![]() |
| niy sewaktu mun tengah berborak dengan kawan kat facebook,dia bagitahu mun yang dia ternampak iklan firefly..thanks andre nadzri :) |
![]() |
ALIA (18) tamat Sijil Peperiksaan Malaysia SPM, tidak berpeluang melanjutkan pelajaran meletakkan dirinya untuk mula bekerja. Dia tidak mempunyai adik. Buku-bukunya sejak tingkatan 1 hingga 5 tidak lagi bermakna baginya. Dia mula mecari tempat untuk menderma buku-buku tersebut.
Manakala MUN KIT (18) melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, STPM. Buku-buku lamanya didermakan kepada adiknya MUN CHIEN (15) yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR. MUN CHIEN teringin sangat sebuah novel komsas Tingkatan Tiga untuk dijadikan rujukan teks PMR tetapi kakaknya MUN KIT terjual bersama surat khabar lama. MUN KIT tidak bercadang untuk menjual sebahagian buku nota lamanya kerana ilmu tidak boleh dijual beli tetapi ingin menderma buku-buku lamanya ke tempat yang sesuai. MUN KIT kemudian mencari dalam internet tempat menderma buku, kebetulan salah satu blog tertulis tentang artikel Bank Buku yang berada di lokasi, Sentral Kuala Lumpur. MUN KIT bercadang ke tempat itu semata-mata untuk lihat sama ada pelajar lain menderma buku novel tersebut.
Pada masa yang sama, ALIA ke Sentral Kuala Lumpur untuk menderma buku-buku lamanya, di sana MUN KIT terjumpa Novel Panas Salju dari ALIA. Mereka mula berkenalan di tempat Bank Buku di mana buku-buku lama tidak diletakkan dalam tong, tetapi beralih tangan dari sebuah keluarga ke keluarga lain kerana satu maklumat yang dicari dalam internet.
“Buku dijual kerana ilmu, dibeli dengan wang dan dipulangkan dengan cara beralih tangan”.















