sudi tinggalkan jejak anda disini sebelum menjelejah blog Mun yang tidak seberapa ini. Ucapan terima kasih kepada yang sokong mun dalam Sejuta Impian :)
website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.
Cinta adalah perasaan semulajadi.. Seseorang yang mengalami cinta akan merasai tertarik kepada yang dicintainye dengan penuh perasaan dn kegembiraan!!!!

Sudah lama aku tidak menulis entri tentang sahabat, teman mahupun cinta. Seingat aku, kali terakhir aku menulis pada tahun lepas. Biarlah ia terkubur menjadi satu kenangan. Aku tidak mahu mengingati kisah lalu. Biarlah itu menjadi satu pengajaran buatku dalam percintaan. Berkata-kata mengenai CINTA .. Aku sendiri jarang sekali menulis tentang cinta di blogku. Aku tidak tahu sama ada entri ini mampu ditulis dengan jayanya ataupun sebaliknya. Tetapi tak salahkan aku cuba menulis mengenai cinta. Kerana aku yakin, masing-masing punyai ceritera cinta yang tersendiri. Dan aku tidak terkecuali dalam golongan tersebut :) Aku punya cerita cintaku tersendiri. Cuma mungkin sebelum ini, hatiku tidak terbuka untuk menceritakan disini. Aku tidak menceritakan disini kerana bersebab. Bukannya aku sengaja ingin menyorok cerita. Tapi, aku tidak yakin dengan lelaki yang pernah aku curahkan kasih sayang kepadanya. Namun pada kali ini, aku yakin dengan seorang jejaka ini. Aku bukannya tangkap cintan-cintun dengan E.A di laman muka buku ye. Jangan cepat menyangka begitu ye. Aku dah lama kenal E.A niy :) Nak tahu bagaimana ? Jomm...

**setahun yang lepas

Baiklah, aku kenal dengan E.A pada tahun lepas. Dalam pertengahan bulan Jun kot. Kalau tak silap aku. huhu . Aku ada tulis di kalender telefon bimbit lamaku. Tapi yang pasti, aku mengenalinya pada tahun 2010. Pada ketika itu, aku masih menuntut di tingkatan 5 manakala si dia sedang menuntut di salah sebuah kolej. Perkenalan kami bermula di laman muka buku. Itu aku tidak nafikannya. Tetapi pada ketika itu, aku tidak menyimpan hasrat untuk berdampingan dengan E.A kerana sewaktu aku berkenalan dengannya, dia sudah berpunya. Dalam erti kata lain, dah ada awek laa. hehe . Kalau tak faham maksud tu juga, buka kamus dewan yang besar gedebak tu.. hehe. E.A mulanya sekadar menegurku di Facebook dengan ayat " thanks add " .. Dari situlah, bermulanya titik-titik perkenalan kami. haha. Ayat novel la.. Okey fine, kelakar ayat tu. Pada masa itu, aku tengah online di sekolah. Di sekolah?? Macam mana tu? huhu. Yela, aku bawa telefon bimbit ke sekolah. Aku online secara percuma. Tak guna wi-fi pun sebab sekolah aku suka kunci wi-fi tu. Tak bagi kami password. Mogok la gini :( Tapi mogok pun tak guna juga, aku dah tamat zaman prsekolahan. haha. Mogok tak bertempat. haha. Zaman aku dulu masih wujud Opera Mini. Haa, apa lagi. Sudah diberi peluang untuk online secara percuma, aku pun online la sepuas hati dalam kelas. Terbaiklah. Pandai-pandai soroklah dengan cikgu :) Aku mengaku aku nakal kat sekolah dulu. Tapi setakat bawa telefon je ye. Peraturan lain aku tak langgar oke :) haha *bangga diri kejap.


Okey, berbalik kepada cerita E.A, aku balas la balik tegurannya di Facebook. Kang tak dibalas, sombong kata orang. Pada mulanya, setakat bertanya gitu gini. Petang kemudian aku buka Facebook di komputer yang besaq punya. Ha. Yang 24 jam tersidai di atas meja. Hehe. Aku pun bukalah page E.A niy. 0o, sudah berpunya. Aku tiada hak untuk berasa cemburu pada ketika itu. Orang yang baru aku kenali. Takkan dah sayang kot. Aku bukan jenis macam tu k. Bukan main muat je. Perbualan aku dengan E.A tidak terhenti disitu sahaja. Kami mula menulis di 'wall' masing-masing. Aku sebenarnya menunggu masa untuk E.A memberitahuku bahawa dia sudah berpunya. Desakan hatiku terlalu kuat. Aku ingin mengetahui sama ada itu adalah teman wanitanya ataupun sekadar teman rapat E.A yang sengaja membuat 'in relationship with' dengan wanita tersebut. Naluri hatiku kuat mengatakan itu adalah teman wanita E.A, tapi aku cuba menafikannya. Aku tidak tahu mengapa aku boleh jadi sebegini. Aku tidak pernah merampas E.A daripada bekas teman wanitanya. Aku dan E.A sekadar berkawan pada ketika itu.


Sedar tak sedar, kami pun telah bertukar nombor telefon dan tidak lagi membalas komen di Facebook tetapi sringkali bermesej di telefon. Pernah suatu ketika, aku merasa hairan, E.A niy ada teman wanita ataupun tidak. Lagak dia main mesej dengan aku seolah-olah dia masih single. Tetapi di Facebook, 'in relationship pula' ??? Aku tak faham. Kepalaku pusing memikirkan. Tak apa, aku mebalas setiap mesej yang aku terima. Tapi di sudut hati kecilku, aku ingin benar mengetahui kebenarannya. Persoalan aku masih belum tejawab pada ketika itu.


Perkenalan memang indah. Tiada sesiapa yang buruk di mata pandangan. Semuanya baik-baik belaka. Kesalahan masing-masing disorok dengan jayanya. Begitu juga dengan awal perkenalan kami. Aku gembira dapat berkenalan dengan E.A.. E.A ada daya tarikannya yang tersendiri. Susah aku nak menentukan dimanakah daya penariknya. Tidak mengapa, aku akan ungkaikan persoalan ini satu persatu :) Aku sukar untuk sayangkan seseorang, tetapi pabila dah sayang, aku akan menanti untuknya. Seperti yang dikatakan tadi, memang seronok di awal perkenalan. Mesej pun tak gaduh, selalu ada untuknya.. Kalau gaduh pun, itu sekadar gurauan semata-mata. Tidak pernah mengambil hati.


Sampailah satu ketika, hubungan kami semakin goyah. Semakin renggang. Jangan salah faham. Aku cuma teman rapat E.A pada ketika itu. Namun begitu, aku masih terasa dengan sikapnya yang semakin hari, semakin berubah. Aku tak faham mengapa dia berubah sekelip mata? mungkin atas desakan teman wanitanya? Tidak pun, E.A mempunyai masalah. Aku pernah sekali bertanyakan kepadanya mengenai teman wanitanya.. Dan pada akhirnya dia mengaku dia sudah berpunya. Aku hanya mampu tersenyum pabila mendengar kenyataan yang diungkapkan olehnya. Aku redha. Aku terima. E.A sudah punya teman. Aku bukan seorang perempuan yang ingin merampas lelaki dari teman wanitanya. Kerana aku juga seorang perempuan. Aku akan marah jikalau teman lelakiku dirampas oleh perempuan lain. Memang sakit perasaan itu. So, kalau aku rampas E.A dari teman wanitanya, aku pasti si perempuan itu akan kecewa. Aku gembira melihat teman rapatku tersenyum riang :) bergelak-tawa. Dan aku tekad, aku akan pergi jauh dari hidupnya.


Semenjak hari itu, aku membuang segala apa yang berkaitan dengan E.A. Gambar-gambar yang diambil sewaktu kami keluar bersama, nombor telefonnya dan lain-lain lagi. Korang ingat senang aku nak lupuskan E.A dari hidupku??  Tak semudah yang disangka :( Lebih-lebih lagi, pada ketika itu, aku bakal menghadapi SPM yang akan menentukan hala tujuku nanti. Aku tak nak sebab E.A, aku gagal capai impianku. Dan sampailah satu ketika, aku berjaya melupakan pemilik kepada nama E.A .


Tapi, kasih sayang terhadapnya tidak pernah pudar. Mungkin aku bodoh kerana mengharap sesuatu yang tidak pasti. Aku keliru dengan perasaanku ketika itu. Mengapa aku boleh sayangkan E.A walhal sudah terang lagi benderang dia ada teman wanita !! Kadang-kadang perasaan sayang itu datang tanpa diundang. Aku tidak pernah memaksa diriku untuk sayang E.A . Sehingga kini, aku tidak mengerti bagaimana aku boleh sayang kepadanya. Kami cuma kawan pada ketika itu. Teman tapi Mesra :) Perkataan COUPLE langsung TIDAK pernah keluar dari mulut kami berdua. Betul tak E.A ?? Aku menanti kehadirannya untuk memujukku :( Kadang-kadang terasa diri ini bodoh kerana ianya bagaikan menunggu kucing bertanduk. Entah bila E.A akan menegurku. Di Facebook, aku di'block' olehnya. Sikap ambil berat terhadapnya masih tebal di jiwa ini. Tetapi, pedulikah E.A jika aku ingin mengambil berat tentangnya walaupun sebagai kawan??


**28 Ogos 2011

Setelah selesai menonton rancangan Sejuta Impian, aku terus membuka Facebook. Facebook diserang. huhu. Pelbagai soalan mengenai Sejuta Impian ditanya. Baiklah, aku menjawab setiap soalan yang ditanya :) hehe . Kenalan yang menambah aku sebagai kawan melonjak tinggi. Dan E.A adalah salah seorang daripadanya. Aku approve 'friend requestnya' . Soalan pertama aku bertanya kepadanya kenapa E.A add aku balik? Bukan ke dia punca kami bergaduh tahun lepas? Sampai hampir sathun kami hilang contact. Aku bukannya nak cari gaduh dengan E.A, tapi difikirkan, aku sakit hati. Aku dah banyak menangis untuknya. E.A, awak tak paham macam mana aku derita rindukan senyuman kau bila kau tinggalkan aku tahun lepas. Memang seksa aku nak lupakan kau. Tapi aku nak buat macam mana. Itu hak kau. Sayang aku pada kamu ketika itu sudah tidak berguna. Betul kan ? :(


Dan sumpah aku tak pernah sangka kau masih ingat pada diri ini. Aku terima kau balik E.A. Sebab aku masih sayangkan kau. Aku taktahu kenapa aku sukar hapuskan perasaan sayang itu. Kau tahu kan, aku dah janji pada diri ini yang aku akan menanti untukmu walaupun berapa lama sekalipun harus aku menunggu. Salama setahu aku menunggu untuk kamu E.A . Dan kali ini, setelah hubungan kita kembali seperti dulu, aku tidak mampu untuk kehilangan kamu sekali lagi. Cukuplah aku merasa betapa sakitnya ketika ditinggalkan. Mun tahu, E.A tak pernah sangka kan Mun akan tunggu selama sebegini. Mun dah kotakan janji Mun. E.A pun sama juga ye :)


Kini, perasaan sayang untuk E.A kembali mekar. Aku mengaku, aku masih sayang pada E.A <3 . Aku cuba nafikan, malangnya tidak berjaya. Aku bersyukur kerana 'JODOH' mengembalikan kita bersama :')


p/s : Awak, kita buka hidup baru ye :) Saya sayangkan awak sangat-sangat :'( . sumpah saya tak mampu kehilangan awak lagi. Cukuplah saya menangis ketika awak tinggalkan saya dulu. Saya nak minta maaf kat awak. Saya dah banyak buat salah kat awak, lagi-lagi sebelum kita putus contact. Saya minta maaf ye awak. Saya tak pernah simpan dendam kat awak. Percayalah. Awak, tunaikanlah janji-janji awak ye :) Saya ada keyakinan atas awak. Jangan hampakan saya ye :) Tolong jangan ulangi perkara yang pernah terjadi atas kita. Awak tahu tak, saya menangis sambil tulis entri ini. Saya rindu sangat-sangat kat awak E.A. Ada rezeki kita jumpa ye :') Kita ambil iktibar dari pengalaman yang lepas ye awak :) Saya yakin kita mampu kekal. Walaupun kita baru je contact balik, tapi perangai gila-gila awak dulu, masih segar di minda :) rindu sangat sewaktu awak senyum kat kita :)









Cinta,
Saya harap cinta kita kekal dan tidak pernah terkubur,
Saya suka cara awak memandang saya,
Saya suka cara awak menggembirakan saya,
Dan cara awak menunjukkan cara awak ambil berat tentang saya :)
Saya suka cara awak ungkapkan SAYA CINTAKAN AWAK !
Dan selama awak berada di sisi saya,
Saya akan sayangkan awak sepenuh hati
Dan saya bersyukur awak kepunyaan saya :)


Dicoret ikhlas oleh : MUN KIT <3

5 bicara kawan2 yang Mun sayang:

Cik Domo said...

amin..semoga kekal hingga akhir hayat =D

Mun Kit said...

terima kasih cik domo :)

fndrocka said...

peh peh pehh...untunglah E.A! ni mesti tidur pun tersenyum..jaga dengan ketawa,peh..kemain lagi dia..

Mun Kit said...

fnd rocka : hehe . mana ada :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)