sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.


hye semua :) mun dah lama tak menulis entri di sini..rindunya kat blog . tengok tu , blog dah bersarang dah pun . hehe . mun dah jarang buka blog . spm sedang berlangsung . 9 disember tamatlah spm :) seronoknya . hehe . niat mun menulis entri kali ini adalah mengenai surat yang mun terima baru-baru ini . surat tu datangnya dari DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA . mun diberitahu bahawa mun terpilih untuk menyertai program minggu penulis remaja 2010 yang bertempat di SERI MALAYSIA PORT DICKSON , NEGERI SEMBILAN

program ini bertujuan untuk melatih penulis remaja yang berbakat dalam bidang penulisan dan memberi pendedahan kepada meraka dalam bidang sastera dan penerbitan . pihak DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA akan membiayai kos penginapan , makan minum , pengangkutan dan insurans keselamatan sepanjang program ini berlangsung . yang menjadi kekeliruan di sini adalah sama ada mun nak bersetuju untuk mengikuti program minngu penulis remaja atau tak . mun naik pening memikirkannya . nak pergi atau tidak . semua kawan-kawan mun menyuruh mun pergi kerana peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup . hmm , kalau diikutkan , memang benar kata mereka . entahlah , mun kini dalam keadaan yang sukar untuk membuat keputusan . tambah-tambah lagi dengan spm yang sedang berlangsung selama tiga minggu ini.

nasib baik dah habis kertas bahasa malaysia , bahasa inggeris , sejarah dan matematik . esok kertas pendidikan moral . nilai-nilai moral sebanyak belum dihafal lagi . nampaknya malam niy mun kena berjaga demi menghafal nilai-nilai moral ini . huhu . harap-harap mun dapat mengingati kesemua 36 nilai sebelum matahari terbit esok :) baiklah , kembali kepada tawaran DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ye . sepanjang seminggu berada di situ , pelbagai aktiviti yang akan dijalankan . antaranya adalah ceramah puisi , ceramah novel/cerpen , sesi bersama tokoh sastera , sesi bersama editor majalah dewan bahasa dan pustaka , penerbitan karya sastera , apa itu buku kanak-kanak , sesi penilaian karya yang akan dijalankan selama dua hari dan persembahan peserta . hmm , mun kena bagi keputusan sebelum minggu depan . tolong mun ye  :( 

mun betul-betul buntu memikir tentangnya . bukan apa . pada 10 disember sepatutnya mun akan mula berkerja di sunway pyramid di salah sebuah kedai makan . dan program minggu penulis remaja 2010 akan bermula pada 18 disember dan tamat pada 24 disember . bukan mun pentingkan duit atau gaji , tapi takkan la mun dah masuk kerja pada 10 disember , pastu kerja tak sampai seminggu , mun minta cuti selama seminggu . mun tak nak lah manager kedai menilai mun sebagai seorang yang sesuka hati meminta cuti padahal baru saja masuk kerja . mun tak nak persepsi manager kedai terhadap mun buruk dan menyangka mun niy kerja main-main . semua tu mun titikberatkan . mun memang tak nak tolak tawaran yang dalam dalam hidup mun hanya sekali . tapi mun pun tak nak la manager tempat kerja mun mempunyai persepsi yang negatif terhadap mun . persoalannya di sini :



PATUTKAH MUN PERGI UNTUK MINGGU PENULIS REMAJA 2010 ?





6 bicara kawan2 yang Mun sayang:

Anonymous said...

Hai Mun,

Manager Mun itu juga seorang manusia. Jika Mun terangkan keadaan Mun kepada dia, tidak mustahil dia akan faham. Tapi mun perlu beritahu dia seawal yang mungkin.

Mun patut pergi ke Minggu Penulis Remaja 2010.

Semoga berjaya!

Mun Kit said...

tengss anonymous .. mun bru td jmpe manager gtau . tarikh mun kerja , mun tunda :) tengss 4 the advise :)

BiLA PenA bERbicAra said...

Hai Mun,

Ini Kak Eja Mantan MPR 2007. You should go. Banyak manfaat yang akan kamu dapat di sana. =)

Mun Kit said...

hye kak eja , tengss advise mun .. aritu pn zeti da call mun da :) mun akn gy :)

Ariff Hafizi said...

Hai Mun,

Ini Abg Hafizi Mantan MPR 2009.

MPR bukanlah seperti bengkel2 penulisan yang lain. Pengalaman yang diraih dari MPR bukan sahaja memberi manfaat pada masa sekarang tapi untuk jangka masa yang panjang. Betul cakap kak Eja, awak patut pergi MPR 2010. Hadirkan ikhlas semasa di bengkel. Selamat menjelajah ke dunia kata-kata. =)

Ariff Hafizi.

Mun Kit said...

abg hafizi : tengss bg sokongan kt mun . esk mun akn berangkat da . :) t.cre ye :)