sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.



tengoklah gambar tu sampai gambar tu gerak ye . haha

               

Melangkah ke kolej bukannya suatu keputusan yang mudah . Bukan sekadar memetik jari memilih kolej dan yang paling penting, memilih jurusan apa yang hendak dipelajari. Pada mulanya, saya memikirkan kehidupan di kolej adalah jauh lebih senang daripada sekolah. Malangnya , jangkaan saya meleset sama sekali . Kehidupan di kolej PENAT, PENAT dan PENAT . Kelas memang sedikit tapi masalahnya assignment bertimbun . Dulu kalau ada kerja kursus kat sekolah, senang. Cikgu bagi tunjuk ajar semua, tinggal taip dan print dan pass up . haa, kan senang gitu. Tapi.... kat kolej, semuanya kena berdikari . Bukan saya hendak katakan yang saya niy tidak berdikari, tetapi ianya bagai satu kejutan budaya. Mungkin masih tidak biasa dengan kehidupan di kolej lagi kott. DItambah pula dengan kerja separuh masa di F.O.S di Sunway Pyramid mengehadkan masa saya untuk membuat aktiviti harian. huhu . Redha je la. Memang terasa untuk berhenti kerja tapi, setelsh dikaji, difikir dan dianalisis ( cewah, macamlah nak buat experimen yang besar. haha ) , saya lupakan niat saya. Yelah, saya sudah mencapai umur 18 tahun, dan sepatutnya haruslah berdikari. Kalau nak sentiasa harapkan duit ibu, sampai bila mereka boleh tanggung kita.Betul tak ? huhu. Lagipun study di kolej memerlukan pembelanjaan harian. Contohnya transport ke sana. Lainlah kalau abang bas tu sanggup hantar saya free tiap hari . hehe . Sanggup ke bang ? :) *buat muka kecian* agak-agak korang , buat muka camniy, rasa nak bagi seketul penampar tak ? hehe .


Semester pertama niy, saya sepatutnya mengambil 3 subjek sebagai permulaan. Tapi, setelah digugurkan sini dan sana, last-last tingal satu subjek ye . Yeay :) Yeay la sangat . huhu. Next sem habislah kau mun . huhu . Subjek yang patut diambil adalah Pengajian Malaysia ataupun nama glamornya Malaysian Studies. hehe . Next adalah subjek General Language Training. Subjek niy penting untuk budak-budak mass com seperti saya niy untuk mengembangkan bakat dalam BI . Eh, silap-silap, bukan kembangkan bakat, untuk kukuhkan BI kita niy haa . Dan subjek ketiga adalah Fundamental Photography. Subjek Malaysian Studies memang diwajibkan untuk semua pelajar yang berasal dari Malaysia.

So takley la nak mengelak sebab IC warna biru . huhu . Exam tu saya dah ambil sewaktu program APP. Syukur, dapat 4 flat :) tak pernah sangka akan dapat A sebab sebelum-sebelum niy, saya memang anti sejarah. Dah sejarah pun tak suka saya, nak buat cam ne kan. huhu . Tapi masuk kolej, if keputusan teruk, PTPTN akan ditarik balik. Tu yang takut tu . kalu kat sekolah, ibu yang bayarkan yuran semua. So don't really mind if i fail any of the subject . huhu . Amboi, mentang-mentang SPM tak gagl apa-apa subjek, berani buat statement gitulaa .

Dulu, nak fikir ayat niy pun tak berani kan ?? Subjek GLT pula saya drop sebab tak sanggup nak ulangi benda yang sama lagi . huhu . Apa yang diajar oleh lecturer sejibik sebijik macam time-time kat sekolah dulu . huhu . So saya mengambil keputusan untuk lari dari subjek tu. Nak duduk jauh-jauh dengan GLT. Maaf ye GLT. hehe . Setelah terlepas dari cengkaman dua subjek, tinggal subjek Fundamental Photography jela. Satu subjek pun kepala macam nak pecah je buat assignment, apatah lagi nak handle 6 subjek sem 4 nanti. huhu . Haru-biru duniaku. Redha jela nanti ye.

Pagi tadi dengan penuh semangat bangun untuk buat assignment area sunway. Malas nak pergi jauh-jauh. Nanti tak tahu balik, sape yang susah, saya juga. huhu. Nasib baik saya ditemani. Sebenarnya, dah lama saya dapat assignment niy, dua minggu yang lepas, tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, maka pendam je la keinginan untuk menyiapkan assigment . Bila dekat dengan deadline, baru terhegeh-hegeh. huhu . Bukan apa, sebenarnya saya segan untuk menyiapkan assignment. Korang gelak la, tahu bunyi ayat tu pelik, tapi itulah kebenarannya, huhu . Saya segan apabila orang-orang sekeliling pandang saya ambil gambar. Saya segan apabila mereka jeling-jeling macam nak makan kamera.

Saya segan apabila orang tengok saya macamlah saya niy tak pernah tengok Malaysia . Muka saya sudah cukup menunjukkan yang saya ini anak jati Malaysia .Puas korang dengar sebab-sebab saya segan untuk menyiapkan assignment saya ? Entahlah macam mana untuk hilangkan rasa malu tu di hadapan orang ramai. Saya tak selesa apabila dipandang semacam. huhu. Tegak bulu roma saya. haha . Saya tahu mungkin ramai yang tak percaya saya ini seorang yang penyegan. Yela, kat depan Abang Norman KRU, Abang Harith Iskandar, Roshan Thiran dan Ung Yiu Lin bukan main cakap banyak lagi. huhu . Itulah pasal, sewaktu sesi rakaman untuk rancangan Sejuta Impian , tak ada pula rasa takut untuk present. Pelik-pelik. Mungkin masa tu rasa gementar saya tengah tidur kot, sebab tu tak takut untuk berhadapan dengan juri. haha . Dunia makin pelik :P

So pagi tadi baru terhegeh-hegeh nak siapkan. Memang kelam-kabut. Buat assignment siap duduk atas jalan raya lagi . Terbaiklah !!! . hehe . Assignment saya adalah mengenai gambar-gambar abstrak yang mewakili setiap abjad. Dari huruf A sampailah Z . huhu . Nampak senang, tapi shooting gambar mengambil masa selama hampir empat jam setengah. Terkejut beruk korang. Yela, ingat senang ke nak cari sudut-sudut yang lawak lawa ? huhu. Merata-rata tempat kami merayau semata-mata untuk ambil gambar. huhu. Nasib baik ada kawan yang boleh ajar mun tentang assignment ini. Kalau tak, memang taklah saya nak merayau seorang diri. PENYEGAN katakan. haha . Lepas dah siap ambil gambar, balik ke rumah, dan siap-siap untuk ke kolej. Memang penat tahap babun, tapi nak buat camne, assignment tetap assignment . huhu . **kepada BABUN, saya minta maaf kerana menggunakan nama anda, harap dibenarkan ye :) ** nanti saya bagi awak coklat. Awak nak coklat apa ?? ** hehe . Jangan yang mahal-mahal da ye, gaji saya tak keluar lagi. huhu **





Baiklah , saya dah tak tahu apa untuk dicoretkan disini . huhu . Nanti ada apa-apa, saya update disini ye . Sebelum tu, thanks kepada Nurul Ain sebab sudi baca blog saya yang tak seberapa niy. Kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger yang lain, blog saya masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki. Anyway, thanks so much kepada korang yang dengar mun bebel kat blog niy. hehe . :) take care . Sebelum tidur jangan lupa basuh kaki dan baca doa tidur ye :)

2 bicara kawan2 yang Mun sayang:

budakmengong said...

mse kt skolah dlu rse xsbar je kn nk msok kolej,tp ble dh msok kolej.hehe.teringin nk g skolah blk(ckp cm dy tuh dh abeh skolah dh je pn)hheh

Mun Kit said...

hye awak . sy dah tamat dunia persekolahan la ..