sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
mun tetiba je rasa nak tulis entri tentang persoalan yang telah lama menari-nari dalam minda mun..korang nak tahu persoalan tentang apa??persoalan mun niy tiada kaitan dengan persoalan-persoalan yang dipelajari di komsas ketika di bangku sekolah..persoalan mun niy adalah tentang " kekeliruan orang ramai tentang bangsa mun " hmm..adakah itu dikira sebagai satu persoalan??fikir-fikirkan ye :)

 mun tak paham la mengapa ramai yang bertanyakan tentang bangsa mun??adakah mun niy nampak seperti imigren dari luar negara??tidak jawapannya..mun niy orang malaysia yang bercampur dengan pelbagai kaum..tidakkah pertanyaan seperti " awak bangsa apa? " , " awak niy tak macam cina pun " berunsurkan seperti sebuah isu perkauman??mengapakah hendak dibanding-bandingkan bangsa seseorang??jikalau mun niy bukan berbangsa cina,korang tak nak kawan dengan mun ke??memilihnya mereka untuk berkawan..mun dah jelek dah orang selalu tanya tentang bangsa mun..bukannya seorang dua..malah boleh dikatakan tidak terkira..

setiap kali mun mengakses laman sesawang iaitu "facebook" , ada je insan-insan ciptaan Tuhan menanya bangsa mun..mun nak tanya korang la kan..adakah bangsa itu penting dalam hubungan kawan??berkawan biarlah beribu..satu lagi yang menjadi kemusykilan..mereka sering mengatakan yang mun niy tipu mereka tentang bangsa mun..hmm..pernah sekali mun dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali..mun pun angkatlah..kot-kot kawan mun yang menggunakan nombor orang lain ke..lantas itu,dia pun bertanyakan bangsa mun..mun pun jujur lah cakap dengan dia yang mun niy berbangsa cina..korang nak tahu apa yang terjadi??orang yang menelefon mun tu tidak mempercayai kata-kata mun..

mun pada masa itu sudah kekeringan idea untuk membuktikan yang mun niy seorang yang berbangsa cina..mun nak bagi bukti macam mana an??kalau hendak disuruh bertutur dalam bahasa cina,memang tak lah..sebab mun dari kecil lagi tidak erti untuk bertutur dalam bahasa cina..malah lagi menyedihkan,mun tidak memahami langsung jikalau kawan-kawan di sekolah bertutur dalam bahasa cina..sebab itulah mun lebih suka berkawan dengan orang melayu..bercakap tentang menulis dan membaca bahan-bahan dalam bahasa cina,mun lagilah tak pandai..nama mun sendiri pun mun tak erti untuk tulis..apatah lagi huruf-huruf dan perkataan dalam bahasa cina..semestinya gagal..hehe..ini adalah antara contoh-contoh yang masih musykil tentang kaum dan bangsa mun..




mun nak tanya,salah ke kalu mun pandai bertutur dalam bahasa melayu..?adakah itu menjadi sebuah kesalahan yang besar sehingga orang ramai perlu bertanya??mun perlukan respon dari bloogers :) tengss 

18 bicara kawan2 yang Mun sayang:

Q said...

tak salah. malah Q berterima kasih sebab pertegak bahasa berbanding kawan2 Q yang sama 'bangsa' dengan Q. tak hairan. ramai juga kawan Q dari bangsa lain lebih melayu dari melayu.

Mun Kit said...

:) tengss Q . tu laa , mun pun hairan mengapa dorang suka pandang rendah kat mun tatkala mun bertutur bahasa melayu . dorang seakan2 terkejut .

eqacashperlala said...

i bangga u pandai cakap melayu :)

Mun Kit said...

thanks eqa :) hehe . sekurang-kurangnya ad juga yg sokong :)

ubi said...

u ni cina ke ???
hehe

*just kidding..

Mun Kit said...

aik ubi , na tnye lg ye .. hehe

asz.wani said...

i pon heran gak..
knp u xreti ckp bhs cina ek?
hehe..

Mun Kit said...

wani : mun dr kecik ta bljr ckp cina .. thats why taleyh ckp . sllu ckp bm n bi je

mera zati M.z said...

waaaaa, bagi i, i tak kesah pun kawan i tuh bangsa ape..coz i kawan je ngan sumeee :) hee, sb pandai ckp bahasa melayu tu kot, ramai cm terkejut, bukan ape, sb slalu cm tk ramai y fasih kan.. but tu pun bukan masalah sebenarnye.. lagi best ade kawan pndai ckp BM :)) wink2

Mun Kit said...

mera : btl tu . ta slh an i na ckp bm :? :) sbb bg i , i lg ske bertutur dlm bhsa melayu .. sbb rse seronok sgt2 .. mungkin kot ..tp klu itea ta martabatkan bahasa itea , spe lg .. kdg2 i un pnat sgt na jwb soalan yg sme .. ske dorg tnye mun niy melayu o cina .. hehe

Azzubair Ab Aziz said...

hi hi..nice to know u! well,i am proud of u because u can speak and write malay fluently.well done!

if u wish to know me better, do add me ya...go to my blog,and there is my fb badge.

goodluck for ur spm!

Mun Kit said...

azzubair : okey , mun da add da :)

Jejaka Terhangat said...

haha..ade salah faham sket cik mun dgn soalan drpd kawan2 tu..JT pon salah sorg..sbnrnya diorg tu tanya bkn sbb nak "memilih" kwn..tp ssh nak percaya, dgn kata lainnya "impress" org bangsa cina kat Malaysia ni lebih fasih cakap dan taip dlm BM..yela, cik mun sndiri pon tau kan sgt jrg org cina Malaysia nak blogging ataupn chat dlm BM dgn bahasa yg fasih..

salah pemahaman cik mun, diorang bukan pandang rendah, tapi impress..bangga kalo dpt kwn dgn cik mun sbnrnya..=)

Mun Kit said...

jejaka terhangat : tengss sbb betulkan slh mun :) yela , kehidupan niy kena saling bertegur an :) mungkin kot .. hehe . memang mun ngaku ta ramai cina yang menulis blog dlm bhs malaysia . mun bersyukur dengan kwn2 sekeliling da termasuk jejaka terhangat :)

semut putih said...

hehheee...sebenar nye, semut pun nk tnye soalan yg sme, sbab kali ptme msuk blog mun dlu, tulisan2 mun mcm org mlayu, semut pn xbrape elok dlm bab pnulisan nie, semut bangge ar ngn mun... :)

Mun Kit said...

hehe . tengss semut putih :) tape laa , skrg semut da tau mun niy cina an :)

Samantha Tan said...

Salam sejahtera! :) Kali pertama jejak di blog Mun nieyh. Terjumpa di page Abang Amir (Amir Batrisya), - senior saya di UPSI. :)

Saya tertarik nak meninggalkan komen di ruang komen ini kerana saya pun selalu berhadapan dengan situasi begini.

Ye, saya juga berbangsa Cina. :) Fasih berbahasa Melayu jua. Sentiasa di persoalkan 'MENGAPA AWAK PANDAI CAKAP MELAYU?' Dan juga 'AWAK ORANG APA YE?'.

Dan selalu di salah tafsir dengan jurujual/cashier di mana mana. Dan mereka akan terus berbahasa Melayu terus dengan saya. HAHAHA. :D

Kadang kadang terasa lucu pun ada.

Apapun, saja nak berkongsi pengalaman. Dan ingin mengatakan, anggap lah ini satu anugerah Tuhan yang telah Tuhan berikan dan ini lah satu KEUNIKAN yang Tuhan beri. :))

Salam perkenalan. Sentiasa bole jumpa saya di Facebook! :))

Jumpa lagi yea. :D

Nafastari said...

Mun, anda sangat unik! Dan itulah yang membuat anda sangat menarik. Teruslah menjadi diri sendiri dan teruslah menulis. Saya percaya Mun juga boleh menjadi seperti Lim Swee Tin.