sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
hye semua , mun dah lama tak menulis entri di sini kan ? bukan apa , sejak kebelakangan niy , mun sibuk dengan pelbagai jenis kerja . nasib baik semuanya sudah selesai semuanya . esok mun akan berangkat ke port dickson , negeri sembilan . perasaan gembira , tak sabar menanti dan perasaan takut bercampur aduk menjadi satu . selama semingu , mun akan menuntut ilmu tentang penulisan kreatif di seri malaysia , port dickson , negeri sembilan . barang-barang yang perlu dibawa ke sana sudah hampir siap dikemas .


harap-harap agar semuanya berjalan dengan lancar . :)



IMPIANA III DAN IMPIANA IV

yeay :) mun dah dapat pun buku impiana III dan IV . semalam baru beli . mun beli kat kedai buku MPH sunway pyramid . gembiranya tak terkata . impiana I dan II sudahpun lama dimiliki . terima kasih kak ain maisarah . mun nak sangat jadi seperti akak . mempunyai bakat yang besar dalam bidang penulisan :) 


ceritanya memang seronok sangat . pelbagai teknik plot yang digunakan untuk menghasilkan novel sebegini . unsur suspens juga diselitkan di setiap bab . kalau korang baca banyak kali pun , tudak akan bosan jadinya :) kak ain maisarah terbaiklah :) teruskan usaha akak dalam penulisan ye . mun harap suatu hari nanti , mun akan ikut jejak langkah akak :)


NOVEL LAGU CINTA :)

semalam , kawan mun pinjamkan novel lagu cinta keluaran NB PUBLICATIONS . mun belum sempat baca novel ini . dan mun tak sabar untuk membacanya :)



sinopsis : Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja 'ayat-ayat manis' yang dihamburkan. Perseteruan mereka bagaikan tiada akan habisnya. Namun siapa menyangka 'musuh' tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beauty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.
Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentiasa memenuhi ruang hati, Idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yang membara bertukar malap dengan tiba-tiba. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya? Akan musnahkah lagu-lagu cintanya?



KOMIK KARTINI :)


sinopsis cerita ini : ( dipetik daripada google )

Ariyon atau Muhammad Asri, pelajar nakal di sebuah sekolah agama berasrama. Dalam kenakalannya itu, dia sebenarnya menaruh hati pada pelajar bernama Kartini. Maka bermulalah kisah-kisah kenakalannya dalam memikat hati Kartini. Masalah pelajaran, disiplin dan ragam kehidupan di asrama mengajar Ariyon mencari pegangan dan arah hidup. Sehingga tamat pengajian dan sudah bekerja, Ariyon masih tetap berusaha memenangi hati Kartini. Berjayakah dia? 
mun dah pun membaca cerita ini . sedih je rasa . cerita ini bukanlah rekaan semata-mata . penulis buku ini iaitu muhammad asri atau lebih dikenali sebagai ariyon sendiri pernah melalui kisah ini . kasihan ariyon . ariyon berusaha untuk memikat hati kartini namun semuanya sia-sia sahaja . kata-kata kartini " tapi apa yang paling kita nal .. tu yang kita tak dapat " sedih je ariyon pada ketika itu . selama empat tahun ariyon setia menunggu kartini . 
ada satu bahagian yang si Yon ni rosakkan potret Kartini , lukisan die sendiri kat bilik pameran . sebab kecewa dengan Kartini . ada satu lagi bahagian apabila ariyon menumbuk cermin sampai habis darah tangan . semata-mata untuk meluahkan kemarahannya . bagi mun , kalau mun dalam kemarahan sebegitu , rasa diri ini dianiaya , .dan nak luahakan kepada seseorang tetpi tidak kesampaian , mun nak aje buat kesakitan fizikal kat diri niy .biar ia lebih sakit dari kesakitan emosi mun niy . berdarah atau tidak , semua itu belakang kira . asalkan mun rasa puas . tetapi kenalah jaga juga . sebab kalau tangan mun ada masalah .camne mun nak menulis lagi..uhh..tak sanggup hilang nikmat yang diberi oleh Tuhan  ni..bak kata-kata ariyon dalam komik niy ..
"Aku perlukan kesakitan tu..
ianya mengurangkan kepedihan hati aku
pada Kartini..

Sekurang2 nya aku akan terasa
sakit fizikal ni lebih dari kesakitan mental
yang Kartini bawa pada aku..."

bagi mun , cerita ni seronok dan sesuai untuk dibaca pada semua peringkat unur kerana ariyon dan kartini menunjukkan cinta monyet yang sebenar-benarnya pada peringkat remaja .huhu .kisah ini memang la kisah cinta monyet , namun kisah ini mengajar kita pelbagai benda untuk masa hadapan . betul tak ? kartini pun satu , tak berasa kasihan ke pada ariyon ? mula-mula kartini layan ariyon bagai nak rak , namun pada akhirnya , personaliti kartini berubah sama sekali . tudungnya telah dibuka dan menampakkan rambutnya . bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim di hadapan mata ariyon . manakan tidaknya ariyon mengamuk dan menumbuk lelaki itu . pada ketika itu , hanya Tuhan yang mengetahui perassan ariyon bagaimana . gadis yang benar-benar dicintainya , telah dirampas oleh lelaki lain . kartini mungkin takut untuk memberitahu ariyon perkara sebenar kerana tidak mahu ariyon kecewa . tapi , pada masa yang sama , kartini biarkan ariyon bermain dengan perasaan sendiri . teruk an ? mun pun takut snagat kalau semua ini benar-benar terjadi dalam hidup mun . tak sanggup rasanya :( bahagian terakhir kisah ini , di tepi pantai .. selepas empat tahun lamanya ariyon menunggu Kartini.. mereka pun bertemu . kartini masih tidak berterus-terang dan masih berdolak dalih , ariyon pun dah naik muak mun rasa . dan ini antara kata-kata terakhir dari ariyon :
"Tapi kenapa awak tak bagitau saya awal-awal?
Kenapa?
Kenapa setelah saya hampir bina istana agung dengan awak,
last minit baru awak beritau saya yang tiang seri tak dipasang??
Dan runtuh pulak istana tu??

All these years,
apa yang aku harapkan sesangat,
adalah untuk menjadi seseorang kepada awak.
Menjadi special di hati awak.."





0 bicara kawan2 yang Mun sayang: