sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

pada 9 disember 2010 , maka tamatnya dunia persekolahan saya . setelah 6 tahun menuntut di sekolah rendah dan 5 tahun menuntut ilmu di sekolah , akhirnya tibalah hari yang akan memisahkan dunia persekolahan dan dunia unversiti .memang susah untuk meninggalkan rakan-rakan yang selama ini telah bersama-sama saya selama 11 tahun . ada kenalan yang memang sudah lama saya mengenal mereka . sejak darjah 1 lagi . dan kebanyakannya saya mengenali mereka pada 2006 . susah untuk saya meninggalkan sekolah . terlalu banyak kenangan manis dan pahit dilalui di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama . gelak ketawa , riang-ria dan perasaan sayu semuanya pernah terjadi di SMKSU . ketika saya sedang menulis entri ini , semua kenangan masa lalu berputar kembali di fikiran . bagi saya , tahun yang paling tidak boleh dilupakan adalah pada tahun ini , 2010 . banyak sangat kejadian yang terjadi sehingga adakalanya saya merasakan ingin mengaku kalah kepada keadaan . namun , rakan-rakanlah yang telah banyak bantu saya bangkit daripada kegagalan . 



jelas terpancar kelesuan dan kepenatan di wajah-wajah kami . maklumlah ketika itu baru selasai kertas akaun :)

semalam setelah selesai menjawab kertas peperiksaan yang terakhir iaitu subjek prinsip perakauan yang memerlukan kami memerah otak supaya dapat mengimbangi akaun , kami pun beransur pulang ke rumah . rasa sedih sangat ketika kaki saya melangkah keluar sekolah . semalam adalah hari terakhir saya memakai baju sekolah . selepas niy , kalau nak pakai baju sekolah , pakai kat rumah je laa . hee ( kononnya masih nak merasai pakaian sekolah ) . selepas peperiksaan , saya terpaksa menaiki bas awam pulang ke rumah . mama tak ambil . benarlah kata orang , hati kita akan berasa lain selepas tamat SPM . tamatnya SPM bermakna tamatlah dunia kenakalan dan segalanya . semuanya akan berubah selepas ini . hala tuju kita , kita sendiri yang tentukan . kita sudah mencapai tahap matang dimana pemikiran kita juga turut sama berubah . orang tua kita sudah tidak akan mengongkong kita . mereka tidak lagi akan memaksa kita bangun awal pagi untuk ke sekolah . kehidupan selepas SPM berlainan dengan kehidupan selama 11 tahun di bangku sekolah . terasa masa berlalu dengan begitu pantas sehinggakan saya tidak sedar bahawa sudah 11 tahun saya memakai pakaian seragam sekolah . masih segar dalam ingatan ketika saya berada di darjah 1 . dan sekarang , saya sudah mencapai umur 17 tahun . sudahpun memegang lesen kereta P . tak sangka kan , sungguh cepat masa berlalu tanpa disedari . 

ketika saya pulang ke rumah dan mengemaskan buku-buku rujukan untuk diberi kepada adik , setitik air mata gugur dan menyentuh tanah . rasa sayu sahaja ketika sedang menyusun buku-buku di dalam bakul . yelaa , selepas ini , saya tidak akan melihat jadual waktu dan menyusun buku-buku yang perlu dibawa ke sekolah . semua itu sudahpun hilang dimakan masa . 

buku-buku yang bakal diberi kepada adik-adik saya yang masih bakal memasuki tingkatan 3 dan tingkatan 2 * buku-buku teks pula akan dipulangkan pada 28 disember 2010* sebenarnya , tak sabar nak berjumpa dengan rakan-rakan kembali * hee


kertas-kertas SPM 2010 :) 



saya suka sangat buat buku nilam niy :) tapi selepas niy , kat universiti , dah takda dah nak buat buku nilam :(


beg sekolah mun :)

selepas ini , kehidupan saya akan berubah . pada sabtu hadapan , saya akan menyertai minggu penulis remaja di negeri sembilan . sejurus pulang dari sana setelah seminggu di sana , saya akan memulakan kerja di sunway pyramid di salah sebuah kedai makan di situ . namanya CARLS JUNIOR .


credit : pic courtesy of google

saya akan mula bekerja pada 25 disember 2010 sempena hari natal . mesti sibuk an kedai nanti . tapi takpe , hope saya dapat buat yang terbaik laa :) sebenarnya kan , minggu niy saya tak tahu hendak buat apa . jikalau saya tidak menerima tawaran untuk ke minggu penulis remaja , saya akan mula bekerja pada hari ini . namun setelah berfikir secara mendalam dan melihat pro dan kontra , saya mengambil keputusan untuk ke MPR . harap-harap keputusan saya akan memberi kesan yang positif . sama-sama doakan je ye :)

p/s : mun nak ucapkan tengss sangat-sangat kepada sesiapa yang sudi baca blog mun niy :)

6 bicara kawan2 yang Mun sayang:

KimiCnoL said...

keje elok2 ok ;)

JOM UNDI SAYA =)
"1.Pilihan 9 No346"

Mun Kit said...

okeyh :)

pipeco93 said...

ohhh...nih kre x tgk dh ar buku ekk...tgu blan 6 nih plak lar ek...hhohohoh....lme kn...mcm2 leh wat cuti2 nih....hehhehe...lucky2

Mun Kit said...

pipeso93 : mun masih merujuk kepada buku :) tapi bukan buku sekolah la . hehe

Anonymous said...

saya sangat tertarik ngan blog ni.. thumb up :)

Mun Kit said...

terima kasih :)