah..lepas niy mun tak tak boleh lepak dengan kawan-kawan yang bersama mun selama 5 tahun..mun sudah semestinya akan merindui mereka..merekalah yang menemani mun selama 5 tahun mun menuntut ilmu di SMK Subang Utama..jujur mun cakap,mun memang nak sesi persekolahan 2010 tamat dengan cepat..tapi setelah kejadian tadi,mun rasa cam tak nak tamat tingkatan 5 je..lagi-lagi sewaktu memeluk semua cikgu di dewan..hmm,memang menangis la tadi..entahlah..pelbagai persoalan tentang perasaan yang timbul di sudut hati ini..kadang-kadang mun nak je keluar dari sekolah tu,tapi difikir-fikirkan balik,mun sayang nak tinggalkan kawan-kawan..lepas tamat SPM,takkan sama macam sekarang..bangun pagi-pagi ke sekolah,jumpa kawan pagi-pagi buta,belajar,suruh kawan belikan makanan,balik rumah..seminggu,5 hari benda yang sama mun lakukan..tapi selepas niy,semua tu tidak akan berulang lagi..lepas niy semuanya akan berubah ..tiada lagi lepak dengan kawan-kawan pagi buta sambil melalak satu sekolah :( 

tadi sewaktu hari graduasi,semua pelajar tingkatan 5 naik ke pentas seorang demi seorang dan mengambil sijil berhenti sekolah..lepas tu,kami diminta naik ke atas pentas untuk sesi penggambaran..


semua pelajar tingkatan 5 ketika hari graduasi 2010 SMK SUBANG UTAMA


kami kemudian diberi beg kuning merah..di dalam beg tersebut,terdapat makanan,2 biji gula-gula,penselbox lutsinar,pamplet dan penanda buku..



penselbox lutsinar untuk SPM ( nampaknya tak perlu cari penselbox lagi dah ) hehe


pamplet yang diberi oleh unit bimbingan dan kaunseling


selepas itu,kami diberi rekod kemajuan dan buku kokurikulum..


sejurus selesai semua acara di sekolah,mun pun lepak dengan kawan-kawan di kantin sehingga tamat waktu persekolahan..ini antara gambar-gamabar yang mun sempat tangkap :)


dari kiri : nazirul , syahrul , nazrin , aiman ( aku akan rindu kat korang lepas spm ouh .. sedihnya )






mun dengan mereka niy kawan je tau..tolong jangan salah sangka ye :) doranglah yang tolong mun ketika mun dalm kesusahan..tiap kali mun menangis di sekolah,mereka inilah yang menjadi teman setia mun..gambar yang terakhir tu adalah kawan-kawan yang sama kelas..memang seronok lah dapat kawan seperti mereka.. :) tengss korang sebab selalu tolong aku walaupun aku niy banyak membebel kat korang tanpa sebab..hehe..tanpa korang,aku memang tak leh tahan lama di subang utama..korang yang bagi aku semangat supaya berani mengahadapi segala cobaan di sekolah..lebih-lebih lagi ketika aku bergaduh besar dengan kawan sekelas..(tapi sekarang,mun dengan kawan sekelas yang mun gaduh tu sudah berbaik-baik semula..tiada persengketaan di antara kami ye )

 to NABIL : i'm so sorry because we had a big fight in school middle of the month..i tak tahu sama ada u still marah kat i atau tidak..tapi i really nak minta maaf sebab kita gaduh..i da taknak gaduh dengan sesiapapun..SPM is at the corner..hmm..LUQMAN HAKIM pun minta maaf dengan mun..mun pun gaduh dengan dia..semuanya pasal benda kecil..dah la,mun pun taknak ungkit hal lama kan :) apa yang berlalu,biarkan..belajarlah dari kesilapan :) luqman,i pun nak minta maaf sebab tak tegur u dah lepas kita gaduh..sejujurnya,i dah penat sangat gaduh dengan u :( i'm so sorry..kita gaduh banyak kali dah kan ?? sejak tingkatan 2 lagi sampailah pagi tadi..apa-apa pun,i minta maaf for everything i had done.. :) anyway,hope kita tak gaduh lagi..sebab u duduk belakang i sewaktu SPM nanti..kalau gaduh,i takkan tenang ketika jawab peperiksaan nanti..


niy GEMALA SMK SUBANG UTAMA 2010 :



mun tetiba je rasa nak tulis entri tentang persoalan yang telah lama menari-nari dalam minda mun..korang nak tahu persoalan tentang apa??persoalan mun niy tiada kaitan dengan persoalan-persoalan yang dipelajari di komsas ketika di bangku sekolah..persoalan mun niy adalah tentang " kekeliruan orang ramai tentang bangsa mun " hmm..adakah itu dikira sebagai satu persoalan??fikir-fikirkan ye :)

 mun tak paham la mengapa ramai yang bertanyakan tentang bangsa mun??adakah mun niy nampak seperti imigren dari luar negara??tidak jawapannya..mun niy orang malaysia yang bercampur dengan pelbagai kaum..tidakkah pertanyaan seperti " awak bangsa apa? " , " awak niy tak macam cina pun " berunsurkan seperti sebuah isu perkauman??mengapakah hendak dibanding-bandingkan bangsa seseorang??jikalau mun niy bukan berbangsa cina,korang tak nak kawan dengan mun ke??memilihnya mereka untuk berkawan..mun dah jelek dah orang selalu tanya tentang bangsa mun..bukannya seorang dua..malah boleh dikatakan tidak terkira..

setiap kali mun mengakses laman sesawang iaitu "facebook" , ada je insan-insan ciptaan Tuhan menanya bangsa mun..mun nak tanya korang la kan..adakah bangsa itu penting dalam hubungan kawan??berkawan biarlah beribu..satu lagi yang menjadi kemusykilan..mereka sering mengatakan yang mun niy tipu mereka tentang bangsa mun..hmm..pernah sekali mun dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali..mun pun angkatlah..kot-kot kawan mun yang menggunakan nombor orang lain ke..lantas itu,dia pun bertanyakan bangsa mun..mun pun jujur lah cakap dengan dia yang mun niy berbangsa cina..korang nak tahu apa yang terjadi??orang yang menelefon mun tu tidak mempercayai kata-kata mun..

mun pada masa itu sudah kekeringan idea untuk membuktikan yang mun niy seorang yang berbangsa cina..mun nak bagi bukti macam mana an??kalau hendak disuruh bertutur dalam bahasa cina,memang tak lah..sebab mun dari kecil lagi tidak erti untuk bertutur dalam bahasa cina..malah lagi menyedihkan,mun tidak memahami langsung jikalau kawan-kawan di sekolah bertutur dalam bahasa cina..sebab itulah mun lebih suka berkawan dengan orang melayu..bercakap tentang menulis dan membaca bahan-bahan dalam bahasa cina,mun lagilah tak pandai..nama mun sendiri pun mun tak erti untuk tulis..apatah lagi huruf-huruf dan perkataan dalam bahasa cina..semestinya gagal..hehe..ini adalah antara contoh-contoh yang masih musykil tentang kaum dan bangsa mun..




mun nak tanya,salah ke kalu mun pandai bertutur dalam bahasa melayu..?adakah itu menjadi sebuah kesalahan yang besar sehingga orang ramai perlu bertanya??mun perlukan respon dari bloogers :) tengss 
hye korang :) niy mun nak cerita tentang sesuatu niy..mun bukan nak jaga kain tepi orang tapi mun terlintas dengan perlakuan seseorang niy..malas la mun nak tulis namanya disini..dia niy an,tingkatan 3..dah habis pmr an..so dia niy carilah kerja..mun bukan nak salahkan dia cari kerja dalam usia yang muda..tapi masalahnya,dia niy menipu managernya sendiri..cara menipu?nak tahu..? okey,begini caranya..mentang-mentanglah tingkatan 3 tidak diterima untuk bekerja di sesetengah kedai,dia menggunakan cara PHOTOSHOP kad pengenalannya..tidak ke menipu namanya..kalau dah menipu dalam kad pengenalan tidak mengapa lagi..tapi kalau nak buat EPF dan KWSP , bagaimana caranya?kena juga guna kad pengenalannya yang sebenar..dia bekerja di tempat mun kerja sewaktu 2008..sewaktu 2008,tingkatan 3 masih diterima untuk bekerja lagi..budak tu akan mendapat susah apabila manager dapat tahu..usahlah mun nak tulis namanya disini..cukup sekadar mun melahirkan rasa tidak puas hati..kepada budak tu,orang lain pun mencari kerja juga..tapi bukan dengan cara ini..ADA PAHAM ?? dah la awak tu buat salah,nak ajak kawan-kawan untuk berbuat begitu juga..ish3..tak matang namanya..mungkin sekarang ini,kamu boleh berselindung daripada penipuanmu,tapi sewaktu mendapat slip gaji,macam mana? sudah semestinya sewaktu hendak mendapatkan duit tu,mereka memerlukan nombor kad pengenalan yang sebenar..kepada budak itu..*aku bukan nak kutuk kau or so whatever..tapi kau tu sedar la sikit..jangan samapi penipuan kau ketahuan..waktu itu,kau sendiri akan mendapat malu.aku nasihat kau awal-awal..jangan sampai nama kau disenaraihitamkan oleh HUSH PUPPIES SUBANG PARADE ye..
 * nama budak tu mun tutup , tapi rasa-rasanya masih boleh dibaca*