sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
salam semua :) mula-mula mun betul-betul nak minta maaf sebab semamangnya dah lama sangat mun tak menulis entri di blog . memang sibuk sangat terutamanya minggu nih . macam-macam nak disiapkan. dengan kuliah + presentation lagi . Exam mid terrm pun akhir bulan april niy. Semalam mun baru sahaja selesai proposal untuk Sejuta Impian . SEJUTA IMPIAN ? bukan ke sudah berakhir ? Belum . Mun belum lagi hantar proposal sebab tu kena hadir di sri pentas esok untuk second interview . huhu . takutnya . macam-macam yang bermain di minda niy . Bagaimana jika mun tak berjaya ? Bagaimana dengan impian mun nanti ? Nampaknya kena buat yang terbaiklah bagi memenangi hati juri esok . Doakan je la :) 

Di entri sebelum ini , mun ada menulis entri tentang panggilan yang mun dapat sabtu lepas bukan ? Kelmarin , mun dapat panggilan dari nombor tv3 untuk datang ke sri pentas,Damansara bersama-sama dengan proposal . Pada mulanya , mun langsung tak ada idea apa itu proposal. Yela, sejujur-jujurnya mun langsung tak pernah buat proposal seumur hidup . Kat sekolah dulu mana pernah nak buat benda-benda macam niy. Kalau jadi setiausaha untuk sesebuah persatuan di sekolah, kerjanya hanya mengambil kedatangan dan tulis apa aktiviti yang dilakukan. Memang pening habislah nak fikir cara untuk buat proposal . Apa-apa yang terjadi sekalipun, proposal itu perlu disiapkan sebelum hari sabtu. Tak nak buat kerja last minute lah katakan. Mula-mula minta tolong encik google . ehee . tapi masih tak faham. Tanya kawan-kawan. lupa pula mereka pun tak belajar cara membuat proposal kat sekolah . last-last tanap segan-silu tanya kepada kawan-kawan yang pernah menyertai sejuta impian serba sedikit tentang cara-cara membuat proposal. Bolehlah , mereka banyak membantu juga . tapi yang penting, isi-isi proposal adalah asli ye :) taknaklah main copy copy niy. hehe . 

Masa yang diperlukan untuk menyiapkan proposal adalah selama sehari . Pada mulanya, mun sendiri tak percaya yang boleh disiapkan dalam masa sehari . Mula-mula buat yang simple-simple dulu. Last baru buat kiraan bajet yang diperuntukkan sebanyak RM 20,000 oleh pihak sejuta impian. Memang part buat kiraan bajet paling susah kerana sering tersasar dari jumlah yang diberikan. Wang sebanyak RM 20,000 sebenarnya tidak mencukupi. Tetapi perlulah pandai membahagikan duit tersebut kepada keutamaan impian mun. Lama juga masa yang diambil untuk menyiapkan anggaran kos yang diperlukan . Dah jadi macam exam prinsip akaun dah . huhu . nak betulkan banyak benda . akhirnya, dapat juga selesaikan pada 2 pagi . Takpelah tidur lambat , asalkan dapat menyiapkan proposal tersebut :) memang puas hati bila dapat siapkan . Harap-harap skuad sejuta impian menerima proposal saya :)

Esok pada pukul 12.30 tengah hari, mun akan berjumpa juri-juri untuk menyakinkan mereka bahawa impian saya dalam bidang penulisan kreatif dapat diterima dengan hati yang terbuka. Sekarang niy mun tengah online kat kolej . Guna wifi je . Percuma . hehe . thank you kolej sebab bagi wifi percume . ehhee . kelas pagi tadi kejap je . tentang critical thinking :) seronok . jap lagi nak balik , print apa yang patut dan baca semula proposal . Mana tahu, tiba-tiba idea akan datang :) dan yang penting, latih dari segi percakapn. taknak lah esok depan juri tergagap-gagap tak tentu arah. Hope dapat buat yang terbaik esok :D salam .

1 bicara kawan2 yang Mun sayang:

liaw said...

x sabar nak tgk part kamu kt sejuta impian.