sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
Salam rakan-rakan :) Saya pun tak tahu nak mula dari mana. Baiklah , mula-mula nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Rancangan Sejuta Impian kerana memberi peluang kepada saya untuk merealisasikan impian yang telah lama terpendam :) Impian saya adalah untuk memartabatkan penulisan kreatif dan tampaknya juri-juri bersetuju dengan idea saya . Terima kasih abang Norman Abdul Halim , abang Harith Iskandar dan juri-juri lain :) Kini impian saya telah bermula setapak lagi. Dana sebanyak rm 10,000 tidak akan saya sia-siakan. Itu janji saya. Saya tak nak makan duit masyarakat. Dana yang diberi oleh Dana Belia 1 Malaysia akan penting dalam meneruskan impian ini. Saya tidak pernah menyangka bahawa impian saya disokong oleh rakan-rakan, cikgu-cikgu dan juga kawan-kawan di lama sesawang Facebook .

 Syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, impian saya dipersetujui :) Mungkin saya masih terlalu muda untuk mengorak langkah dalam merealisasikan impian saya ini, tetapi sampai bila saya hanya mampu duduk dan mendengar bidang penulisan kreatif ini dipandang entang , tidak lagi diperdulikan oleh masyarakat kita. Mahukah kita mendengar atau melihat generasi masa depan langsung tidak tahu-menahu tentang apakah itu PENULISAN KREATIF?? Sudah tentu tidak. Oleh itu, saya mengambil alternatif untuk menyedarkan masyarakat bahawa penulisan kreatif ini bukanlah satu kerja yang sia-sia. 

Selepas slot saya disiarkan di Rancangan Sejuta Impian di TV3, saya mendapat satu kejutan. Facebook saya diserang !! huhu . Bertalu-talu ucapan terima kasih saya terima. Tidak kira di wall, inbox mahupun di IM :) terima kasih kamu semua <3 Saya bukannya inginkan populariti. Saya cuma salah satu insan Tuhan yang inginkan penulisan kreatif ini dipandang tinggi dan disanjungi. Tidak salah kan ? :) Mungkin ada yang berpendapat saya bukanlah seorang yang berbangsa Melayu, tetapi , saya juga ada hak untuk mempertahankan bahasa kita :) Kita 1 Malaysia. Dan saya sayang Bahasa Kebangsaan saya :) 

Video slot saya , saya akan cuba upload di Facebook. Tak pun, di Youtube. Nanti saya akan bagi link ye :) Terima kasih kepada yang menonton Sejuta Impian pada 28 Ogos 2011 :) hehe .. Oh ya, sebelum terlupa , sewaktu saya present kat Sejuta Impian untuk menyakinkan juri-juri, saya bernafaslah ketika itu. huhu . Laju sangat ea ? Kalau saya tak bernafas , dah lama saya pengsan di situ . huhu . Tapi yang penting , berita yang panjangnya 2 jam tidak akan menjadi 20 minit . hehe ,. Pandai abang Harith Iskandar sakat ye :) 

korang jemput la ke page mun yang tak seberapa ini :) https://www.facebook.com/pages/Mun-Kit-Sejuta-Impian-memartabatkan-penulisan-kreatif-Melayu-/209543932437239 . segala tentang Sejuta Impian boleh ditanya disini . Selain itu , saya akan update aktiviti terbaru mengenai projek Sejuta Impian ini :) 

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin andai tersalah kata, kekhilafan tingkah laku secara tidak sengaja. Saya minta maaf ye :) Kita 0-0 ye :D  



3 bicara kawan2 yang Mun sayang:

alepridz said...

selamat hari raya + selamat menyambut kemerdekaan yang ke-54 mun... semoga maju jaya...

seriusly mun seorang yang sangat tabah....

Mun Kit said...

terima kasih awak :) mun fikir satu je . mun tak nak pandang ke belakang dan teruskan hidup :)

fndrocka said...

muka kau nampak bercahaya-cahaya dlm sejuta impian tu..kau punya spirit cecah ke orang ramai kat rumah tahu tak.haha.gitu-gitu camtu