salam buat semua :)
Sedang saya mencari topik yang sesuai untuk dijadikan sebagai entri, fikiran saya terimbas kembali sewaktu di Minggu Penulis Remaja 2010 (MPR) . Fasilator-fasilator kami pernah berpesan, jangan sesekali menggunakan bahasa singkatan ketika menulis. Penggunaan singkatan dalam ejaan terlalu ketara dalam kalangan para remaja zaman kini. Mereka terlalu lalai dengan penggunaan singkatan ketika ber'sms' sehingga terbawa-bawa dalam penulisan di sekolah. Mereka terlalu biasa menggunakan bahasa singkatan tanpa menyedari situasi.
Bahasa singkatan tersebut bagaikan sudah sebati dengan jiwa para remaja. Apabila ditegur oleh guru yang menanda kertas peperiksaan, mereka mengomel di belakang guru. Macam-macam alasan yang diberi. Ada pelajar yang mengatakan itu hanya peperiksaan sekolah, bukannya peperiksaan penting. Ada pula yang mengatakan nanti sewaktu SPM, saya betulkanlah, bukannya susah sangat pun kan cikgu. Sambil itu, pelajar menarik muka kerana ditegur. Tegur sedikit pun salah. Karang tak ditegur, guru dianggap tak mengajar anak murid Bahasa Malaysia dengan betul. Mana satu yang harus dilakukan? pening pening. Antara singkatan yang kerap digunakan adalah :
SINGKATAN EJAAN | EJAAN YANG BETUL |
Dgn Yg itea/itew jp/jup sy sllu ta mao na sklh klu leyh/le jaat an chat je | Dengan Yang kita kejap saya selalu tak nak nak sekolah kalau boleh jahat kan sihat sahaja |
Kalau hendak ditulis disini, memang banyak sangat. Seiring dengan kemajuan IT yang semakin berkembang pesat, cara gaya penulisan juga semakin berkembang. Berkembang dengan keadaan yang semakin parah! masalah ejaan semakin serius. Cuba bayangkan para pelajar menggunakan ejaan-ejaan singkatan sewaktu peperiksaan penting. Lagi-lagi SPM. Tentu parah. Janganlah selepas anda menulis tiga empat halaman karangan, beru sedar bahawa anda telah menggunakan bahasa singkatan. Menyesal tak sudah nanti.
Dahulu pada awalnya saya membuat blog ini, saya juga sering menggunakan singkatan. Tetapi setelah ditegur, cara penulisan saya berubah. Kini , adalah lebih senang menulis entri menggunakan ejaan yang penuh. Senang bagi orang lain untuk memahami isi kandungan yang hendak disampaikan. Kadang-kadang, jika menggunakan singkatan, isi kandungannya kurang difahami oleh pembaca. Lebih parah jika isi yang hendak disampaikan kepada pembaca berubah. Kerana ejaan singakatan banyak yang sama. Sebagai contoh : LSN : Ejaan singkatan tersebut sama ada boleh dijadikan sebagai LISAN atau LESEN . Pelbagai bukan ? Janganlah pabila peperiksaan, baru hendak mengubah corak penulisan. Pada masa itu, adalah sukar sekali kerana melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Salam.







2 bicara kawan2 yang Mun sayang:
bahasa menyatukan bangsa. tahniah kerana membedah siasat isu ini. moga timbul kesedaran dan isu ini dipanjangkan oleh rakan-rakan yang lain.
tanpa bahasa, siapalah kita
sama-sama, saya pun harap begitu jua :)
Post a Comment