Salam semua :) jap2 , korang janagn terpedaya dengan tajuk entri niy ye . jangan pikir lain pula . hehe . sebenarnya mun nak ambil kesempatan untuk update blog yang sudah bersarang niy. Dah hampir sebulan mun tak update . secar jujurnya, bukan sudah bosan untuk update, tapi masa tidak mengizinkan . Dengan assignment yang berlambak, kerja dan shooting , sampai kekadang masa untuk diri sendiri kurang. Tapi itu tidak bermakna mun akan abaikan blog niy untuk selamanya . huhu . amboi, dah masuk part tangkap leleh niy . ( cepat cover air mata dan hingus tu ye ) hehe . mun baru je balik dari Empire Shopping Mall . Adik punya pasal, sanggup mun kembara hingga situ. padahal bukannya jauh mana pun, hehe . Jap2, sebelum tu mun kembali ke sekolah menengah. Di situ, mun terimbau ( wujud ke perkataan niy ?? takpelah , janji korang pehe ( paham ) hehe ) kenangan time dulu-dulu kat sekolah . memang banyak kenangan . lagi-lagi pabila dah jumpa dengan kawan-kawan yang pernah suatu ketika dahulu hilang ke amna entah, muncul balik di sekolah . hehe . memang seronok jumpa dengan mereka. tanya pasal kehidupan lepas tamat sekolah , macam-macam la . siap keluar nama-nama gelaran yang diberi ketika menuntut di sekolah . huhu . dah-dah, mun jangan mengada-ngada nak nganis di sini . basah laptop, sape susah , awak juga . :'( masa nak balik tu , kawan tolong hantarkan sampai ke depan rumah . Tahu2 aje kan mun malas nak tunggu bas. hehe . Jasamu dikenang kawan :)
Dah sampai rumah , mandi2 dan siap untuk ke Empire . Adik la . nak sangat suruh ambil gambar . nak tak nak, pergi juga . huhu . Dah sampai Empire, mulalah merayau cari tempat YEP tu . dah siap ambil gambar semua , then mula cari tempat untuk minum . Last-last entah camne boleh tersesat ke STARBUCKS . huhu . apa lagi, adik yang sorang tu mula la bodek dengan penuh emosinya untuk belanja Starbucks . huhu . yela , mun pun tak sanggup tengok adik sedih kan, so dengan seikhlas-ikhlas hatinya, mun belikan untuknya . huhu . lepas dah settle semua, kami bertiga kemudiannya ke POPULAR . rutin tiap kali keluar . rasa-rasa staff pun dah naik bosan tengok muka budak sama je . ehee . dah masuk tu , terusmeluru ke bahagian novel tanpa tengok kiri kanan . hehe . dah tengok novel tu, hah , mulalah tangan nak menggatal untuk beli sebuah . dapat juga . hehe . sebelum niy , mun dah beli 3 novel . fuhh .. Al-maklumlah dah tahap tension kat tempat kerja, lagi tension kalau tengok novel tu. Novel tu bagaikan menyeru untuk membelinya. huhu . eh, kalau betullah novel tu boleh menyeru, mun bukannya beli, terus cabut lari . ada pula novel nak menyeru-yeru . hehe . so tadi beli lagi satu novel menjadikan kesemuanya 4 bijik novel untuk mingu niy . huhu .
Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnyaMr.F (fussy).
Daripada berbalas - balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik - gedik memburu cinta Mr.F, Nurina - bekas kekasih MR.F yang pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F dan si petualang yang mengharu birukan hidupnya.
Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?
Dizyan Farhana, seorg gadis yg mempunyai paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yg gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yg dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.
Setakat niy mun dah baca novel doktor cinta . memang sedih ceritanya jika pembaca dapat hayati dengan betul . huhu . jujur mun katakan , mun menangis time baca novel niy, tapi pandai-pandai la cover . dah la baca depan adik . huhu . tahu-tahu je la mulut dorang camne kan . hehe . sekarang mun dalam proses untuk menghabiskan novel doktor cinta . nak je capai novel tu dan baca apa yang akan terjadi seterusnya . huhu . sabar, mun sabar . buku tu takkan lari ke mana pun . ( padahal buku tu ada sebelah laptop niy je ) .
Setakat ini je coretan mun buat kali ini ( ewahhh , macam tulis surat bukan rasmi da ) . niy gara-gara aura dari sekolah tadi belum hilang kot . hehe . Oh ya , jangan lupa saksikan rancangan realiti Sejuta Impian di TV3 setiap hari Ahad jam 7.30 malam . Slot mun akan disiarkan pada 28 Ogos 2011 . Nantikan ye :) salam <3










0 bicara kawan2 yang Mun sayang:
Post a Comment