sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.


Terima kasih abang Hazmi kerana menyiarkan di Berita Harian tentang Mingu Penulis Remaja 2010. Kisah ini tersiar pada 3 Januari 2011 halaman 26 dan 27. Tatkala membaca berita ini, ingatan saya berputar kembali ketika kami berkampung di Port Dickson selama seminggu. Pelbagai gelagat yang dipamerkan sepanjang minggu penulis remaja berlangsung. Kenangan yang terindah. Setelah bergelar Alumni MPR 2010, saya kini memikul tugas yang harus diselesaikan. Sewaktu di MPR, kak Ana Balqis pernah berkata kepada kami 'jangan kalian makan duit rakyat.' Pesanan kak Ana sehingga kini terpahat dalam kepala saya. Bukan mudah untuk menempa nama dalam arena penulisan. Sekiranya tiada usaha yang datang dari diri sendiri,mustahil kita akan berjaya. Pesanan kak Ana mempunyai isi yang tersirat disebalik sepotong ayat yang diungkapkannya. Kami peserta MPR hanya membayar sebanyak RM 30 sebagai yuran pendaftaran. Selebihnya ditanggung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebab itulah kak Ana berpesan kepada kami agar teruskan berkarya dan jangan berhenti setakat itu sahaja. Hendaklah terus berkarya walaupun selepas keluar dari MPR.

Berita ini, saya bukannya hendak masuk bakul mengangkat diri sendiri, tetapi saya jadikan sebagai dorongan untuk terus menulis. Dijadikan sebagai pembakar semangat. Tatkala semangat saya pudar selepas kembali dari MPR, dengan keratan surat khabar sebanyak dua halaman ini, membuatkan saya untuk terus menulis. Setelah kembali dari MPR, suasana disini amat berbeza.(disini merujuk rumah). Terasa seperti rusa masuk kampung. Bukan saya tak pernah berkarya disini, namun suasana di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson dan di rumah jauh berbeza. Kemeriahan di MPR tiada tandingnya. Di MPR, kami seperti sebuah keluarga. Menolong antara satu sama lain adalah perkara wajib. Ketika saya kebuntuan idea untuk menulis, rakan-rakan disekeliling dengan senangnya membantu saya. Terima kasih kepada anda semua. Namun di rumah, keadaan sebaliknya. Dikerumi insan-insan yang mempunyai minat yang berbeza menambah kesukaran untuk saya berkarya. Kerinduan di MPR masih belum terubat lagi. 

Menanti masa untuk berjumpa lagi. Masih segar di ingatan saya ketika hari pertama saya menjejak kaki ke bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tersergam indah di kota raya metropolitan Kuala Lumpur. Semua kenangan itu takkan saya lupakan. Terlalu bernilai buat saya. Masih terngiang-ngiang di cuping telinga saya kata-kata Kak Nas. Kak Nas pernah mengingatkan kami bahawa setiap patah perkataan yang kami tulis bakal bersuara di hari pembalasan. Termasuklah kertas-kertas dan mata pena yang kami gunakan, manakala mulut kami akan terkunci. Tiada suara yang dapat dikeluarkan pada ketika itu. Benda-benda yang tidak bernyawa akan menjadi saksi di hari pembalasan. Untuk itu, saya Tai Mun Kit, berjanji akan menulis dengan lebih beretika. Semoga rakan-rakan dapat menegur jikalau mata pena ini lalai dalam arena penulisan. Berita selanjutnya boleh dibaca di sini

Oh ya, saya baru mendapat tahu yang puisi adik saya, Tai Mun Chien tersiar di Dewan Siswan Januari 2011. Sunguh tak disangka. Tahniah diucapkan kepada Mun Chien. Ada bakat untuk menyertai MPR :) Saya sebagai kakaknya turut bangga dengan pencapaiannya.




2 bicara kawan2 yang Mun sayang:

Abesa007 said...

tahniah!

Mun Kit said...

terima kasih :)