sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
Salam semua , keputusan SPM telahpun diumumkan semalam . Syukur kepada Tuhan atas keputusan saya . Saya terima keputusan saya walaupun tidak bagus seperti rakan-rakan saya yang lain . Sekurang-kurangnya tiada subjek yang saya gagal . huhu . Semalm setelah mendapat keputusan , mama menemani saya untuk pendaftaran di SEGI kolej Subang Jaya. saya memilih jurusan komunikasi massa . Sejujurnya , saya tidak sabar memulakan pembelajaran di kolej . suasananya mesti berbeza dengan suasana di sekolah kan ? Pagi tadi , kami diberi surat pengesahan bahawa saya secara rasminya merupakan pelajar di kolej tersebut . Setelah itu , kami dibawa berjalan-jalan sekitar kolej sambil mengenal setiap inci kolej tersebut . hehe . Orentasi akan bermula pada 28 mac 2011 bersamaan dengan hari isnin depan . Tak sabarnya. huhu . lepas niy , dah taknak main-main ketika belajar . Mun dah puas menyesal ketika di tingkatan 4 dan 5 kerana banyak bermain daripada belajar . balajar pun ala kadar je . hm . nasib baiklah keputusan spm menyebelahi saya ,. huhu. 


esok mun kerja pada pukul 11 pagi . huhu . malas rasanya . sebelum itu , mun nak ucapkan tahniah kepada shamsul amin dan balqis . Masing-masing memperolehi 11a dan 4a . tahniah korang . mun bangga dapat kawan seperti korang :) shamsul , diam-diam ubi berisi ye :) :) tahniah sekali lagi . isnin dan selasa depan orentasi di kolej . Pada hari rabu , akan bermulanya pembelajaran . :) Semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan . salam :)



Salam semua , sedang mun tengok Facebook Everyone connects , mun terjumpa video mun sewaktu ujibakat di Sunway Pyramid :) kejap ye , mun uploadkan . hehe



terima kasih kepada krew yang mengambil video klip ini :)
Salam semua dan Salam 1Malaysia :) mun baru je pulang dari ujibakat Sejuta Impian di Sunway Pyramid. Memang seronok sangat-sangat. Walaupun dengan keadaan cuaca yang panas terik dan ada kalanya redup, tetapi semua itu tidak mematahkan semangat untuk merealisasikan impian mun. Ramai juga yang mendaftar. Nombor giliran mun 1086. Mula-mula terasa cuak dan gabra apabila memijak kotak tersebut. Setelah lama bercakap di hadapan kamera. rasa takut tu hilang. Keseronokan mula timbul :) Mula-mula ada juga mun tanya boleh ke bertutur dalam bahasa Malaysia. Ada abang kata okey je . Tetapi part yang seronok tu ketika mun baru nak bercakap, terus ada akak tu yang pandang pelik je . Dia tanya mun balik sama ada mun akan menyampaikan dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Mun jawab dalam Bahasa Malaysia la . hehe . Lepas mun dah sampaikan impian mun dan apa yang patut, mun pun turun dari kotak yang comel tu la. Selepas itu, ada akak niy tanya mun niy melayu atau cina . hehe . Disebabkan kepetahan mun berbahasa melayu menjadikan mereka tanda tanya . hehe . Tak mengapalah, biarlah mun jadi lain daripada yang lain . Bukan pelik tetapi unik la katakan :)

                                                 gambar dari eveyone connects :)
PENCARIAN PESERTA KINI BERMULA!
Rebutlah Peluang Merealisasikan Impian Demi Kebaikan Bersama
Berita baik kepada semua yang berminat untuk menyertai program realiti, SEJUTA IMPIAN! Rebutlah peluang merealisasikan impian anda dengan mengahdiri sesi ujibakat yang bakal berlangsung di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara bermula 5hb Mac ini!
Satu kolaborasi di antara stesen no. 1 Negara, TV3 bersama Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M), program SEJUTA IMPIAN bakal disiarkan bermula Mei 2011 nanti dan menawarkan insentif bernilai RM1 juta sebagai pencetus semangat dan titik permulaan bagi merealisasikan impian dan hasrat murni demi kebaikan bersama.
Pencarian untuk para peserta SEJUTA IMPIAN akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Johor Bahru (Johor) pada 5 dan 6 Mac (Sabtu & Ahad) dan kemudian akan bergerak ke Kelantan, Terengganu, Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah) pada 12 Mac (Sabtu) dan di Kuantan (Pahang) pada 13 Mac (Ahad).
Ujibakat adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun. Bagi mereka yang masih di bawah umur 18 tahun ke bawah harus ditemani oleh ibubapa atau penjaga ketika hadir di lokasi uji bakat.
Berikut adalah lokasi sesi ujibakat untuk program SEJUTA IMPIAN:
5 Mac 2011 Zon Tengah
AEON AU2, Setiawangsa, KL
1 Utama, New Wing Bandar Utama
Taman Tasik Titiwangsa, KL
5 Mac 2011 Zon Utara
Queensbay Mall, Pulau Pinang
AEON Seberang Jaya, Pulau Pinang
5 Mac 2011 Zon Selatan
AEON Tebrau City, Johor
AEON Bukit Indah, Johor
6 Mac 2011 Zon Tengah
Pasar Besar Cheras, KL
Sunway Pyramid, Petaling Jaya
AEON Bukit Tinggi, Klang
6 Mac 2011 Zon Utara
Alor Star Mall, Kedah
AEON Jusco Kinta City, Perak
6 Mac 2011 Zon Selatan
WETEX Parade, Muar, Johor
Mahkota Parade, Melaka
12 Mac 2011 Zon Pantai Timur
KB Mall, Kelantan
Giant Kuala Terengganu
12 Mac 2011 Zon Sabah
Warisan Square, Kota Kinabalu
1 Borneo, Kota Kinabalu
12 Mac 2011 Zon Sarawak
The Spring, Kuching
Boulevard, Kuching
13 Mac 2011 Zon Pantai Timur
East Coast Mall, Kuantan
Selain daripada menghadiri sesi ujibakat yang diadakan di seluruh Negara, pihak produksi juga mengalu-alukan penyertaan secara online menerusi emel di alamat rasmi sejutaimpian@tv3.com.my yang dibuka sekarang hingga 13 Mac 2011. Calon-calon yang berjaya disenarai pilih akan dihubungi oleh pihak produksi kelak.
Setiap episod akan dibahagikan kepada 3 elemen utama iaitu sesi perkenalan peserta dan panel juri, sesi penerangan dan manfaat impian ataupun hasrat yang ingin ditunaikan kepada masyarakat mahupun golongan yang disasarkan dan akhir sekali, keputusan panel juri. Bersesuaian dengan pemilihan para peserta yang terdiri daripada berlainan bangsa dan latarbelakang, barisan panel juri yang bakal memikul tugasan berat untuk menilai dan mampu mengubah kehidupan mereka yang terlibat juga terdiri daripada individu-individu yang mewakili pelbagai aspek dan bidang industri tempatan termasuklah selebriti tersohor, usahawan berjaya, tokoh politik, ahli akademia dan ramai lagi.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar menjelaskan, “Penglibatan kami di dalam projek ini dilihat sebagai salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial yang telah diamanahkan. Dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pihak TM & rakan di DB1M, SEJUTA IMPIAN bukan sekadar sebuah program televisyen tetapi merupakan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian dan hasrat terpendam selama ini.
Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkaitan rapat dengan pembangunan, membawa perubahan besar serta memberi kesan kepada komuniti setempat dan masyarakat, anda semua mungkin merupakan di antara individu bertuah yang terpilih untuk menerima habuan yang ditawarkan.
Seterusnya program ini juga diharap dapat menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan kerana kami percaya melalui mesej dan elemen kemasyarakatan yang disampaikan melalui segmen dan konsep SEJUTA IMPIAN, secara tidak langsung dapat membuka mata dan minda kita semua untuk berusaha meningkatkan potensi diri dan mengubah nasib bangsa.”
Ikuti SEJUTA IMPIAN, satu platform positif untuk rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang yang dipilih dan diberi peluang untuk merealisasikan impian ataupun hasrat yang terpendam. SEJUTA IMPIAN bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan akan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei 2011, setiap hari Ahad jam 7.30 petang. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini juga boleh melayari laman web rasmi di www.tv3.com.my/sejutaimpian .

FAQ
1.Apakah itu Sejuta Impian?
Sejuta Impian adalah rancangan realiti televisyen yang akan membantu anda merealisasikan impian anda, tidak kira kecil atau besar. Kami akan memberikan dana kepada rakyat Malaysia dari segenap pelusuk tanahair yang berjaya member inspirasi kepada kita
2.Bagaimana caranya untuk saya mengetahui tentang Sejuta Impian dengan lebih lanjut?
Anda boleh melayari www.tv3.com.my/sejutaimpian ataupun bertemu dengan skuad Sejuta Impian dipelbagai lokasi seluruh Malaysia
3.Siapakah yang layak untuk menyertai Sejuta Impian?
- Individu yang berumur 40 tahun ke bawah dan kumpulan belia, badan-badan berdaftar, badan bukan kerajaan mahupun yayasan.
- Terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja.
4.Adakah individu yang berumur 18 tahun ke bawah dibenarkan menyertainya?
Boleh, sekiranya mendapat kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga dan sekiranya mereka menang, ibubapa atau penjaga akan menerima dana bagi pihak.
5.Bagaimana caranya untuk menyertai Sejuta Impian?
- Anda boleh mendaftar secara online ataupun melalui skuad kami yang bakal mengunjungi lokasi-lokasi yang akan diumumkan kelak.
- Anda dikehendaki melengkapkan soalan beserta butiran peribadi.
- Penyertaan akan dibuka dari 1hb Mac 2011 hingga 13hb Mac 2011.
- Ahli panel akan menilai dan menapis semua penyertaan. Keputusan ahli panel adalah muktamad.
- Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi pada 31hb Mac 2011.
6.Apakah dana yang akan disediakan?
- Individu-individu yang terpilih boleh memohon wang dana sehingga RM20, 000.
- Kumpulan/yayasan/badan-badan berdaftar yang terpilih pula boleh memohon wang dana sehingga RM50, 000.
7.Bagaimana Sejuta Impian memperoleh dana untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia?
Dana Belia 1Malaysia telah menyumbang sebanyak RM1 juta untuk diberi kepada rakyat Malaysia yang layak menerusi rancangan Sejuta Impian.
8.Siapakah yang layak merealisasikan impian mereka?
- Sejuta Impiam memfokuskan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai impian ataupun idea mahupun keinginan yang akan member impak kepada masyarakat ataupun dimanfaatkan bagi membangunkan masa depan belia.
- Idea-idea boleh merangkumi dari aspek keusahawanan, masyarakat setempat, kemajuan kendiri, alam sekitar, kebudayaan sehinggalah kesenian dan sukan.
- Individu-individu yang berbakat dari seni nyanyian, tarian mahupun seni persembahan adalah dialu-alukan.
9.Bagaimanakah cara untuk saya memenangi pertandingan ini?
- Penyertaan yang disenarai pendek akan dihubungi untuk menghadiri rakaman studio.
- Tarikh rakaman adalah dari 15hb April 2011 hingga 19hb April 2011.
- Anda dikehendaki menghadiri sesi rakaman yang telah ditetapkan oleh skuad Sejuta Impian.
- Panel juri akan mendengar cerita yang anda sampaikan dan menilai anda.
- Anda hanya diberi satu peluang untuk meyakinkan panel juri yang anda layak mendapat jumlah dana yang diinginkan. Keputusan panel juri adalah muktamad.
10.Mengapa Sejuta Impian akan menerima idea saya sebagai pemenang?
- Sekiranya idea anda mempunyai potensi untuk mengubah hidup anda ataupun kehidupan masyarakat disekeliling anda, anda akan berpeluang untuk memperoleh wang dana untuk merealisasikan impian anda.
11.Apakah yang akan terjadi setelah saya menang?
- Sekiranya anda berjaya, anda dikehendaki membuat laporan mengenai progres dan kemajuan anda dengan Dana Belia 1Malaysia. - Anda mungkin dihubungi oleh skuad Sejuta Impian untuk membuat penggambaran mengenai progres dan kejayaan anda.
12.Sekiranya saya memenangi dana tersebut, berapa lamakah ataupun dari manakah saya harus mengambil dana tersebut?
Dana akan disalurkan kepada anda oleh Dana Belia 1Malaysia sebaik sahaja panel juri bersetuju dengan jumlah wang dana setelah tamatnya rancangan.
13.Apakah komitmen saya sebagai peserta Sejuta Impian?
- Anda dikehendaki menghadiri rakaman Sejuta Impian dari 15hb April 2011 sehingga 19hb April 2011.
- Anda akan dihubungi oleh pihak Sejuta Impian mengenai sesi temubual dan penggambaran.
- Cerita/kisah dan progres anda akan dirakamkan untuk pengisian Sejuta Impian.
- Nota: sekiranya anda gagal untuk menghadiri hari-hari rakaman, anda akan tersingkir daripada rancangan ini.
14.Bilakah Sejuta Impian akan disiarkan dikaca televisyen?
- Rancangan akan mula bersiaran pada 15hb Mei 2011, Ahad jam 7.30 malam.
- Rancangan ini akan disiarkan sebanyak 20 episod dan akan berakhir pada 2hb Oktober 2011.


Salam semua, mun berminatlah nak menyertai ujibakat niy :) setakat ini, kertas kerja telahpun siap, cuma tunggu pada harinya iaitu 5 mac 2011. Mun menyertai ujibakat di Sunway Pyramid memandangkan itulah satu-satunya lokasi yang berhampiran dengan rumah mun. Doakan mun berjaya ye :) . Mun ingin mengubah kehidupan para remaja. Untuk tahu impian Mun, jika ada rezeki, tercapailah impian mun selama ini :)


salam buat semua :)


Sedang saya mencari topik yang sesuai untuk dijadikan sebagai entri, fikiran saya terimbas kembali sewaktu di Minggu Penulis Remaja 2010 (MPR) . Fasilator-fasilator kami pernah berpesan, jangan sesekali menggunakan bahasa singkatan ketika menulis. Penggunaan singkatan dalam ejaan terlalu ketara dalam kalangan para remaja zaman kini. Mereka terlalu lalai dengan penggunaan singkatan ketika ber'sms' sehingga terbawa-bawa dalam penulisan di sekolah. Mereka terlalu biasa menggunakan bahasa singkatan tanpa menyedari situasi. 

Bahasa singkatan tersebut bagaikan sudah sebati dengan jiwa para remaja. Apabila ditegur oleh guru yang menanda kertas peperiksaan, mereka mengomel di belakang guru. Macam-macam alasan yang diberi. Ada pelajar yang mengatakan itu hanya peperiksaan sekolah, bukannya peperiksaan penting. Ada pula yang mengatakan nanti sewaktu SPM, saya betulkanlah, bukannya susah sangat pun kan cikgu. Sambil itu, pelajar menarik muka kerana ditegur. Tegur sedikit pun salah. Karang tak ditegur, guru dianggap tak mengajar anak murid Bahasa Malaysia dengan betul. Mana satu yang harus dilakukan? pening pening. Antara singkatan yang kerap digunakan adalah :


SINGKATAN EJAAN
EJAAN YANG BETUL
Dgn
Yg
itea/itew
jp/jup
sy
sllu
ta mao
na
sklh
klu
leyh/le
jaat
an
chat
je
Dengan
Yang
kita
kejap
saya
selalu
tak nak
nak
sekolah
kalau
boleh
jahat
kan
sihat
sahaja



Kalau hendak ditulis disini, memang banyak sangat. Seiring dengan kemajuan IT yang semakin berkembang pesat, cara gaya penulisan juga semakin berkembang. Berkembang dengan keadaan yang semakin parah! masalah ejaan semakin serius. Cuba bayangkan para pelajar menggunakan ejaan-ejaan singkatan sewaktu peperiksaan penting. Lagi-lagi SPM. Tentu parah. Janganlah selepas anda menulis tiga empat halaman karangan, beru sedar bahawa anda telah menggunakan bahasa singkatan. Menyesal tak sudah nanti. 

Dahulu pada awalnya saya membuat blog ini, saya juga sering menggunakan singkatan. Tetapi setelah ditegur, cara penulisan saya berubah. Kini , adalah lebih senang menulis entri menggunakan ejaan yang penuh. Senang bagi orang lain untuk memahami isi kandungan yang hendak disampaikan. Kadang-kadang, jika menggunakan singkatan, isi kandungannya kurang difahami oleh pembaca. Lebih parah jika isi yang hendak disampaikan kepada pembaca berubah. Kerana ejaan singakatan banyak yang sama. Sebagai contoh : LSN : Ejaan singkatan tersebut sama ada boleh dijadikan sebagai LISAN atau LESEN . Pelbagai bukan ? Janganlah pabila peperiksaan, baru hendak mengubah corak penulisan. Pada masa itu, adalah sukar sekali kerana melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Salam.