sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.



tengoklah gambar tu sampai gambar tu gerak ye . haha

               

Melangkah ke kolej bukannya suatu keputusan yang mudah . Bukan sekadar memetik jari memilih kolej dan yang paling penting, memilih jurusan apa yang hendak dipelajari. Pada mulanya, saya memikirkan kehidupan di kolej adalah jauh lebih senang daripada sekolah. Malangnya , jangkaan saya meleset sama sekali . Kehidupan di kolej PENAT, PENAT dan PENAT . Kelas memang sedikit tapi masalahnya assignment bertimbun . Dulu kalau ada kerja kursus kat sekolah, senang. Cikgu bagi tunjuk ajar semua, tinggal taip dan print dan pass up . haa, kan senang gitu. Tapi.... kat kolej, semuanya kena berdikari . Bukan saya hendak katakan yang saya niy tidak berdikari, tetapi ianya bagai satu kejutan budaya. Mungkin masih tidak biasa dengan kehidupan di kolej lagi kott. DItambah pula dengan kerja separuh masa di F.O.S di Sunway Pyramid mengehadkan masa saya untuk membuat aktiviti harian. huhu . Redha je la. Memang terasa untuk berhenti kerja tapi, setelsh dikaji, difikir dan dianalisis ( cewah, macamlah nak buat experimen yang besar. haha ) , saya lupakan niat saya. Yelah, saya sudah mencapai umur 18 tahun, dan sepatutnya haruslah berdikari. Kalau nak sentiasa harapkan duit ibu, sampai bila mereka boleh tanggung kita.Betul tak ? huhu. Lagipun study di kolej memerlukan pembelanjaan harian. Contohnya transport ke sana. Lainlah kalau abang bas tu sanggup hantar saya free tiap hari . hehe . Sanggup ke bang ? :) *buat muka kecian* agak-agak korang , buat muka camniy, rasa nak bagi seketul penampar tak ? hehe .


Semester pertama niy, saya sepatutnya mengambil 3 subjek sebagai permulaan. Tapi, setelah digugurkan sini dan sana, last-last tingal satu subjek ye . Yeay :) Yeay la sangat . huhu. Next sem habislah kau mun . huhu . Subjek yang patut diambil adalah Pengajian Malaysia ataupun nama glamornya Malaysian Studies. hehe . Next adalah subjek General Language Training. Subjek niy penting untuk budak-budak mass com seperti saya niy untuk mengembangkan bakat dalam BI . Eh, silap-silap, bukan kembangkan bakat, untuk kukuhkan BI kita niy haa . Dan subjek ketiga adalah Fundamental Photography. Subjek Malaysian Studies memang diwajibkan untuk semua pelajar yang berasal dari Malaysia.

So takley la nak mengelak sebab IC warna biru . huhu . Exam tu saya dah ambil sewaktu program APP. Syukur, dapat 4 flat :) tak pernah sangka akan dapat A sebab sebelum-sebelum niy, saya memang anti sejarah. Dah sejarah pun tak suka saya, nak buat cam ne kan. huhu . Tapi masuk kolej, if keputusan teruk, PTPTN akan ditarik balik. Tu yang takut tu . kalu kat sekolah, ibu yang bayarkan yuran semua. So don't really mind if i fail any of the subject . huhu . Amboi, mentang-mentang SPM tak gagl apa-apa subjek, berani buat statement gitulaa .

Dulu, nak fikir ayat niy pun tak berani kan ?? Subjek GLT pula saya drop sebab tak sanggup nak ulangi benda yang sama lagi . huhu . Apa yang diajar oleh lecturer sejibik sebijik macam time-time kat sekolah dulu . huhu . So saya mengambil keputusan untuk lari dari subjek tu. Nak duduk jauh-jauh dengan GLT. Maaf ye GLT. hehe . Setelah terlepas dari cengkaman dua subjek, tinggal subjek Fundamental Photography jela. Satu subjek pun kepala macam nak pecah je buat assignment, apatah lagi nak handle 6 subjek sem 4 nanti. huhu . Haru-biru duniaku. Redha jela nanti ye.

Pagi tadi dengan penuh semangat bangun untuk buat assignment area sunway. Malas nak pergi jauh-jauh. Nanti tak tahu balik, sape yang susah, saya juga. huhu. Nasib baik saya ditemani. Sebenarnya, dah lama saya dapat assignment niy, dua minggu yang lepas, tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, maka pendam je la keinginan untuk menyiapkan assigment . Bila dekat dengan deadline, baru terhegeh-hegeh. huhu . Bukan apa, sebenarnya saya segan untuk menyiapkan assignment. Korang gelak la, tahu bunyi ayat tu pelik, tapi itulah kebenarannya, huhu . Saya segan apabila orang-orang sekeliling pandang saya ambil gambar. Saya segan apabila mereka jeling-jeling macam nak makan kamera.

Saya segan apabila orang tengok saya macamlah saya niy tak pernah tengok Malaysia . Muka saya sudah cukup menunjukkan yang saya ini anak jati Malaysia .Puas korang dengar sebab-sebab saya segan untuk menyiapkan assignment saya ? Entahlah macam mana untuk hilangkan rasa malu tu di hadapan orang ramai. Saya tak selesa apabila dipandang semacam. huhu. Tegak bulu roma saya. haha . Saya tahu mungkin ramai yang tak percaya saya ini seorang yang penyegan. Yela, kat depan Abang Norman KRU, Abang Harith Iskandar, Roshan Thiran dan Ung Yiu Lin bukan main cakap banyak lagi. huhu . Itulah pasal, sewaktu sesi rakaman untuk rancangan Sejuta Impian , tak ada pula rasa takut untuk present. Pelik-pelik. Mungkin masa tu rasa gementar saya tengah tidur kot, sebab tu tak takut untuk berhadapan dengan juri. haha . Dunia makin pelik :P

So pagi tadi baru terhegeh-hegeh nak siapkan. Memang kelam-kabut. Buat assignment siap duduk atas jalan raya lagi . Terbaiklah !!! . hehe . Assignment saya adalah mengenai gambar-gambar abstrak yang mewakili setiap abjad. Dari huruf A sampailah Z . huhu . Nampak senang, tapi shooting gambar mengambil masa selama hampir empat jam setengah. Terkejut beruk korang. Yela, ingat senang ke nak cari sudut-sudut yang lawak lawa ? huhu. Merata-rata tempat kami merayau semata-mata untuk ambil gambar. huhu. Nasib baik ada kawan yang boleh ajar mun tentang assignment ini. Kalau tak, memang taklah saya nak merayau seorang diri. PENYEGAN katakan. haha . Lepas dah siap ambil gambar, balik ke rumah, dan siap-siap untuk ke kolej. Memang penat tahap babun, tapi nak buat camne, assignment tetap assignment . huhu . **kepada BABUN, saya minta maaf kerana menggunakan nama anda, harap dibenarkan ye :) ** nanti saya bagi awak coklat. Awak nak coklat apa ?? ** hehe . Jangan yang mahal-mahal da ye, gaji saya tak keluar lagi. huhu **





Baiklah , saya dah tak tahu apa untuk dicoretkan disini . huhu . Nanti ada apa-apa, saya update disini ye . Sebelum tu, thanks kepada Nurul Ain sebab sudi baca blog saya yang tak seberapa niy. Kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger yang lain, blog saya masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki. Anyway, thanks so much kepada korang yang dengar mun bebel kat blog niy. hehe . :) take care . Sebelum tidur jangan lupa basuh kaki dan baca doa tidur ye :)
                Salam semua :) jap2 , korang janagn terpedaya dengan tajuk entri niy ye . jangan pikir lain pula . hehe . sebenarnya mun nak ambil kesempatan untuk update blog yang sudah bersarang niy. Dah hampir sebulan mun tak update . secar jujurnya, bukan sudah bosan untuk update, tapi masa tidak mengizinkan . Dengan assignment yang berlambak, kerja dan shooting , sampai kekadang masa untuk diri sendiri kurang. Tapi itu tidak bermakna mun akan abaikan blog niy untuk selamanya . huhu . amboi, dah masuk part tangkap leleh niy . ( cepat cover air mata dan hingus tu ye ) hehe . mun baru je balik dari Empire Shopping Mall . Adik punya pasal, sanggup mun kembara hingga situ. padahal bukannya jauh mana pun, hehe . Jap2, sebelum tu mun kembali ke sekolah menengah. Di situ, mun terimbau ( wujud ke perkataan niy ?? takpelah , janji korang pehe ( paham ) hehe ) kenangan time dulu-dulu kat sekolah . memang banyak kenangan . lagi-lagi pabila dah jumpa dengan kawan-kawan yang pernah suatu ketika dahulu hilang ke amna entah, muncul balik di sekolah . hehe . memang seronok jumpa dengan mereka. tanya pasal kehidupan lepas tamat sekolah , macam-macam la . siap keluar nama-nama gelaran yang diberi ketika menuntut di sekolah . huhu . dah-dah, mun jangan mengada-ngada nak nganis di sini . basah laptop, sape susah , awak juga . :'(  masa nak balik tu , kawan tolong hantarkan sampai ke depan rumah . Tahu2 aje kan mun malas nak tunggu bas. hehe . Jasamu dikenang kawan :)

                  Dah sampai rumah , mandi2 dan siap untuk ke Empire . Adik la . nak sangat suruh ambil gambar . nak tak nak, pergi juga . huhu . Dah sampai Empire, mulalah merayau cari tempat YEP tu . dah siap ambil gambar semua , then mula cari tempat untuk minum . Last-last entah camne boleh tersesat ke STARBUCKS . huhu . apa lagi, adik yang sorang tu mula la bodek dengan penuh emosinya untuk belanja Starbucks . huhu . yela , mun pun tak sanggup tengok adik sedih kan, so dengan seikhlas-ikhlas hatinya, mun belikan untuknya . huhu . lepas dah settle semua, kami bertiga kemudiannya ke POPULAR . rutin tiap kali keluar . rasa-rasa staff pun dah naik bosan tengok muka budak sama je . ehee . dah masuk tu , terusmeluru ke bahagian novel tanpa tengok kiri kanan . hehe . dah tengok novel tu, hah , mulalah tangan nak menggatal untuk beli sebuah . dapat juga . hehe . sebelum niy , mun dah beli 3 novel . fuhh .. Al-maklumlah dah tahap tension kat tempat kerja, lagi tension kalau tengok novel tu. Novel tu bagaikan menyeru untuk membelinya. huhu . eh, kalau betullah novel tu boleh menyeru, mun bukannya beli, terus cabut lari . ada pula novel nak menyeru-yeru . hehe . so tadi beli lagi satu novel menjadikan kesemuanya 4 bijik novel untuk mingu niy . huhu . 



Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?


Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana. 

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya


Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnyaMr.F (fussy).


Daripada berbalas - balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.


Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?


Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik - gedik memburu cinta Mr.F, Nurina - bekas kekasih MR.F yang pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F dan si petualang yang mengharu birukan hidupnya.


Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?






Dizyan Farhana, seorg gadis yg mempunyai paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yg gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yg dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.


Lapan tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yg masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sbg pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yg mendesak mereka bersatu sbg suami isteri. Adakah penyatuan mereka sbg suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yg terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sbg 'kekasih' faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yg terjadi kepada dizyan menghalanghati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yg dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dgn cemburu dan egonya, Dizyan dgn sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yg sempurna?


Setakat niy mun dah baca novel doktor cinta . memang sedih ceritanya jika pembaca dapat hayati dengan betul . huhu . jujur mun katakan , mun menangis time baca novel niy, tapi pandai-pandai la cover . dah la baca depan adik . huhu . tahu-tahu je la mulut dorang camne kan . hehe . sekarang mun dalam proses untuk menghabiskan novel doktor cinta . nak je capai novel tu dan baca apa yang akan terjadi seterusnya . huhu . sabar, mun sabar . buku tu takkan lari ke mana pun . ( padahal buku tu ada sebelah laptop niy je ) . 

Setakat ini je coretan mun buat kali ini ( ewahhh , macam tulis surat bukan rasmi da ) . niy gara-gara aura dari sekolah tadi belum hilang kot . hehe . Oh ya , jangan lupa saksikan rancangan realiti Sejuta Impian di TV3 setiap hari Ahad jam 7.30 malam . Slot mun akan disiarkan pada 28 Ogos 2011 . Nantikan ye :) salam <3