sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

hye semua :) mun baru sempat nak menulis entri di sini . huhu . sejak kebelakangan ini, memang sibuk dengan pelbagai urusan. Sebelum itu , mun nak ucapkan terima kasih kepada skuad Sejuta impian yang telah memilih mun untuk menerima dana sebanyak rm 10,000 . walaupun tidak mencapai tahap yang mun minta sewaktu di dalam proposal, sekurang-kurangnya, mun dapat sesuatu :) impian mun adalah untuk memartabatkan penulisan kreatif dalam kalangan generasi muda pada masa kini :) mun dipanggil untuk ke set rakaman pada 19 april 2011 ( selasa) rakaman bermula apda pukul 2.30 petang dan berakhir kira-kira 10.45 malam. memang penat sangat. tapi mun dah bagi yang terbaik sesuatu presentation :) nampaknya juri-juri pada hari tersebut menerima dengan hati yang terbuka impian saya :) hehe . Barisan hakim tetap terdiri daripada Roshan Thiran (Leaderonomics), Norman Abd Halim (KRU) dan Yiu Lin (Klucthed). Mereka turut ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap episod antaranya Ketua Pegawai Pemasaran, Telekom Malaysia Berhad (TM), Rozalila Abdul Rahman, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapha Omar, selebriti terkemuka seperti Ning Baizura, Harith Iskander, Hannah Tan, Azlan Iskandar dan ramai lagi.


bersama dengan abang norman KRU yang banyak bertanyakan soalan :)


bersalaman dengan para juri . bak kata Khairul Nizam, mamanya dan is :)


ketika menyampaikan presentation . syukur tak gagap :)


bersama dengan pengacara Sejuta Impian , abg Baki Zainal . kepada Abg : abang , pandai buat lawan atas pentas ye . hehe . abg pandai cakap cina, mun pandai cakap melayu :D


menanti keputusan dari para juri . mendebarkan . huhu


bersama-sama peserta dan audiens :) rindunya :(


dengan audiens selepas presentation . kepada korang , thanks mun ucapkan sebab tolong ambilkan gambar. dah la mun tak bawa penyokong , korang je la yang sokong mun, jerit-jerit bagai nak keluar anak tekak . hehe . thanks again :)


ada masa kita bertemu lagi ye :)


Mun ingat lagi abg kit Faris suruh lawan pantun . kelakar . hehe . dah la dalam kepala tu serabut, nak reka pantun lagi . hehe . dua tiga kucing berlari, kenapa awak tinggi sekali . mun pun tak ingat kepada siap mun tujukan masa tu . hehe . anyway, thanks kepada yang sokong mun pada hari itu, mun ingatkan tiada siapa yang akan tepuk untuk mun , tapi korang-koranglah yang banyak memberi semangat kepada mun . kepada is irsharf , thanks sebab banyak memberi tunuj ajar kepada mun sebelum mun naik pentas :) hehe . kepada khairul Nizam dan mamanya, mun dah tunaikan janji untuk salam dengan juri . hehe . tapi mun tak larat la nak salam dengan semua peserta . huhu . hehe . korang bertiga tak habis-habis sakat mun dari pagi sehinggalah sesi rakaman tamat :)

Pada hari tersebut, mun berjaya memperolehi sebanyak rm 10,000 untuk merealisasikan impian mun :) yang paling mengejutkan, abg norman KRU yang begitu tegas dan banyak bermain kata-kata dan memberi tekanan yang tinggi kepada para peserta telah turun dari tempat juri dan bersalam dengan mun . Ya Tuhan, hanyamu yang tahu betapa gamannya mun pada masa tu . rasa macam nak nganis je . hehe . memang terkejut sangat-sangat,. Tak sangka puisi yang mun deklamasikan berjaya memikat hatinya . :) thanks abang Norman :) Abang harith iskandar, hehe . mun tak mampu nak cakap apa-apa. haritu abang perli mun ye . hehe . laju abang ikut mun cakap . hehe :) tapi mun memang biasa bertutur dengan laju . huhu . abang faham kan apa yang mun cakap. Abg baki cakap Abg harith iskandar dah tua . hehe . mun tak cakap apa-apa tau . :)

Sejuta impian telah banyak memberi mun peluang untuk menonjolkan bakat dalam diri ini :) syukur mun mengambil keputusan untuk menyertai rancangan realiti sejuta impian ini. :) thanks kepada sesiapa yang galakkan mun :) doakan agar impian mun dapat direalisakan dengan jayanya :) 


2 bicara kawan2 yang Mun sayang:

ikramadha said...

mun..~ tahniah! seronok tgk u berjaya!!! aiyo~!! miss u so much la weyh..! haha~ mun study mass com kt mane?? seriously bile bukak je blog kau, saya rase terpegun sebab lagu nasyid yg saye dgr..~ haha~ lembut hati den..:)

Mun Kit said...

hehe . hya ikram . mun study kat segi college , miss u so much too ikram . huhu . kawan sekolah rendah tuu . hehe , suka ouh lagu nasyid tu . sumayyah . sedap lagu dia . pastu lirik pun best :)