sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
Salam semua :) Mun nak update tentang Sejuta Impian dulu ye :) hehe .Baiklah , slot mun akan disiarkan pada 28 Ogos 2011, ahad niy. Tak sabar menanti. Nak dekat raya tu. Dah tengok video promo mun? Kalau belum, meh , mun selitkan di sini ye buat tatapan korang .. mun tahu video niy kelakar. mun sendiri tengok pun asyik duk gelak je . Bukan sebab teruja tapi sebab kelakar habis. huhu.


niy video promo mun dan rakan-rakan lain . tengok tu, dalam banyak-banyak mun cakap, nak juga letak muka cam tu . huhu . buruknya :( . tungu dan lihat jela apa yang akan disiarkan ahad niy. hehe . Yang part paling tak ley kalah apabila ayat mun yang berbunyi " saya nak baca sajak " . hehe . pelik je kott :P 

Tapi apa-apa pun, mun nak ucapkan terima kasih kepada Sejuta Impian kerana bagi peluang kepada mun untuk realisasikan impian mun :) Nak tahu impian mun ? kita tunggu ramai-ramai 28 ogos 2011 :D  Mun pun tak pernah sangka yang mun sebenarnya diberi peluang untuk menyertai rancangan realiti sebegini. huhu. *terharu kejap . Yela, impian mun tak sebesar peserta-peserta lain. Malah kalau korang nak tahu, pada hari tersebut nak shooting kat studio, mun langsung tak bawa penyokong. huhu . Bukan nak katakan mun nak bawa mereka, nak tunjukkan yang mun ada peminat. Bukan camtu. Tak pernah terniat pun akan ada peminat dan sebagainya. Cuma mun nak dapatkan keberanian untuk present proposal mun kepada juri-juri yang garang sangat . huhu . :(  takut gila tengok muka abang norman pada mulanya. Mana taknya, tegas yang teramat. huhu . 

Kan mun ada mengatakan yang mun tak bawa ahli keluarga, kawan-kawan mahupun sebarang sokongan kan. Tapi last-last, dapat sokongan dari penonton studio a.k.a budak-budak sekolah yang dibawa sebagai penonton. hehe . comeelll je dorang niy . Asyik tak boleh duduk diam. Ada je kerenah yang mencuit hati. Tapi, masa tu memang tak fikir pun pasal kerenah dan gelagat dorang niy. Penumpuan sepenuhnya pada presentation je . huhu . Nampak je yakin kat video tu, tapi gementarnya, huhh.. Hanya Tuhan yang tahu betapa gigilnya badan ini, dan sejuk melampau (Padahal studio bukannya sejuk pun.. hehe) itulah, penangan rasa yang resah, semuanya bercampur menjadi satu . haha.

Tapi ada seorang mamat niy banyak bagi semangat pada mun. Padahal baru je kenal *kepada awak yang sedang baca blog saya, thanks sebab banyak bagi dorongan untuk hadapi juri* Yela :( , mun tak ada sesiapa pun ketika itu. Mama tak datang sebab kerja, adik-adik pula bersekolah. Rakan-rakan penulis jauh nun di sana. Kawan-kawan sekolah, masing-masing sibuk dengan urusan mereka, kawan-kawan kolej, sibuk dengan assignment dan kuliah. Akhirnya, pergi la seorang diri. Diiringi dengan kata-kata semangat dari kawan-kawan melalui SMS , panggilan telefon , Facebook dan lain-lain. Satu je mun janji dengan mereka. Mun akan buat rakan-rakan di Minggu Penulis Remaja bangga. Kerana impian mun berkait rapat dengan bidang penulisan ini. Tanpa MPR, memang sukar untuk memenangi hati juri yang keras bak batu. huhu . Terima kasih kak zeti sebab pilih mun untuk menyertai MPR 2010 :) hehe

Korang kenal ayat " saya cina tapi suak berbahasa Melayu " . hehe . mun tahu, statement poyosss kan . Iyekan aje :) 


okey , sekarang korang boleh gelak secara guling-guling ye. huhu . tapi secara jujurnya, tak pernah sangka ramai pula yang suka mun berbahasa Melayu. :) thanks . hehe . Mun bukannya bagus sangat dalam BM pun , banyak lagi yang perlu dipelajari . ayat tu sebenarnya mun ungkapkan ketika menyampaikan presentation di Sejuta Impian. Yela, orang selalu pandang rendah. Kita niy tak lawa, tapi tetap orang hanya memandang pada luaran. Mereka tak pernah pandang bakat kita. Tak semestinya seseorang tu tak lawa, mereka tak boleh ada peminat atau penyokong. Betul tak ? Kalau asyik pandang rupa je, mana nak dicampak bakat?? Setiap manusia ada keistimewaannya sendiri. Mereka hanya perlu mencari identiti mereka dan keistimewaan mereka tersendiri. Dari situ, mereka tahu ke arah tuju mana yang sesuai dan seiring dengan bakat mereka. 

Jujur mun katakan, mun takde niat pun nak menyertai rancangan ini. Sebab tak tahu pada mulanya ada ujibakat di Sunway Pyramid . Last-last dapat tahu sehari sebelum ujibakat . Memang rushing tak tentu arah . huhu. Pada hari ujibakat, mun ponteng kerja. Bising bos bagai nak rak . haha . Tak kisah lah . hehe . Sebab satu je , mun nak tunjuk yang walaupun mun niy seorang yang berbangsa cina, tapi tak semestinya kita tak boleh bangga dengan bahasa kebangsaan kita :) Betul tak ? Siapa lagi yang akan bangga dengan bahasa kita kalau bukannya rakyat Malaysia sendiri :) 

Satu yang buatkan mun terdetik di hati untuk ke ujibakat tersebut. Mun ingin memartabatkan penulisan kreatif melayu yang semakin hari dipandang sepi oleh masyarakat terutamanya golongan muda . Memang sedih sangat. Mana pelapis-pelapis A. Samad Said, Lim Swee Tin dan penulis tersohor lain. Jika golongan muda terus memandang enteng terhadap penulisan kreatif dan menganggap ini satu bidang yang amat membosankan , mereka salah besar !!! huhh .. Silap hari bulan, generasi yang akan datang, tidak akan kenal apa itu syair, apa itu puisi, cerpen malah mereka takkan kenal dan lihat apa tu NOVEL.. huhu . sedih kan :( . 

Mun bangga dilahirkan di Malaysia :) Dan mun tak pernah terlintas di fikiran bagaimana mun boleh lancar bertutur dalam bahasa melayu. masih samar-samar dan masih mencari jawapan untuk persoalan yang selama niy tidak pernah diungkaikan. Bukan korang je yang musykil, malah mun sendiri pelik binti ajaib, bagaiman mun boleh fasih dalam Bahasa Melayu . Nka dikatakn bersekolah di sekolah kebangsaan , memang iya . itu satu fakta, tapi... kenapa cina lain cakap macam cina ?? haha .. soalan bodoh kan? dah tentulah mereka niy cina . Habis.. saya niy ?? Cina juga kan? tapi orang selalu pelik sama ada saya niy cina atau melayu atau campur . hehe .. ada yang cakap saya niy orang cina INDONESIA .. Waa . terkesima sebentar . hehe . yela, elok-elok mun ada IC biru tau . huhu . Takpelah, mungkin pada suatu hari nanti, mun akan tahu 'bagaimana mun boleh fasih dalam bahasa melayu' :) 

Nanti apa-apa , mun akan update lagi ye :) Mun nak bersiap-siap untuk ke kelas teater . ada Photoshoot untuk dimasukkan dalam akhbar . doakan :) thanks korang ... :)

9 bicara kawan2 yang Mun sayang:

Samantha Tan said...

; Bercerita tentang al-kisah Mun yang pandai berbahasa Melayu sebenarnya serba sedikit persamaan saya dengan Mun. Tapi, saya boleh cakap BM Mun lagi best daripada saya sendiri yang masih belajar lagi. Teringin nak jumpa dengan Mun sebenarnya. Hurm, kalau ada rezeki dan jodoh mungkin kita boleh berjumpa dan boleh berkongsi cerita dan bertukar pendapat! Salam Maju Jaya Mun! :))

Mun Kit said...

hye sam :) BM mun biasa-biasa jela . masih banyak yang perlu dipelajari . saya pun teringin benar nak berjumpa dengan awak . :) mesti banyak persamaan kan antara kita berdua . hee . nanti ada jodoh, ketemu lah kita ye :) salam maju jaya juga sam . nanti sam tinggalkan lah nombor telefon di FB :)

Aimi Amira said...

hai, mun.

saya belajar di sebuah ipta di dalam kursus penulisan kreatif. jadi, usaha yang awak lakukan ini sangat disokong.

semoga berjaya (:

-hazen said...

Tahniah.

baru melihat anda di 'sejuta impian'

saya berkongsi impian yang sama.

Jejaka Terhangat said...

hehe..ingat lagi mun kata dulu tak reti ckp cina. ye ke tak ek? tp yang pasti. mun memang hebat berbahasa melayu. mengalahkan org melayu sendiri. teruskan usaha menggapai impian mun. bak kata norman, "awak ada masa depan yang cerah". hehe..terbaek..=)

Mun Kit said...

hye aimi :)

terima kasih menyokong impian mun dalam sejuta impian :) mun tak sanggup penulisan kreatif dipandang rendah oleh generasi kini dan akan datang :)

Mun Kit said...

jejaka terhangat :)

mun masih ingat . orang kutuk mun sebab tak reti cakap cina . sebab mun nak buat satu kelainan . orang kana pandang kalau cina cakap bm , tapi jika cina cakap cina , adalah satu kebiasaan :) dan kini, mun sudah buktikan kepada rakyat malaysia yang penulisan kreatif ini bukan sahaja Melayu boleh bawa , tetapi bangsa lain pun begitu jua :)

abang norman part salam dengan mun tu , sumpah mun terharu sangat . yela , tak sangka kan :)

miss ct said...

hai mun...
penggunaan bahasa melayu sdri amat terbaik lah...sy terpegun bila tgk sdri kat sejuta impian tu.. semoga impian sdri tercapai...semoga saudari berjaya ya...

alepridz said...

mun common mun... kami sentiasa support mun dalam rancangan tu....

serius mun pandai cakap BAHASA MALAYSIA... terharu... sangat fasih....