sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
Salam :)  Sabar , sabar dan terus bersabar pabila menginginkan sesuatu . Memang susah untuk menyabarkan diri . Tetapi kesabaran itulah akan membawa kita ke suatu pengakhiran yang menggembirakan :) Mengapa perasaan sabar itu perlu timbul dalam hati kita ? Tanpa kesabaran , nescaya huru-haralah kita . Jujur saya katakan , saya tidaklah mempunyai kesabaran yang tinggi kerana bagi saya , saya hendak tahu sesuatu perkara dengan pantas . Mungkin ramai yang pernah dengar kata-kata sabar itu separuh daripada iman . Tuhan memang banyak menguji umatnya supaya bersabar kerana tanpa kesabaran , kita tidak akan ke mana . Begitu jua dengan keadaan saya kini . 

Begini ceritanya , entri sebelum ini saya ada menulis entri tentang uji bakat sejuta impian anjuran TV3. Pada sabtu yang lepas , 2 april 2011 , saya mendapat penggilan dari nombor 0377288282 . Pabila saya hubungi kembali , malangnya , waktu kerja pejabat telah tamat . Saya kemudiannya menghubungi kembali nombor tersebut semalam ( isnin ) . Setelah beberapa ketika saya menunggu , seorang akak menjawab panggilan saya . Saya pun bertanya adakah ia dari sejuta impian . Kemudiannya , akak tersebut memberi nombor telefon TV3 untuk dihubungi . Tanpa membuang masa , saya pun hubungi nombor tersebut dan talian kemudiannya disambungkan ke link Skuad Sejuta impian . Mereka kemudiannya meminta nama dan nombor telefon saya . Dan kini , saya sednag menunggu panggilan kembali dari producer tv3 .

Jika benarlah ini rezeki saya , saya tidak akan menolak , Sebenarnya , saya sendiri pun tidak percaya yang skuad sejuta impian akan menghubungi, kerana bagi saya , ramai lagi yang telah mempersembahkan impian mereka dengan baik :)  tapi rezeki tak baik ditolak , maut jangan dicari :) kini , kesabaran saya teruji lagi . Setiap kali telefon berbunyi , mesti mendoakan agar nombor tersebut menghubungi kembali . huhu . doakan je la :)

0 bicara kawan2 yang Mun sayang: