sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.


hye semua :) mun harap korang sihat-sihat ye . cuaca sekarang pun kadang-kadang tak menentu kan . huhu . mun tinggal satu subjek lagi sebelum tamatnya SPM 2010 . hehe . tak sabar untuk menghadapi subjek prinsip perakaunan . hmm , sebenarnya ketika mun tengah menaip di sini , kerisauan mun jelas terpancar :( mun tertinggal kad pengenalan mun di sekolah . waduh-waduh . mun risau kad pengenalan hilang je . hmm . korang tahu tak berapa lama yang diambil untuk menyiapkan kad pengenalan ? kalau mun buat kad pengenalan mun di Putrajaya , berapa lama yang diambil untuk disiapkan ? adakah sebulan ? dan mun niy masih belajar , berapa yang perlu dibayar untuk menggantikan kad pengenalan ? mun perlukan kad pengenalan secepat mungkin atas urusan bank dan pelbagai lagi . pada 18 disember , mun akan keluar negeri . mun betul-betul buntu la buat masa niy . mun tak pernah cuai sebegini . tak tahu la mengapa pada 2 disember 2010 mun boleh jadi cuai . ini kali pertama mun kehilangan kad pengenalan . setahu mun , mun simpan di bawah meja peperiksaan . harap-harap masih ada di bawah meja la . hari isnin nanti mun kena lah pergi sekolah dan cari kad pengenalan mun . tak pun , pengawas peperiksaan menyimpannya . salah satu la . khamis niy dah la ada peperiksaan , kad pengenalan pula tercicir kat sekolah . menyesal betul mun tak teliti barang-barang mun sebelum keluar dari dewan peperiksaan . mun dah tanya kat pejabat sekolah . malangnya , kad pengenalan mun tiada di situ . sekarang niy mun cuma dapat bertawakal agar kad pengenalan mun masih berada di dalam dewan sekolah . 

baiklah , mun tutup kisah tentang kad pengenalan mun yang tercicir . walaupun mun dalam keadaan yang sedih , tapi mun masih dapat tersenyum tatkala mun telah mengambil keputusan untuk menyertai minggu penulis remaja yang akan diadakan di port dickson , negeri sembilan . pada hari rabu yang lepas , Puan Zeti dari Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghubungi mun untuk pengesahan penyertaan mun ke minggu penulis remaja 2010 . korang ingat tak entri mun yang sebelum niy ? yang mun masih berbelah bahagi sama ada hendak menyertai MPR atau tidak . namun begitu , setelah mun duduk dan berfikir panjang serta mendapatkan sedikit sebanyak info tentang program ini dan mendapat nasihat daripada mantan MPR 2007, kak Syahidah Mu'izzah akhirnya mun bersetuju untuk munyertai minggu penulis remaja . tiada paksaan daripada mana-mana pihak . nampaknya seminggulah mun tidak dapat menulis blog . huhu . sedihnya . tapi tidak mengapa , sejurus mun pulang dari negeri sembilan , mun akan tulis di sini ye :) sebelum tu , mun nak ucapkan terima kasih kepada blogger-blogger yang sudi singgah di blog mun ye :)

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: