hye semua :) mun dah lama tak menulis entri di sini..rindunya kat blog . tengok tu , blog dah bersarang dah pun . hehe . mun dah jarang buka blog . spm sedang berlangsung . 9 disember tamatlah spm :) seronoknya . hehe . niat mun menulis entri kali ini adalah mengenai surat yang mun terima baru-baru ini . surat tu datangnya dari DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA . mun diberitahu bahawa mun terpilih untuk menyertai program minggu penulis remaja 2010 yang bertempat di SERI MALAYSIA PORT DICKSON , NEGERI SEMBILAN .
program ini bertujuan untuk melatih penulis remaja yang berbakat dalam bidang penulisan dan memberi pendedahan kepada meraka dalam bidang sastera dan penerbitan . pihak DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA akan membiayai kos penginapan , makan minum , pengangkutan dan insurans keselamatan sepanjang program ini berlangsung . yang menjadi kekeliruan di sini adalah sama ada mun nak bersetuju untuk mengikuti program minngu penulis remaja atau tak . mun naik pening memikirkannya . nak pergi atau tidak . semua kawan-kawan mun menyuruh mun pergi kerana peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup . hmm , kalau diikutkan , memang benar kata mereka . entahlah , mun kini dalam keadaan yang sukar untuk membuat keputusan . tambah-tambah lagi dengan spm yang sedang berlangsung selama tiga minggu ini.
nasib baik dah habis kertas bahasa malaysia , bahasa inggeris , sejarah dan matematik . esok kertas pendidikan moral . nilai-nilai moral sebanyak belum dihafal lagi . nampaknya malam niy mun kena berjaga demi menghafal nilai-nilai moral ini . huhu . harap-harap mun dapat mengingati kesemua 36 nilai sebelum matahari terbit esok :) baiklah , kembali kepada tawaran DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ye . sepanjang seminggu berada di situ , pelbagai aktiviti yang akan dijalankan . antaranya adalah ceramah puisi , ceramah novel/cerpen , sesi bersama tokoh sastera , sesi bersama editor majalah dewan bahasa dan pustaka , penerbitan karya sastera , apa itu buku kanak-kanak , sesi penilaian karya yang akan dijalankan selama dua hari dan persembahan peserta . hmm , mun kena bagi keputusan sebelum minggu depan . tolong mun ye :(
mun betul-betul buntu memikir tentangnya . bukan apa . pada 10 disember sepatutnya mun akan mula berkerja di sunway pyramid di salah sebuah kedai makan . dan program minggu penulis remaja 2010 akan bermula pada 18 disember dan tamat pada 24 disember . bukan mun pentingkan duit atau gaji , tapi takkan la mun dah masuk kerja pada 10 disember , pastu kerja tak sampai seminggu , mun minta cuti selama seminggu . mun tak nak lah manager kedai menilai mun sebagai seorang yang sesuka hati meminta cuti padahal baru saja masuk kerja . mun tak nak persepsi manager kedai terhadap mun buruk dan menyangka mun niy kerja main-main . semua tu mun titikberatkan . mun memang tak nak tolak tawaran yang dalam dalam hidup mun hanya sekali . tapi mun pun tak nak la manager tempat kerja mun mempunyai persepsi yang negatif terhadap mun . persoalannya di sini :
PATUTKAH MUN PERGI UNTUK MINGGU PENULIS REMAJA 2010 ?



























