sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
USAH RISAU JIKA DIRI BELUM BERPUNYA..mungkin Tuhan ingin memberi ketenangan yang indah dahulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita dan impian anda :)
Resah,gelisah dan tidak keruan jadinya?Seraut wajah ini termenung jauh. Terlalu jauh untuk ditafsirkan. Aku bermonolog bersendirian. "Aku ini tak cantik ke?" "Aku tak bergaya setanding perempuan diluar sana ke?" Macam-macam lagi persoalan yang menari-nari di fikiran ini. Kadang-kadang, timbul perasaan cemburu tatkala melihat pasangan-pasangan diluar sana yang mempunyai seseorang untuk disayangi dan dirinya juga disayangi. Namun semua itu hilang pabila fikiran ini berputar kembali kepada pembacaan buku-buku motivasi. Muda mudi pada zaman ini lebih mementingkan pasangan daripada menggapai cita-cita mereka. Mereka leka dihanyut dalam arus percintaan. Pembelajaran diabaikan begitu sahaja. Aku bukannya membuat spekulasi sendiri ataupun meniru bulat-bulat dari mana-mana. Tetapi, ianya adalah realiti. Benar-benar terjadi di depan mata. Itupun hendak dinafikan ? Jawablah sendiri. Maaf jika ada yang terasa. Aku berpegang pada pepatah, Siapa makan cili,dialah yang rasa pedasnya. Ramai diluar sana berasa tetekan kerana tidak punyai kekasih. HAH ? Patutnya mereka harus berasa tertekan disebabkan pelajaran, bukannya soal percintaan. Mereka berasa rendah diri pabila melihat rakan-rakan mereka menayangkan pasangan masing-masing. HAH ? Patutnya mereka berasa rendah diri pabila mereka tidak dapat menunjukkan keputusan peperiksaan yang bagus kepada rakan-rakan atau ahli keluarga. Hati dan perasaan remaja ini bergolak dan tak dapat duduk diam apabila mereka tidak punya pasangan. HAH ? Patutnya mereka harus berasa begini pabila membuat sesatu kesalahan yang bakal membawa masalah kepada mereka. Tekanan perasaan tidak punya kekasih, rendah diri kerana sering diejek kononnya "tidak laku" dan jiwa yang bergolak. Semua itulah yang akan membawa seorang remaja itu ke arah kelalaian. Mereka terlalu leka mencari pasangan hidup sehinggakan tidak sedar bahawa maruah diri mereka tergadai. Ish ish ish. Kasihan kepada mereka yang tergolong dalam spesies sebegitu. Terlalu OBSES untuk memiliki pasangan hidup. Mereka akan terus berusaha sehingga ke saat-saat akhir semata-mata untuk memiliki pasangan hidup. Sudah tidak kenal halal dan haram. Janji mereka dapat !!


Kekadang, pilu hati ini melihat remaja-remaja zaman ini. Meraih cinta tanpa mengenal batas pergaulan. Walaupun mereka pernah merasa peritnya cinta dusta, mereka masih tidak serik. Tidak pandai mengarah diri mereka untuk mengenal dan mencari cinta yang hakiki. Mereka hanya akan ingat Pencipta-Nya pabila berlaku konflik dalam hubungan mereka.


Remaja,


Cinta  sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa keadaan. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia ini. Amat pedih dan menyeksakan. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana. 


Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan-Nya untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. Janganlah berfikiran bahawa anda tidak punya sesiapa. Masih terlalu ramai yang menyayangi dirimu. Janganlah menggadai nyawa demi cinta yang tidak kesampaian. Sebenarnya, jika jodoh anda dengan pasangan tidak berpanjangan, itu bukan bermakna Tuhan tidak menyayangi anda. Jangan pernah menyalahi-Nya kerana menyebabkan anda dan pasangan anda tidak sehaluan. Sebenarnya Tuhan telah merancang seseorang yang jauh lebih baik untuk anda. Tuhan telah menyediakan seseorang dengan pasangan yang sesuai. Perempuan baik adalah untuk lelaki yang baik, dan begitu sebaliknya. Jadi, kejarlah impian dan cita-cita dahulu. Soal jodoh, fikirkanlah selepas berjaya kerana jodoh tidak akan kemana :) Hanya kesabaran yang diperlukan :) salam .


Salam semua. Mun baru je berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Nampaknya seperti sudah bersarang. Dulu memang rajin yang teramat sangat untuk mengemaskini  blog, tetapi kini semakin hari semakin malas. Ish ish ish. Apa yang nak jadi dengan kau mun ? Baik tak payah buat blog kalau nak biarkan blog niy bersarang begitu sahaja. Baik baik, mun tengah nak mengemaskini blog la niy. Nak menulis entri tentang apa ye? Hmm. Masih mencari topik yang sesuai untuk dijadikan sebagai entri terbaru. Nanti-nantilah ye mun fikir-fikirkan . hehe

Sebelum itu, setiap kali mun mengakses laman web sosial iaitu "facebook" yang semakin hari,semakin ramai pengunjungnya, mesti ada persoalan tentang "bilakan keputusan spm 2010 akan diumumkan?'' Sejujurnya, mun pun tak tahu bilakah SPM 2010 akan diumumkan. Sabar jela menanti. Dalam masa yang sama, hati ini berdebar-debar menunggu keputusan diumumkan. Doa-doakanlah agar mendapat keputusan yang cemerlang. Mun sebenarnya terasa menyesal yang amat kerana sering bermain-main dalam kelas ketika pembelajaran sedang dilangsungkan. Kalau bolehlah kan, mun teringin benar mengulang semula kertas SPM tu. Tapi apa dayanya, nasi sudah menjadi bubur. Tu la kau mun, cikgu ajar kat depan kelas, kau tidur. Padan muka sekarang dah menyesal. Waaa. Nak menangis je  rasanya. Tapi mun dah buat yang terbaik ketika spm. Hanya mampu untuk mendoakan yang terbaik sahaja. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. :)

Ramai yang membuat tekaan bilakah keputusan SPM akan diumumkan. Sehinggakan ada blog yang menganjurkan pertandingan meneka tarikh keputusan SPM diumumkan. hehe. Seperti meneka soalan-soalan yang bakal keluar SPM suatu ketika dahulu. Hehe. Inilah pertandingan meneka keputusan spm 2010 . Kalau ada sesiapa yang nak sertai, jangan segan-segan ye . hehe. Aik, tetiba pula nak mempromosi pertandingan tu. hehe. Tak pela , bukan selalu kan :) mun ikhlas niy :) Ada yang meneka 28 februari,14 mac,13 mac, 23 mac dan sebagainya. Tapi besar kemungkinannya adalah pada 23 mac kot. Kot la, mun tak pasti. Korang tengoklah link niy ye beliamuda.com . 



Salam semua. Sudah lama saya tidak menulis entri baru di sini. Sejak kebelakangan ini, kenangan sewaktu di Minggu Penulis Remaja berputar kembali di fikiran. Kerinduan suasana di sana masih belum hilang sepenuhnya dan saya tidak berani jamin kerinduan itu mampu hilang. Banyak kenangan di MPR. Sebelum ini, saya selalu juga menyertai pelbagai jenis program mahupun perkhemahan di sekolah, namun program Minggu Penulis Remaja ini sungguh berbeza. 360 darjah. Rindunya kat korang. :(

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 bakal keluar pada 14 mac 2011. Tak tahulah sama ada khabar angin ataupun khabar yang benar. Doakan je la agar mendapat keputusan yang bagus. :) Sebenarnya tak sabar untuk berjumpa dengan kawan-kawan sekolah. Ketika bersekolah, dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan seawal 7 pagi. Kini jadualnya sama, masih bangun pagi. Tapi bukan ke sekolah, tidak lagi memakai baju kurung sekolah. Tetapi memakai baju kerja yang berwarna merah. Masih memakai tag nama seperti biasa. Yang lainnya, logo sekolah berubah kepada logo tempat kerja saya. Tapi yang paling ketara bezanya adalah rakan-rakan sekitar saya. Hmm..